Berapa Harga Ideal Bagi Beras Yang Pesawah Mahu



ARAU: Harga baharu beras putih Malaysia Madani dan import perlu ditetapkan pada paras yang ideal bagi memastikan tidak ada yang terjejas dan memberi ke­adilan kepada semua pihak.
Antara harga yang dicadangkan ialah RM30 dan RM35 bagi setiap 10 kilogram (kg) dan harga tersebut dianggap realistik dalam usaha menstabilkan pasaran makanan ruji negara itu.

Selain itu, cadangan harga ter­­sebut juga dilihat memberi si­­tua­si menang-menang kepada pe­­ngi­lang dan pesawah yang te­rus terkesan dengan kos operasi penanaman padi yang meningkat.
Beras putih tempatan di pasaran sekarang ini dijual pada harga RM28 dan RM42 untuk beras import bagi setiap 10kg, dan julat harga jualan beras tempatan dan import yang agak jauh ini dibimbangi berlaku penipuan dan manipulasi beras.
Pengerusi Badan Bertindak Pe­tani MADA, Che Ani Mat Zain ber­kata, jika harga beras putih Ma­lay­sia Madani dijual RM30, ia di­lihat sesuai untuk permulaan di samping mampu membantu pesawah.
“Kita sambut baik kalau kerajaan naikkan beras tempatan dari harga lantai RM2.60 setiap kg kepada RM3 kerana sudah 18 tahun tiada perubahan harga.
“Sedangkan kos input tanaman padi sudah meningkat antaranya benih padi, baja, racun dan sebagainya yang menyebabkan pesawah terpaksa tanggung risiko serta pendapatan terjejas.
“Walaupun pengguna atau ada pihak tidak setuju, harap mereka faham kerana pendapatan pesawah amat terjejas dengan kenaikan kos mendadak sejak beberapa tahun lepas. Jadi kalau naik dari RM26 ke RM30 bagi kampit 10kg itu sangat munasabah untuk permulaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Semalam, Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (Barim) mencadangkan agar beras putih Malaysia Madani bagi kampit 10kg dijual pada harga bawah RM25.50 atau tidak melebihi RM26 supaya pelaksanaan program itu benar-benar membantu rakyat ketika kenaikan kos sara hidup.
Presidennya, Ismail Awang berkata, ia boleh dilaksanakan dengan cara harga beras tempatan RM2,250 satu metrik tan dan 80 peratus daripada jumlah itu atau RM1,800 ditanggung oleh pemborong beras.
Mengulas lanjut, Che Ani berkata, kenaikan harga beras tersebut diharapkan dapat menamatkan krisis beras tempatan yang kini sukar diperoleh di pasaran sejak pertengahan tahun lalu.
“Kita harap bila naikkan harga itu akan selesaikan satu masalah bekalan kerana selama ini pun sebahagian besar pengguna sudah membelanjakan wang lebih untuk membeli beras import berharga kira-kira RM40 kerana tiada beras tempatan.
“Justeru apa guna lagi hendak pertahankan harga lantai RM2.60 setiap kg kalau bekalan susah hendak dapat di pasaran,” katanya.

Sementara itu, bagi golongan pesawah pula, mereka mencadangkan agar beras putih Malaysia Madani dan import bagi berat 10 kilogram diselaraskan kepada RM35.
Melalui harga berkenaan, pesawah memaklumkan harga belian padi tidak mustahil boleh mencecah RM1,800 sehingga RM1,900 per tan dengan termasuk subsidi, mereka boleh menjana pendapatan sehingga RM2,400 sekali gus memberi sedikit ‘nafas’ kepada mereka.
Dalam masa sama, pesawah juga berharap pengguna memahami situasi semasa dengan menerima harga berkenaan memandangkan sudah 18 tahun harga beras tidak pernah naik.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang pesawah, Mohd. Noor Hashim, 60, berkata, kadar RM35 bagi berat 10 kilogram itu dilihat relevan dengan situasi semasa memandangkan kos mengusahakan sawah terus meningkat.
Katanya, jika beras Madani dijual pada harga RM25 atau RM26 maka harga belian padi akan turun seperti biasa sekitar RM1,300.
Justeru, katanya, golongan pesawah antara yang paling terkesan teruk jika harga beras masih terlalu rendah dan pihak kilang tidak mampu membeli padi pada harga lebih tinggi.
“Sekarang ini kenaikan kos tinggi, bagi tanaman di kawasan seluas satu hektar sekurang-kurangnya menelan kos RM5,000 berbanding dahulu sekitar RM3,000 ke RM4,000. Sebelum ini, harga racun rumput contohnya, sekitar RM50 meningkat kepada RM99 sebelum turun sedikit kepada RM70.
“Upah menuai padi juga meningkat daripada RM100 serelong kepada RM150. Jadi, jika harga beras terlalu rendah, pengilang tidak mampu beli padi dengan harga lebih tinggi sekali gus memberi kesan kepada pesawah,” katanya.

Seorang lagi pesawah, Mohd. Nazri Subuh, 48, pula berkata, pengguna perlu faham jika berlaku sedikit kenaikan harga beras memandangkan negara-negara Asia Tenggara lain harga jauh lebih tinggi.
Katanya, sudah terlalu lama harga beras tidak naik dan sudah tiba masanya dinaikkan berdasarkan situasi semasa di mana kos atau input pertanian semuanya meningkat.
“Bagi saya, harga RM35 sesuai dalam keadaan situasi semasa ini yang menyaksikan pesawah terus terkesan. Naik harga beras secara tidak langsung harga padi juga meningkat.
“Sekarang belian padi RM1,750 dan boleh meningkat kepada RM1,900 per tan jika harga beras dinaikkan pada harga tersebut,” katanya. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2024/02/berapa-harga-ideal-bagi-beras-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warga Depok Teriak Harga Beras Naik Tinggi

Warga Depok Teriak Harga Beras Naik Tinggi

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 148 hits
Kondisi ini menyebabkan daya beli turun dan omzet berkurang
Harga Beras Dicadangkan Rm35 Bagi 10kg

Harga Beras Dicadangkan Rm35 Bagi 10kg

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 170 hits
PETALING JAYA Cadangan harga RM3 50 bagi sekilogram beras putih tempatan atau RM35 seki logram munasabah dan memberi situasi menang menang kepada pengilang dan pesawah untuk tempoh jangka panjang Exco Tugas tugas Khas Pertubuhan Persaudaraa...
Kerajaan Perlu Segera Beri Kata Putus Harga Siling Beras Sinar Harian 25 02 2024

Kerajaan Perlu Segera Beri Kata Putus Harga Siling Beras Sinar Harian 25 02 2024

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 141 hits
Artikel oleh Sinar Harian KERAJAAN PERLU SEGERA BERI KATA PUTUS HARGA SILING BERAS
Harga Beras Nak Kutuk Kerajaan Pun Patut Patut La Kerajaan Pn Dulu Tak Baik Mana Pun

Harga Beras Nak Kutuk Kerajaan Pun Patut Patut La Kerajaan Pn Dulu Tak Baik Mana Pun

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 185 hits
Che IbrahimKesian la ke pesawah dan petani mereka pun ada keperluan dan tanggungan hidup juga Serba benda nak murah kalau mari dari titik peluh orang kampung Yang bagi pandangan atas ni tak cerdik gayanya Dia nak murah ja Mengkedaqah anak b...
Kenyataan Media Pm Harga Beras Dan Jualan Rahmah Harus Diperbanyakkan Lagi Dan Meluas Untuk Rakyat

Kenyataan Media Pm Harga Beras Dan Jualan Rahmah Harus Diperbanyakkan Lagi Dan Meluas Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 24/2/2024 - jumlah : 351 hits
Kenyataan MediaPerdana Menteri23 Februari 2024Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2024 yang turut dihadiri oleh Menteri menteri Timbalan timbalan Menteri Ketua Ketua Setiausaha Kementer...
Harga Beras Naik Tom Lembong Duga Akibat Bagi Bagi Bansos Saat Kampanye Pilpres 2024

Harga Beras Naik Tom Lembong Duga Akibat Bagi Bagi Bansos Saat Kampanye Pilpres 2024

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 187 hits
Ada indikasi bahwa kebijakan bansos yang ditempuh itu menguras stok bulog sampai 1 3 juta ton itu angka yang sangat signifikan kata Tom
Cerita Makan Kedai Tomyam Hujung Minggu Di Melaka

Belanja Makan Hujung Tahun Di Damas Arabic Restaurant Penang

Man With Flail Right Arm Awarded Rm850 000 For Medical Negligence

Reka Bentuk Kotak Kreatif Untuk Hari Perayaan Panduan Praktikal

Perkeso Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2024 A Must Have For Every Housewife

Importance Of Good Manners In Life

Kelantan Trekking Ke Air Terjun Mawar Mawo Di Jeli

Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000


echo '';
Siapa Ezwan Zain Ini Biodata Lelaki Yang Didakwa Sebagai Mr E Kekasih Baru Erra Fazira

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


Your Account Update

Apa Itu Myborderpass Cara Daftar Myborderpass Dan Cara Guna Myborderpass

Biskut Bunga Cina Guna 3 Bahan Je

10 Aktiviti Outdoor Di Gopeng Perak

Jin Merasuk Tubuh Manusia Boleh Tak Ada Hadis Sahih Tak

Seeing Green A Hi Vis 74 Rickman Cr900 Selling At Mecum