Berapa Liter Minyak Dari Kota Kinabalu Ke Kundasang
Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang hanya melibatkan jarak 90 kilometer.Jika dikira pergi balik, keseluruhan jarak hanya akan melibatkan 180 kilometer.
Mengikut statistik yang Tedi buat selama ini, Proton SAGA BLM IAFM 1.3MT hanya menggunakan 2 bar petrol sahaja untuk jarak 320 kilometer.
Di Kota Kinabalu kami menyewa sebuah Proton SAGA FLX dengan transmisi automatik. Ketika kami mengambilnya, bekalan petrol tinggal 2 bar sahaja.
Kami kemudiannya mengambil keputusan untuk mengisi petrol sebanyak RM 30 atau 14.29 liter.
Ini mungkin kesilapan yang boleh jadi besar kerana kami terlupa fakta-fakta berikut:
perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang melibatkan pendakian banjaran gunung. Lebih teruk apabila lebuhraya itu hanya ada 2 lorong dan kekurangan lorong memotong.Banyak lori dan bas di sepanjang perjalanan, maka pergerakan agak perlahan.Penggunaan bahan api pada kenderaan dengan transmisi auto adalah lebih banyak berbanding kenderaan transmisi manual.Harga petrol RON 95 telah dinaikkan kepada RM2.10 berbanding RM1.90.Kami kehilangan 1.5 liter pada pembelian petrol RM 30.Tidak mengambil kira di mana stesen minyak terhampir di Kundasang.Akhirnya kami dapati di Kundasang hanya ada 1 stesen minyak yang ditutup pada jam 5 petang dan dibuka pada jam 7 pagi.Stesen 24 jam yang proper hanya terdapat di pekan Ranau. Kedudukan stesen petrol ini adalah 15 kilometer dari pekan Kundasang, maka jarak dari Stesen Petronas Ranau ke Kota Kinabalu adalah sejauh 105 km (kilometer).Hasilnya apabila kami mendaki sahaja Kinabalu Park, petrol tinggal hanya 2 bar. Sungguh mencemaskan. Apabila kami sampai di Kundasang, waktu telah hampir senja, maka stesen minyak telah menutupkan dirinya
Nasib baik keesokan harinya kami sempat sampai ke Ranau, dan mengisi lagi 14.29 liter petrol
Apabila tiba semula di Kota Kinabalu, bekalan petrol tinggal 2 bar semula
Kesimpulannya, Tedi cadangkan kawan-kawan isi setangki penuh atau minimum 30 liter petrol apabila mahu ke Kundasang dari Kota Kinabalu.
Tapi ia bergantung juga kepada gaya pemanduan masing-masing. Jika anda lebih suka memecut atau menekan minyak sekuat mungkin dari keadaan pegun, bekalan minyak lebih banyak diperlukan
27 September 2013
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2013/09/berapa-liter-minyak-dari-kota-kinabalu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29