Berapa Lama Masa Yang Anda Perlukan Untuk Jadikan Seseorang Kawan Rapat




Antara keperluan penting dalam hidup yang anda perlu ada adalah kawan rapat.
Kawan rapat boleh difahamkan sebagai kawan yang anda sering luangkan masa bersama. 
Bukan takat luangkan masa, teman kerja mungkin antara orang yang anda banyak luangkan masa. Tapi itu sekadar keperluan kerja saja. Belum tentu lagi teman kerja anda merupakan kawan rapat.
Dengan kawan rapat dan akrab, anda kerap melepak, berborak, buat projek atau aktiviti santai, dan lain-lain lagi seumpamanya, dengan mereka.
Kawan rapat juga menjadi teman yang bakal membantu, memberikan sokongan, mengkritik, menasihat, menghiburkan, mendengar masalah, ziarah waktu sakit, dan mungkin juga solatkan jenazah anda satu hari nanti.
8 kelebihan kawan rapatBerikut saya berikan 8 perkara yang anda akan dapat dari kawan-kawan akrab.
Mungkin anda rasa ada lebih lagi dari 8 perkara ini, kalau ada, tambah saja kat ruang komen kat bawah nanti. Ini senarai yang saya boleh berikan.
Apa yang anda akan dapat dari kawan rapat adalah.
Membina diri anda – Kawan rapat secara sedar atau tidak sedar jujur mahu melihat anda berjaya. Mereka membina diri anda dengan berbagai cara, mungkin secara nasihat dan idea, mungkin mencabar, mungkin juga mengkritik serta memerli anda. Semua itu menjadi ramuan untuk pembinaan diri anda.Menjadi orang yang mengkagumi anda – Kawan rapat juga jujur mengkagumi anda dalam hal yang dirasakan anda ada kelebihan. Mungkin sifat lawak, mungkin sifat berani, mungkin sifat bijak anda dan lain-lain lagi. Paling penting, mereka bukan sekadar kagumi ketika ada di depan, malah dibelakang anda juga mereka tetap konsisten mengkagumi anda.Menjadi kumpulan satu kepala – Kawan rapat akan jadi kumpulan tetap dalam kebanyakan aktiviti anda samada santai atau serius sebab mereka satu kepala dengan anda. Mereka kongsikan pendekatan dan pemikiran yang hampir sama dan selesa dengan anda tanpa memaksa anda ubah apa-apa yang anda dah ada.Jadi peneman dan pendengar yang setia – Ini satu lagi kelebihan yang ada pada kawan rapat. Walaupun anda tahu dan dia juga tahu, tak ada apa yang boleh dibantu jika anda luahkan masalah atau pendapat atau cabaran, dia akan setia mendengar dan jujur ingin tahu dalam apa saja suasana cerita anda.Tempat penghubung – Kawan rapat juga tidak lokek kenalan. Dia akan jadi talian hayat anda ketika anda perlukan maklumat atau bantuan dari orang lain yang dia kenal. Bila anda perlukan bantuan seorang peguan umpamanya, tanya saja dan dia akan berikan akses itu pada anda dengan rasa gembira.Pemberi tenaga – Ketika anda rasa lemah, letih dan murung tidak bertenaga, kawan rapatlah yang akan berupaya ubah itu semua terbalik. Pergi jumpa mereka, tak payah tunggu lama, anda akan bertenaga semula. Demam pun tetiba tak terasa dan anda mula cakap banyak dan rasa ceria semula.Membuka minda anda – kawan rapat juga biasanya mampu menjadikan minda anda terbuka. Perkara baru atau pengalaman baru yang ditempuhnya, lalu dikongsikan pada anda membuatkan minda anda terbuka secara rela. Sebab dia jujur dan teruja kongsikan anda tanpa paksaan atau cubaan menunjuk-nunjuk.Jadi penunjuk jalan – Kawan rapat juga diperlukan ketika anda rasa kosong dan keliru. Luahkan semuanya pada mereka dan insyaallah anda akan dipimpin semula secara tidak disedari. Selagi anda tidak dibawa ke jalan yang betul semula, selagi itulah mereka akan berusaha menyedarkan anda. Siapa kawan rapat andaTak semestinya semua setiap seorang teman rapat anda boleh berikan kesemua 8 perkara tersebut di atas. Tapi setiap seorang yang anda ada sudah tentu akan menyumbang sekurang-kurang satu atau lebih dari kesemua itu.
Gabungan dari kesemua kawan-kawan akrab yang anda ada, akan memberikan kesemua 8 perkara tersebut.
Cuba renung sejenak…
Berdasarkan kesemua 8 perkara tadi, adakah anda punya kawan rapat sekarang?
Kalau tak ada, anda ada masalah yang besar. Ada kawan yang jenis suka sedut segala tenaga dan semangat yang anda ada. Kawan rapat macam ni adalah satu malapetaka.
Perlu segera diselesaikan sepantas mungkin dengan berusaha membina satu kumpulan kawan rapat yang anda perlukan.
Persoalannya, macam mana dan berapa lama masa yang anda perlukan untuk menjadikan seseorang itu kawan yang rapat dengan anda.
Masa diperlukan untuk buat kawan rapatBerikut saya kongsikan proses masa yang anda perlukan dari peringkat awal untuk membina seorang kawan rapat.
Dari kenalan jadi kawan – anda perlukan masa bersama sekurang-kurangnya 50 jamDari kawan kepada ‘kawan baik’ – anda perlukan 90 jam masa bersamaDari kawan baik kepada kawan rapat – Anda perlu luangkan masa bersama selama 200 jamSemua masa tersebut perlu dihimpun secara konsisten dan kerap untuk membina seorang kenalan baru, bertukar menjadi seorang kawan yang rapat.
Dari peringkat awal, sampai jadi kawan yang akrab, anda perlukan himpunan masa bersama sekurang-kurangnya selama 200 jam.
Katakan anda luangkan masa sehari sekurang-kurangnya 2 jam sehari, selama 3 kali seminggu. Ertinya anda perlukan sekurang-kurangnya selama 8 bulan untuk membina seorang teman rapat.
Kalau anda nak hidup bahagia dan rasa bermakna, pastikan buat pelaburan masa dan tenaga untuk membina rangkaian teman rapat yang anda perlu kekalkan sehingga tua.
Paling baik adalah membina teman rapat di sekitar komuniti tempat anda tinggal. Anda boleh bersama sehingga ke hari tua dan gabungkan sekali dengan aktiviti kemasyarakatan tempat anda mencurahkan sumbangan.
Berusahalah untuk menjadi manusia yang baik, buat kebajikan, curahkan sumbangan, bantu orang, mesra alam, mesra jiran dan lain-lain lagi seumpamanya. Dengan berbuat begitu, moga mati kita berbaloi dan mendapat balasan yang baik di akhirat kelak, Insyaallah.
Maklumat kajian masa yang diperlukan itu boleh dilihat dari pautan kat sini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/10/untuk-jadikan-seseorang-kawan-rapat-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zizan Masa Lalu Chord

