Berapa Kali Cakap Selalu Macam Ni Kerap Sangat Berleter Nanti Anak Tak Takut


Orang cakap kalau kita mahu sesuatu itu melekat di hati dan ingatan anak, kita perlu ulang banyak kali, barulah anak ingat, barulah anak buat. Saya dah letih berleter, kadang-kadang sampai naik angin hilang sabar tetapi anak tidak buat juga. Tidak disuruh, tidak dibuat.”
KENAPA KITA BERLETER?
*Ada yang berleter kerana kita juga dileteri suatu masa dahulu. Itu sudah menjadi budaya dan amalan keibubapaan dalam keluarga.
*Ada yang berleter sebab tidak tahu cara lain untuk menyampaikan apa yang terbuku di hati.
*Ada yang berleter untuk memberi arahan kepada anak yang tidak mahu patuh.
*Ada yang ingin menunjukkan kuasa dan otoriti walaupun berleter itu seringkalinya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
*Ada yang berleter sebab rasa panik, kaget dan bersalah dengan diri sendiri. Untuk menutup kegusaran itu maka leteran digunakan.
*Ada yang takut anak mengulangi kesilapan yang pernah kita lakukan maka cara yang terbaik adalah berleter untuk menutup rasa tidak selamat yang dirasakan.
Kebanyakannya berleter kerana itu adalah cara yang paling cepat dan mudah untuk ‘memaksa’ anak menurut kata tanpa perlu banyak usaha dan perancangan.

Adakah leteran berkesan untuk jangkamasa panjang?
Selalunya tidak. Ia hanya berkesan ketika saat itu saja. Perangai yang sama akan diulangi. Anak akan menunggu leteran sekali lagi. Selagi tidak dileteri, selagi itulah perbuatan yang sama diulang.
Perbuatan diulang, berleter lagi. Berleter lagi, perbuatan diulang.
Ia menjadi satu kitaran yang tidak sudah, tidak efektif dan tidak produktif.
Leteran akhirnya menjadi irama dan lagu yang hanya membuai dan mendodoikan tanpa kesan pada anak.
KENAPAKAH LETERAN TIDAK BERKESAN?
Leteran adalah proses mencari silap bukannya proses memperbetulkan kesilapan.
Ia hanya memfokuskan pada apa yang buruk dan apa yang salah pada anak sahaja.
Pernahkah dalam leteran itu kita selitkan perkara yang positif yang dilakukan anak?
Tidak bukan? Ataupun jarang-jarang sekali.
Selalunya kita hanya semburkan apa yang negatif sahaja seolah-olah tiada langsung yang baik pada anak. Selalunya kita guna istilah yang ekstrim.
“Kamu tidak pernah….”
“Selalu macam ni…”
”Dah berapa kali dah…” semua yang ekstrim negatif sahaja dan langsung tidak ada yang positif.
Anak akan berhenti mencuba untuk berubah dan menjadi baik kerana usaha kecil mereka tidak ada nilainya di mata ibubapa di kala berleter.
Kaedah yang lebih efektif untuk membentuk tingkah laku yang baik adalah bukannya mencari silap tetapi mencari kebaikan. Semakin banyak kebaikan yang kita cari, semakin banyaklah kebaikan yang akan kita lihat dalam diri anak. Ini adalah kitaran positif yang efektif.
Dalam leteran itu juga kita berkemungkinan membuat andaian yang tidak betul dan tuduhan yang melulu tanpa memeriksa terlebih dahulu apa sebenarnya yang menyebabkan sesuatu tingkah laku itu. Ini juga amat mengecewakan anak yang dileteri.
Mungkin harapan kita terlalu tinggi dan anak tidak dapat mencapainya dengan mudah.
Mungkin persekitaran tidak kondusif untuk fizikal anak melakukan apa yang diharapkan.
Mungkin anak tidak faham arahan yang disampaikan kerana cara komunikasi kita tidak kena dengan anak.
Jika inilah sebabnya, maka tidak hairanlah leteran kita masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tuduhan dan andaian tidak akan terkesan di hati. Ia hanya menyakitkan hati.

APA YANG PERLU DIBUAT SELAIN BERLETER?
Jika kita inginkan kerjasama yang berpanjangan, kita perlukan perancangan. Tidak ada penyelesaian segera dalam proses keibubapaan. Semuanya memerlukan usaha, pertimbangan yang teliti dan kesabaran yang tinggi.
Buat perancangan dengan anak. Jemput anak untuk sama-sama menyelesaikan masalah secara diplomasi. Anak-anak harus diajar kesan dan akibat perbuatan mereka ke atas dirinya, keluarga dan orang sekeliling. Tidak perlu tunggu sehingga anak remaja untuk membincangkannya. Anak kecil juga faham jika kita menggunakan bahasa yang mudah mereka fahami.
Adakan peraturan dalam rumah. Sentiasa berbincang tentang peraturan yang ada. Jika anak tidak ikut peraturan ada kesan dan akibatnya. Ini juga harus dibincangkan dari awal bersama-sama dengan anak bukannya dibuat secara rawak apabila anak melakukan kesilapan.
Kita harus berusaha menjadi ibubapa proaktif yang bersedia sebaik mungkin dengan segala kemungkinan dan bukannya menjadi reaktif dengan leteran dan hukuman yang tidak efektif untuk mendidik.
Pastikan sistem pendidikan di rumah adalah yang terbaik untuk anak menjadi seorang manusia.
Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)
The post “Berapa Kali Cakap..Selalu Macam Ni..” Kerap Sangat Berleter, Nanti Anak Tak Takut appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/berapa-kali-cakap-selalu-macam-ni-kerap-sangat-berleter-nanti-anak-tak-takut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pantau Bila Anak Kerap Batuk Mungkin Tanda Saluran Pernafasan Anak Sempit Takut Kena Penyakit Krup

Pantau Bila Anak Kerap Batuk Mungkin Tanda Saluran Pernafasan Anak Sempit Takut Kena Penyakit Krup

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 326 hits
Anak anak memang mudah dijangkiti dengan demam selesema dan juga batuk Tapi kadangkala batuk atau demam yang berlarutan membuatkan mama papa rasa gundah gulana risau penyakit yang dihidapi oleh anak anak yang masih kecil itu memudaratkan ke...
Waktu Mengandung Selalu Sedih Nanti Anak Keluar Pun Kuat Menangis

Waktu Mengandung Selalu Sedih Nanti Anak Keluar Pun Kuat Menangis

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 626 hits
Ketika seseorang wanita sedang hamil dia perlu sentiasa berada dalam keadaan positif dan menggembirakan Sebaiknya elakkan rasa tertekan atau sedih semasa dalam tempoh kehamilan Selain menggangu tahap kesihatan si ibu emosi semasa hamil bole...
Apabila Anak Bertanya Jawab Dengan Betul Mak Ayah Kena Layan Jangan Cakap Nanti

Apabila Anak Bertanya Jawab Dengan Betul Mak Ayah Kena Layan Jangan Cakap Nanti

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 549 hits
Ibu dalam perut ibu ada adik ya Macam mana adik nak keluar nanti Dulu kakak dalam perut ibu juga ke Ibu oooh ibu Jawablah Perasan tak persoalan ni yang selalu ibu bapa akan hadap bila anak dah mula mencecah usia 3 tahun ke atas Kadang soala...
Buka Hijab Anak Marshanda Pernah Nangis Karena Takut Ibunya Masuk Neraka

Buka Hijab Anak Marshanda Pernah Nangis Karena Takut Ibunya Masuk Neraka

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 322 hits
Marshanda mengaku kalau Sienna memang dewasa dari umurnya Sehingga ia paham mengenai kondisi orang tuanya
Anak Kurang Makan Buatkan Bergedil Ringkas Macam Ni Pun Dah Kenyangkan Anak Sedap

Anak Kurang Makan Buatkan Bergedil Ringkas Macam Ni Pun Dah Kenyangkan Anak Sedap

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 449 hits
Bagi ibu yang berdepan dengan masalah anak tidak mahu makan dan hanya bergantung kepada susu sahaja pastinya terasa menyukarkan Lebih lebih lagi memikirkan berat anak tidak naik seperti anak anak lain Sebagai ibu cuba sebaiknya menggantikan...
Nak Buat Macam Mana Dah Terlanjur Bapa Sanggup Kahwin Anak Sendiri Kerana Mengandung Anaknya

Nak Buat Macam Mana Dah Terlanjur Bapa Sanggup Kahwin Anak Sendiri Kerana Mengandung Anaknya

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 807 hits
Seorang lelaki tua berusia 50 tahun bertindak gila apabila didakwa memperkosa anak kandungnya sendiri di Takalar Indonesia sehingga mangsa hamil enam bulan Lelaki diberi gelaran T itu dituduh memperkosa anaknya yang berusia 16 tahun selama ...
Tak Susah Pun Buat Pizza Sendiri Untuk Anak Ringkas Je Rasa Sama Macam Kedai

Tak Susah Pun Buat Pizza Sendiri Untuk Anak Ringkas Je Rasa Sama Macam Kedai

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 328 hits
Selain nasi roti dan aneka mi pizza antara makanan yang cukup disukai anak anak kecil kita Bentuk dan rupanya yang berbeza ditambah dengan aneka sayuran di atasnya membuatkan kanak kanak mudah tertarik dengan pizza Namun menyediakan pizza t...
Jangan Sesekali Cakap Nakalnya Bila Anak Buat Perangai Kata Itu Satu Doa Mustajab

Jangan Sesekali Cakap Nakalnya Bila Anak Buat Perangai Kata Itu Satu Doa Mustajab

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 359 hits
Anak makin besar perangainya cukup menguji kesabaran ibu bapa Macam macam perasaan akan muncul apabila anak dah mula buat perangainya Nak cubit nak marah nak pukul semua ada dalam waktu itu Disebabkan ini ada ibu bapa yang tak dapat menahan...
Tanda Lahir Macam Topeng Batman Ibu Bawa Sampai Rusia Nak Buang Hitam Di Muka Anak

Tanda Lahir Macam Topeng Batman Ibu Bawa Sampai Rusia Nak Buang Hitam Di Muka Anak

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 545 hits
Pembedahan pertama oleh doktor di Russia berjaya membuang sebahagian tanda lahir besar pada muka seorang bayi berusia lapan bulan dari Amerika Syarikat yang dikatakan menyerupai topeng Batman Ibu bayi tersebut telah membawanya ke Russia bag...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi