Berapa Km Boleh Solat Jamak Jarak Perjalanan Solat Jamak


Solat jamak adalah kemudahan yang diberikan kepada umat Islam untuk menggabungkan dua solat fardu dalam satu waktu. Kemudahan ini amat penting bagi mereka yang dalam keadaan musafir.
Salah satu soalan yang sering timbul adalah, “Solat jamak berapa km yang dibolehkan?” 
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang jarak perjalanan yang membolehkan solat jamak, jenis-jenis solat jamak dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi, jom baca perkongsian di bawah. 
BACA JUGA: Solat Jamak Dan Qasar : Panduan, Syarat & Niat (JAKIM)
Apakah Itu Solat Jamak? Solat jamak bermaksud menggabungkan dua solat fardu dalam satu waktu. 
Ini adalah salah satu rukhsah atau kelonggaran yang diberikan kepada umat Islam yang berada dalam keadaan tertentu, terutamanya ketika musafir. 
Terdapat dua jenis solat jamak iaitu:
Jamak Taqdim: Menggabungkan solat Zohor dengan Asar dalam waktu Zohor atau Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.
Jamak Takhir: Menggabungkan solat Zohor dengan Asar dalam waktu Asar  atau Maghrib dengan Isyak dalam waktu Isyak.
Berapa KM Boleh Solat Jamak? – Jarak Perjalanan yang Membolehkan Solat Jamak Jarak yang dibenarkan untuk menunaikan solat Jamak ialah 2 marhalah. 
Merujuk kepada laman sesawang Mufti WP, maksud ukuran 2 marhalah itu ialah:
Jauh perjalanan sekira-kira dua hari perjalanan atau dua malam atau sehari dan semalam perjalanan unta yang membawa barang-barang dagangan ( barat-barat dagangan yangberat di atasnya). (Rujukan Kitab Matlak Al-Badrain hlmn 92) Perjalanan selama dua hari (dua siang) atau dua malam atau sehari semalam dengan unta yang membawa barang dagangan yang berat. (Rujukan Idaman Penuntut 1/90) Perjalanan dua hari atau dua malam atau sehari semalam jika menunggang unta (Rujukan Zain ATH-Tholib 1/209) Manakala jika dirujuk pada Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat halaman 999, marhalah bermaksud ukuran jarak yang lebih kurang 28 batu atau 45.06 km.
Adapun dua marhalah mengikut ukuran zaman sekarang adalah: antara 85 km – 90 km atau bersamaan 56 batu.
Secara amnya, Ukuran 1 marhalah = 2 barid = 24 mil hasyimi (8 farsakh). 1 mil = 1000 depa . Satu depa = empat hasta. Satu hasta = 46.656 cm. Ini bermakna satu depa = 186.624 cm (46.656 x 4). Maka 1 mil = 6000 ribu hasta bersamaan 186.624 cm (1866.24 meter atau 1.866 km) atau 24 jari melintang. 
Oleh itu, satu marhalah = 24 mil = 44789.76 meter atau bersamaan 44.790 km. 
Maka dua marhalah = 89580 meter (lebih kurang 89 atau 90 km).
Syarat Sah Solat Jamak Untuk melaksanakan solat jamak, terdapat beberapa syarat umum yang perlu dipenuhi:
Niat Musafir: Seseorang mesti berniat untuk bermusafir dan perjalanan mestilah bukan untuk maksiat. Jarak Perjalanan: Seperti yang telah dibincangkan, jarak perjalanan mestilah sekurang-kurangnya 89 kilometer (2 marhalah = lebih kurang 89 atau 90 km) Tidak Menetap Lama: Musafir tersebut tidak boleh berniat untuk menetap lebih dari tiga hari, tidak termasuk hari ketibaan dan hari berangkat. Keadaan Darurat: Selain musafir, solat jamak juga dibenarkan dalam keadaan hujan lebat menurut mazhab Syafie. Syarat Jamak TAKDIM
Kedua-dua solat mengikut tertib (dahului dengan solat empunya waktu) . Niat jamak dilakukan dalam solat yang pertama (hingga sebelum beri
salam) Berturut-turut antara solat pertama & kedua Masih musafir hingga takbir solat kedua Syarat Jamak TA’KHIR
Niat ta’khir kan solat pertama pada waktu kedua adalah ketika masuk waktu solat pertama. Masih musafir hingga selesai kedua-dua solat Kepentingan Solat jamak adalah salah satu bentuk kemudahan yang menunjukkan fleksibiliti dan kemudahan dalam Islam. Ia membolehkan umat Islam untuk tetap menunaikan kewajipan solat walaupun dalam keadaan yang mencabar.
Antara kepentingannya ialah;
Kemudahan: Mengurangkan beban solat dalam keadaan musafir. Menjaga Ibadah: Membantu seseorang untuk terus konsisten dalam solat walaupun dalam perjalanan. Menghormati Waktu: Menunjukkan kepatuhan kepada waktu solat walaupun dalam keadaan sukar. Penutup Dengan pemahaman yang jelas tentang jarak dan syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk menunaikan rukhsah solat, seseorang dapat menunaikan solat dengan betul dan sesuai dengan tuntutan syariat. 
Pastikan perjalanan anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan sentiasa rujuk kepada pandangan ulama untuk kepastian.
Rujukan:
AL-KAFI # 1181: MAKSUD DUA MARHALAH DI DALAM JAMAK DAN QASAR – MuftI WP

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/berapa-km-boleh-solat-jamak/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=berapa-km-boleh-solat-jamak

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Gig Job Yang Boleh Dilakukan Selain Grab Atau Foodpanda

Senarai Gig Job Yang Boleh Dilakukan Selain Grab Atau Foodpanda

papar berkaitan - pada 20/7/2024 - jumlah : 411 hits
Sebelum ini kalau kita biasa dengar Gig Job mesti tuju pada pekerjaan Grab atau Foodpanda sebagai rider atau driver Sebenarnya banyak lagi jenis pekerjaan gig yang ada disediakan di negara kita Apa itu gig job Secara mudahnya ianya sebuah p...
Bawa Minyak Angin Ke Mana Mana Tak Boleh Bau Perfume Marissa Dania Hamil Duduk Pun Nampak Baby Bump

Bawa Minyak Angin Ke Mana Mana Tak Boleh Bau Perfume Marissa Dania Hamil Duduk Pun Nampak Baby Bump

papar berkaitan - pada 21/7/2024 - jumlah : 222 hits
Anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania sering menjadi tumpuan dan perhatian warganet di media sosial lebih lebih lagi sejak dia mendirikan rumah tangga bersama Aslam Terbaru hantaran dimuat naik Marissa Dania me...
Agak Agak Dengan Sikap Kau Orang Boleh Terima Kah

Agak Agak Dengan Sikap Kau Orang Boleh Terima Kah

papar berkaitan - pada 21/7/2024 - jumlah : 262 hits
Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh meletak keutamaan kepada usaha mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti itu terlebih dahulu berbanding jawatan dalam kabinet Kerajaan Persekutuan Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau itu menega...
Umno Boleh Menang Sebab Ada Akmal Pas Referendum Rakyat Tolak Kerajaan

Umno Boleh Menang Sebab Ada Akmal Pas Referendum Rakyat Tolak Kerajaan

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 155 hits
Barisan Nasional mempunyai peluang cerah untuk merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri Nenggiri Kelantan pada Pilihan Raya Kecil bulan depan Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh berkata ia berdasarkan kredibiliti calon yang diketen...
Cerita Pelik Bagaimana Saya Boleh Mula Melabur Saham

Cerita Pelik Bagaimana Saya Boleh Mula Melabur Saham

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 204 hits
Tahun ini adalah tahun di mana saya mula slow down buat content di sosial media Entah kenapa makin bertambah usia makin malas pula rasanya nak expose diri di khalayak ramai Blog ini pun dah lama saya tak jenguk Tapi hari ini saya paksa diri...
Buli Siber Bila Boleh Dihentikan

Buli Siber Bila Boleh Dihentikan

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 144 hits
Beberapa tahun lalu saya pernah menulis mengenai kisah seorang pemuda berlainan kepercayaan yang didedahkan identitinya itu oleh seorang rakan sekolah di Facebook Bekas rakan sekolahnya itu turut memaparkan wajah tunangnya dan status terseb...
Luka C Zer Boleh Terbuka Semula Ibu Baru Bersalin Perlu Ambil Tahu

Luka C Zer Boleh Terbuka Semula Ibu Baru Bersalin Perlu Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 132 hits
Bukan saja ibu bersalin normal yang risau dan bimbang jahitan terbuka hal ini juga turut membimbangkan ibu yang bersalin secara pembedahan bila luka czer terbuka kembali Sebenarnya banyak punca yang menyebabkan luka pembedahan ini kembali t...
Cara Bancuh Tepung Ayam Goreng Rangup Lebih Jimat Buat Ayam Goreng Hari Hari Pun Boleh

Cara Bancuh Tepung Ayam Goreng Rangup Lebih Jimat Buat Ayam Goreng Hari Hari Pun Boleh

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 198 hits
Ayam goreng bersalut tepung yang rangup kalau dihidang memang memancing selera Dari tak nak makan boleh cancel bila lihat ayam goreng rangup ini panas panas Buat lauk ini setiap hari pun tiada masalah terutama kalau di rumah ada kanak kanak...
Speker Dun Melaka Boleh Istihar Kerusi Kosong Kot

Speker Dun Melaka Boleh Istihar Kerusi Kosong Kot

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 118 hits
Dalam isu 6 MP Bersatu yang sokong PMX tu PN tak puas hati kerusi mereka dikekalkan kerana bagi PN Bila notis dihantar Speaker hanya perlu umum kerusi dikosongkan dan kemudian Jadi untuk ni aku harap Speaker DUN Melaka bila UMNO hantar noti...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


5 Ceramah Isra Mi Raj Singkat Dan Jelas

A 22 Square Meter Apartment Transformed Compact Luxury In Moscow

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Uniform Sekolah Berkualiti Serta Mampu Milik Di Pusat Pakaian Hari Hari