Zizan Masa Lalu Chord

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 197 hits
C G Am Em F C Am GC Gderai tetesan air mataAm Emkurasa kini kering sudahF Cmeratapi masa lalu kuAm Gyang tak berpihak kepadakuC Gkini engkau ada di manaAm Emku tak tahu apa kabarmuF Cmungkinkah kini kutemuiAm Gdirimu yang aku cintai Am G te...
Masa Berjalan Tiada Tanda Parlimen Bubar

Masa Berjalan Tiada Tanda Parlimen Bubar

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 253 hits
AGONG tidak berada dalam Negera Ikut perlembagaan Jemaah Menteri akan mencadangkan pembubaran Parlimen kepada Agong untuk dipertimbang kenankan Bukan cadangan PM bukan cadangan Presiden parti dan bukan juga cadangan parti AGONG pernah menol...
Saya Bercadang Selepas Big Mouth Lee Jongsuk Kongsi Pelan Lakonan Untuk Masa Depan

Saya Bercadang Selepas Big Mouth Lee Jongsuk Kongsi Pelan Lakonan Untuk Masa Depan

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 219 hits
Baru baru ini Lee Jong suk telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual untuk majalah Vogue Korea ARTIKEL BERKAITAN Pasti ramai yang mengetahui bahawa Lee Jong suk baru saja menamatkan drama noir Big Mouth yang telah berjaya mendapat sa...
7 Pemain Masa Kini Jago Bikin Gol Tapi Belum Pernah Juara Piala Dunia

7 Pemain Masa Kini Jago Bikin Gol Tapi Belum Pernah Juara Piala Dunia

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 157 hits
7 Pemain Masa Kini Jago Bikin Gol tapi Belum Pernah Juara Piala Dunia Mengangkat trofi Piala Dunia adalah impian terbesar pemain sepak bola Namun tak mudah untuk bisa meraih gelar juara tersebut Berikut adalah deretan pemain tajam dengan ko...
3 Negeri Pimpinan Ph Tak Bubar Jika Pru15 Dalam Masa Terdekat Kata Anwar

3 Negeri Pimpinan Ph Tak Bubar Jika Pru15 Dalam Masa Terdekat Kata Anwar

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 158 hits
Faiz Zainudin October 5 2022 Anwar Ibrahim berkata tiga negeri pimpinan PH tidak akan mengadakan pilihan raya sehingga isu banjir selesai KUALA LUMPUR Tiga negeri pimpinan Pakatan Harapan tidak akan dibubarkan jika pilihan raya umum ke 15 d...
Melintas Masa Lampu Dah Hijau Tak Tengok Kiri Kanan Apa Berlaku Selepas Dia Jauh Melambung

Melintas Masa Lampu Dah Hijau Tak Tengok Kiri Kanan Apa Berlaku Selepas Dia Jauh Melambung

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 176 hits
Satu rakaman papan pemuka sebuah kereta menunjukkan bagaimana padah melintas jalan raya ketika lampu hijau untuk kenderaan bergerak selain tidak menoleh ke kiri dan kanan sebelum menyeberang Lelaki bersinglet putih dan berseluar panjang hi
Saya Lalui Masa Sukar Nampak Chubby Gu Hyesun Kongsi Sebab Berat Badan Naik

Saya Lalui Masa Sukar Nampak Chubby Gu Hyesun Kongsi Sebab Berat Badan Naik

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 238 hits
Jarang menampilkan diri di khalayak ramai kini pastinya ramai yang tertanya tanya keadaan Gu Hye sun kini ARTIKEL BERKAITAN Terbaru kemunculan pelakon dan pengarah itu di Anugerah Seni Filem Chunsa Ke 27 nyata menjadi bualan ramai Ini keran...
Masa Tu Kena Kejar Lhdn Isa Isarb Jawab Isu Iklan Judi Terpaksa Ambil Sebab Darurat

Masa Tu Kena Kejar Lhdn Isa Isarb Jawab Isu Iklan Judi Terpaksa Ambil Sebab Darurat

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 164 hits
Sedia maklum personaliti media sosial serta YouTuber dikenali ramai iaitu Isa Isarb sebelum ini menjadi bualan orang ramai kerana isu ditaja oleh syarikat M88 susulan video konten cabran yang dianjurkan sebanyak RM10 000 Difahamkan M88 meru...
4 Faktor Agong Mungkin Tolak Nasihat Pm Bubar Parlimen Dalam Masa Terdekat

4 Faktor Agong Mungkin Tolak Nasihat Pm Bubar Parlimen Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 163 hits
bharian com myOleh Oktober 1 2022 11 36amAl Sultan Abdullah ketika bertitah sempena perasmian Sidang Parlimen BERNAMAKUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah boleh menolak nasihat Perdana Men...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik