Berbaloi Tak Jual Blog Dengan Harga Rm3500


Dalam sejarah berblog, ini kali pertama kali tidak menulis sehingga sebulan. Biasanya walaupun tak update blog, pasti ada saja artikel yang ditulis biarpun sekadar lirik lagu atau artikel guest post. 
Sepanjang bercuti menulis ini lebih banyak tenangkan fikiran dan habiskan banyak masa bersama keluarga. Dah lama tak balik, Alhamdulillah awal tahun nie berpeluang dapat balik ke Sabah. Ini pun baru saja habis bercuti dan kembali menulis blog.
Apabila lama tak menulis memang ambil masa sedikit untuk kembalikan mood dan semangat menulis.
Seperti biasa sebelum nak menulis apa-apa di blog aku memang suka semak email manalah tahu ada job guest post ke atau servis blog ke. Tetiba dapat email ada yang nak membeli blog aku dengan harga RM3500.
Blog ketiga aku www.belajarbuatblog.com sebenarnya belum sampai 3 tahun lagi. Soalnya, nak jual blog dengan harga RM3500 berbaloi tak?
Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Menjual BlogDalam situasi ini, terdapat beberapa faktor perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan:
1. Trafik dan Potensi MonetisasiJika blog itu sudah menjana pendapatan melalui AdSense, affiliate, atau servis lain, mungkin lebih baik teruskan kerana nilainya boleh meningkat lebih tinggi pada masa depan. Jika blog masih belum menghasilkan pendapatan yang stabil, barulah boleh pertimbangkan untuk menjualnya

So far, walaupun blog dah masuk 2 tahun, blog belum menjana pendapatan yang stabil lagi. Iklan adsense dah lama lulus cuma nak tingkatkan pendapatan itu mungkin mengambil masa beberapa tahun lagi. 
Tambahan lagi dengan artikel yang jarang post. Entah bila dapat cashout


2. Emosi dan Usaha Yang DituangkanSetiap blog yang dibina pastinya mempunyai usaha dan nilai sentimental tersendiri. Jika masih boleh dikembangkan, sayang untuk jual dengan harga yang terlalu murah. Namun, jika sudah tiada motivasi untuk meneruskan, menjualnya mungkin satu pilihan

Walaupun blog tidak mempunyai artikel yang banyak tetapi dari segi trafik, blog tersebut mempunyai pelawat yang konsisten cuma tidaklah banyak. Hal ini kerana blog ini berfokus dengan niche yang spesifik. 
Niche yang berfokus memang mengambil masa yang panjang untuk menulis artikel yang berkualiti. Jadi apa yang aku lihat, blog mempunyai potensi untuk jana income lebih pada masa akan datang sekiranya dioptimumkan dengan sebaiknya


3. Kos dan Masa PengurusanMenguruskan blog memerlukan masa dan kos tertentu seperti domain, template dan penulisan artikel. Jika blog itu membebankan dan RM3500 boleh digunakan untuk projek lebih besar, maka boleh dipertimbangkan untuk menjualnya

Tetapi disebabkan potensi monetisasi, trafik yang konsisten dan blog mempunyai pembaca yang tersendiri maka aku rasa menjual dengan harga RM3500 tidak berbaloi buat masa sekarang. Melihat dari aspek potensi jangka panjang, mungkin lebih berbaloi untuk terus membangunkan blog tersebut atau mencari tawaran lebih tinggi. 

Berapa Harga Yang Berpatutan?Harga jual blog biasanya dinilai berdasarkan beberapa faktor seperti:Usia blog – Semakin lama blog bertahan, semakin tinggi nilainya.Jumlah trafik bulanan – Jika trafik tinggi, nilai blog meningkat.Pendapatan bulanan – Blog yang sudah menjana pendapatan biasanya boleh dijual pada harga 3 kali ganda pendapatan bulanannya.Kualiti SEO – Jika blog sudah mempunyai banyak backlink berkualiti dan ranking yang baik di Google, harga jualannya boleh lebih tinggi.
Jika melihat dari sudut harga, RM3500 agak rendah jika blog mempunyai trafik yang stabil dan potensi monetisasi yang baik. Namun, jika blog itu tidak lagi diuruskan dengan baik atau sukar untuk berkembang, menjualnya mungkin pilihan yang terbaik. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.siinurul.com/2025/02/harga-jual-blog.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Dianggap Rare Individu Pertahankan Sebab Jual Majalah Ujang Harga Rm4000 Barang Yang Dah Tak Ada

Hiburan Dianggap Rare Individu Pertahankan Sebab Jual Majalah Ujang Harga Rm4000 Barang Yang Dah Tak Ada

papar berkaitan - pada 7/2/2025 - jumlah : 145 hits
Baru baru ini tular di platform media sosial terdapat seorang individu menjual majalah lama berjudul Ujang dengan harga RM4000 dan disebabkan itu dia dikecam teruk oleh warganet Jual majalah Ujang ribuan ringgit Susulan teruk dikecam oleh n...
Sejarah Belian Harga Lantai Padi

Sejarah Belian Harga Lantai Padi

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 120 hits
Sejumlah RM 2 6 bilion diperuntukan agar PesawahDibelaPenggunaDijaga
Penyelarasan Harga Lantai Padi Rm1 500 Per Tan Metrik Pesawah Ucap Terima Kasih

Penyelarasan Harga Lantai Padi Rm1 500 Per Tan Metrik Pesawah Ucap Terima Kasih

papar berkaitan - pada 13/2/2025 - jumlah : 132 hits
KERAJAAN mengumumkan penyelarasan harga lantai belian padi daripada RM1 300 kepada RM1 500 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dalam Sesi Penera...
Hiburan Harga Kenderaan Akan Naik Mendadak Tahun 2026 Kementerian Kewangan Beri Penjelasan

Hiburan Harga Kenderaan Akan Naik Mendadak Tahun 2026 Kementerian Kewangan Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 12/2/2025 - jumlah : 207 hits
Sebelum ini tular dakwaan bahawa peningkatan harga kenderaan secara mendadak akan berlaku ekoran penguatkuasaan penuh Peraturan Cukai Eksais Baharu pada tahun 2026 Kementerian Kewangan Malaysia bagaimanapun tampil menegaskan dakwaan tersebu...
Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Instrumen Komoditi Palladium Berbanding Dolar As Isnin 10 Februari 2025

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Instrumen Komoditi Palladium Berbanding Dolar As Isnin 10 Februari 2025

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 151 hits
Jika kita melihat pada carta harian XPD USD kita akan melihat beberapa perkara menarik Pertama kemunculan corak Ascending Broadening Wedge dan perbezaan antara pergerakan harga XPD USD dan penunjuk Pengayun Stochastic Selain itu ia juga dis...
Harga Padi Naik Rm200 Harga Beras Kekal Rm2 60 Sekilo

Harga Padi Naik Rm200 Harga Beras Kekal Rm2 60 Sekilo

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 289 hits
malaysiakini comPARLIMEN Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu mengumumkan kerajaan bersetuju menyelaraskan harga lantai belian padi kepada RM1 500 per tan matrik Katanya penyelarasan itu melibatkan kenaikan daripada harga...
Kedah Pegawai Penguat Kuasa Lupus Diesel Bawah Harga Pasaran Ditahan

Kedah Pegawai Penguat Kuasa Lupus Diesel Bawah Harga Pasaran Ditahan

papar berkaitan - pada 14/2/2025 - jumlah : 157 hits
BernamaMengikut sumber SPRM lelaki berusia 50 an itu ditahan kira kira 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri Foto SPRMALOR SETAR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kedah menahan seorang pegawai penguat ...
Setiausha Agong Veteran Umno

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Thailand Piyamit Tunnel Terowong Persembunyian Komunis Di Betong

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Muat Turun Template Buku Program Hari Guru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Proses Penyembuhan Emosi Melalui Puisi

Misteri Lori Bergerak Tanpa Pemandu

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Penting Untuk Pengguna Cimb Tiada Lagi Sms Transaksi Mulai 17 Mei

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca