Fenghuang Kota Purba Di Tebing Sungai




Hari keenam kami meneruskan perjalanan dari Furong Town ke Bandar Fenghuang. Kami ada dua pilihan untuk ke sini iaitu menaiki bas dari Furong Town ke Bandar Jishou dan kemudian dari Bandar Jishou menaiki bas atau keretapi untuk ke Bandar Fenghuang, dan kami sepakat memilih cara yang ringkas iaitu menyewa sebuah van untuk memudahkan perjalanan kami ke sini walaupun sedikit mahal. Kami sampai di bandar kuno ini sekitar jam 11:00 pagi. Semasa kami sampai, rumah sewa yang kami tempah belum sedia diduduki tetapi tuan rumah berbesar hati menyambut kami dan membenarkan kami meletakkan barang-barang kami sementara rumah siap sedia dibersihkan. Setelah meletakkan beg dan barang-barang, kami keluar bersiar di bandar tua ini.




Fenghuang terletak di daerah Xiangxi dan keistemawaan kota kuno ini adalah bandar kecil ini terbina lebih daripada 1300 tahun dahulu. Bangunan-bangunan kayu yang didirikan di kiri dan kanan aliran Sungai Tuojiang menampakkan keunikkan dan keistimewaan bandar tua ini. Tambahan pula pihak kerajaan Negara China juga menyarankan penduduknya berkunjung dan melawat ke bandar ini.




Bandar Fenghuang terbahagi kepada dua bahagian iaitu Fenghuang moden di mana bangunan moden dan kemudahan terkini sedang giat membangun dan Fenghuang Kuno di tebing Sungai Tuojiang yang dikekalkan dengan adat, budaya dan tradisi etnik asli yang berasal di sini sebagai sumber pelancongan. Bandar purba ini dijaga rapi sejak ia terbina, kesemua jalan dan lorong diturap batu bata dengan baik.




Di sini terdapat deretan kedai menjual makanan, pakaian, perhiasan, cenderahati dan bermacam lagi. Penjual buah-buahan yang memikul barang dagangan juga sentiasa berlegar mencari pembeli. Sang penjual bunga juga tidak ketinggalan memujuk pelawat membeli barangan mereka. Di sini juga pelancong boleh memakai pakaian etnik asli tempatan dengan harga yang ditetapkan untuk bergambar.






Suasana bandar tepi sungai ini sungguh aman dan damai. Pelawat juga berpeluang menyusuri sungai Tuojiang ini menaiki sampan dengan bayaran ticket 80 Yuan seorang. Kami juga bercadang menaiki sampan ini, memandangkan sekarang sekitar jam 14:30 petang, kami sepakat akan menaiki sampan ini di waktu malam nanti. Kami kemudian kembali ke rumah sewa untuk berehat dan makan.




Jam 20:00 malam kami keluar semula ke Bandar Fenghuang yang terletak sekitar 300 meter dari rumah sewa kami. Suasana malam di tepi sungai ini sungguh meriah dengan lampu berbagai warna yang bergemerlapan. Jika anda seorang yang pentingkan kedamaian waktu malam, menginap di hotel sekitar tebing sungai Tuojiang sangatlah tidak sesuai.




Memasuki dan melawat Bandar Fenghuang ini tidak dikenakan sebarang bayaran namun perkhimatan lain dikenakan bayaran seperti sampan dan sebagainya. Pada waktu malam, selain kedai-kedai di sini rancak berniaga, terdapat banyak pusat-pusat hiburan yang beroperasi sesuai dengan waktunya di sepanjang kiri dan kanan sungai.



Kami membeli ticket untuk menyusuri Sungai Tuojiang dengan harga 80 Yuan seorang sehala. Menaiki sampan yang digantung dan dihiasi dengan lampu tanglung menampakkan klasiknya kenderaan kami malam itu. Kami menyusuri Sungai Tuojiang sekitar 20 minit sehingga ke jety di bahagian hilir dan kemudian kami berjalan kaki pulang semula ke jety untuk pulang ke rumah sewa. Sepanjang perjalanan pulang, kami menyusuri lorong-lorong di sisi sungai yang dipenuhi pelancong, nampaknya sepanjang Sungai Tuojiang di Fenghuang ini meriah dengan pelancong pada waktu malam.





Fenghuang merupakan bandar mesti lawat jika anda ke Wilayah Hunan. Bandar ini menampakkan ciri Cina klasic yang masih kekal. Kedudukkan bandar yang didirikan di tebing Sungai Tuojiang ini menampakkannya seperti berada di set pengambaran filem kungfu dengan binaan bangunan berkayu yang berseni. Kemudahan pengangkutan untuk ke sini dari bandar lain juga mudah dan berbagai.




Hari ketujuh kami berangkat pulang ke Bandar Changsha. Perjalanan menaiki bas dari Fenghuang ke Changsha mengambil masa sekitar enam hingga tujuh jam. Kami sekali lagi sepakat menggunakan khidmat van sewa dan meminta tuan rumah mencari sebuah van sewa untuk memudahkan perjalanan kami. Kami memulakan perjalanan ke Bandar Changsha sekitar jam 09:30 pagi dan sampai di sana sekitar jam 16:00 petang setelah terperangkap sejam lebih dalam kesesakkan lalu lintas semasa memasuki Bandar Changsha. Malam itu kami bermalam di Bandar Changsha. Terima kasih Allah.

Hari 6
08:30 Berangkat ke Fenghuang Ancient Town, van 100 Yuan seorang.
11:00 Sampai Bandar Fenghuang, check in Apartment.
11:30 Bersiar di Bandar Fenghuang, shopping.
14:00 Kembali ke Apartmen, berehat.
20:00 Bersiar di Fenghuang, menyusuri Sungai Tuojiang.
Hari 7
09:30 Berangkat ke Bandar Changsha, van 200 yuan seorang
16:00 Sampai Bandar Changsha.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2019/11/fenghuang-kota-purba-di-tebing-sungai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Furong Town Kota Purba Air Terjun

Furong Town Kota Purba Air Terjun

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 416 hits
Setelah melawat Zhangjiajie National Park kami meneruskan perjalanan ke Furong Town pada hari kelima Kami bertolak pada jam 09 00 pagi cadangan kami ke Yellow Stone Village dahulu sebelum berangkat namun disebabkan hari itu hujan kami terus...
Pelik Ikan Berwajah Manusia Jelas Hampiri Tebing Tasik

Pelik Ikan Berwajah Manusia Jelas Hampiri Tebing Tasik

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 406 hits
Sememangnya kita dikelilingi dengan pelbagai perkara pelik yang boleh terjadi pada setiap hari Walau bagaimanapun perkara pelik yang dihadapi dapat memberikan pengalaman baru kepada setiap orang Seperti yang berlaku di China pengunjung di s...
Sejarah Perang Biologi Sejak Zaman Purba

Sejarah Perang Biologi Sejak Zaman Purba

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 430 hits
Perang biologi ditakrifkan sebagai penggunaan racun biologi atau agen berjangkit dengan niat untuk membunuh atau bertindak sebagai tindakan perang bukanlah satu konsep moden tetapi percubaan telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi Gambar hi...
Menengok Persiapan Tni Amankan Calon Ibu Kota Baru

Menengok Persiapan Tni Amankan Calon Ibu Kota Baru

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 293 hits
TNI terus mempersiapkan diri jelang pemindahan ibu kota negara baru di Kalimantan Timur Pagi tadi pasukan pemukul Yonif 611 Awang Long menggelar latihan pertempuran kota mengantisipasi terjadinya ancaman di wilayah ibu kota negara
Reklame Iklan Rokok Ini Dipasang Di Tengah Trotoar Kota Sukabumi

Reklame Iklan Rokok Ini Dipasang Di Tengah Trotoar Kota Sukabumi

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 241 hits
Tiang reklame berisi iklan rokok dipasang di tengah trotoar Diduga pemasangan tiang reklame itu ilegal Wali Kota Sukabumi Achmad Fahmi menelusuri siapa pelaku pemasangan dan memerintahkan jajarannya untuk mencabut tiang tersebut
Sungai Ciojar Meluap Usai Hujan 12 Rumah Guru Pesantren Di Garut Kebanjiran

Sungai Ciojar Meluap Usai Hujan 12 Rumah Guru Pesantren Di Garut Kebanjiran

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 269 hits
Tubagus mengatakan bahwa ke 12 rumah yang terendam posisinya memang tidak jauh dari Sungai Ciojar Mulai terendam dari sekitar setelah Magrib sampai tengah malam katanya
Ump Di Ibu Kota Baru Ditetapkan Rp 2 9 Juta Di 2020

Ump Di Ibu Kota Baru Ditetapkan Rp 2 9 Juta Di 2020

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 305 hits
Pemerintah Provinsi Kalimantan Timur menetapkan Upah Minimum Provinsi pada 2020 sebesar Rp 2 981 378 72 Angka ini naik sekitar Rp 200 ribu dari upah 2019 sebesar Rp2 747 561
Industri Alkohol Batik Dan Peternakan Babi Terbukti Cemari Sungai Bengawan Solo

Industri Alkohol Batik Dan Peternakan Babi Terbukti Cemari Sungai Bengawan Solo

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 193 hits
Ammy mengungkapkan pihaknya sedang melakukan klarifikasi lebih lanjut ke perusahaan perusahaan yang bersangkutan atas hasil temuan itu
Bahan Kimia Yang Dibuang Di Dalam Sungai Kim Kim

Bahan Kimia Yang Dibuang Di Dalam Sungai Kim Kim

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 404 hits
Oleh Dr Onn Azli Puade Dalam rencana ini saya akan membicarakan mengenai jenis jenis bahan kimia dibuang secara haram yang telah menyebabkan salah satu tragedi paling buruk di Malaysia melibatkan murid sekolah dan orang dewasa Sungai Kim Ki...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever