Berapa Agaknya Pendapatan Bulanan Blogger Dengan Adsense
As Salam
Berapa Agaknya Pendapatan Bulanan Blogger Dengan Adsense ?-Ewah.kemain topik kita kali ini kann.Sebenarnya saya baru sahaja download slip payment dari Adsense sejak saya mula mendapat tawaran memasang Iklan Adsense di blog.Masa tu sekitar tahun 2016.Adalah dalam empat tahun. Walaupun sebelum itu lagi saya sudah mula berblog, cuma pendapatan dengan Adsense ternyata lebih berbaloi dan mengembirakan hati.heh.
Tahun pertama saya menjana pendapatan pasif dengan berblog iaitu sekitar tahun 2016.Masa ni pun dah berkobar-kobar semangat nak bangunkan blog.Walaupun amount yang kita cashout sekitar USD 100, saya tetap optimis dan berkata dalam hati, it is in usd value.Berbaloi kot:)
Ini pula screen shot estimated earnings yang telah dibayar oleh Google Adsense dalam akaun saya sekitar tahu 2016 hingga 2019.Alhamdulillah. Saya bersyukur kerana sebahagian daripada pendapatan ini kami gunakan buat menampung pembelian rumah kedua yang kami diami sekarang ini
Jika blog atau akaun Youtube anda sudah layak untuk publish iklan Adsense, dan sudah cukup jumlah untuk cashout, biasanya kita akan diminta untuk mendaftar akaun Google Adsense.Akaun inilah yang akan membolehkan kita menyemak pendapatan harian, mingguan dan bulanan kita dengan berblog atau menghasilkan video di Channel kita.Satu lagi, kita boleh sahaja nak buat berapa banyak pun blog atau channel, bila cukup syarat, boleh publish iklan dan seterusnya menjana pendapatan pasif dengan lebih banyak.hehe
Saya pernah kongsikan dalam blog sebelum ini, akan banyak kebaikan dan manfaat yang kita boleh dapat dengan berblog.Jika korang suka menulis dan berkongsi di media sosial, memiliki blog sendiri adalah salah satu idea terbaik yang harus kita fikirkan mulai sekarang.
Perkongsian kelas PDPR sepanjang PKP telah memberi saya suatu suntikan dan semangat untuk mengaktifkan Channel Youtube saya.Sungguh.Hikmah PKP tiada siapa yang tahu.Ia menjadi asbab bagi saya kongsikan video rakaman pengajaran saya di rumah kepada murid.Asalnya saya hanya kongsi link, rupanya apabila kita share link dari Youtube kepada murid, ia tidak akan menganggu storage phone.Walaupun ia ambil data phone kita, tapi bagi saya ianya berbaloi sebab anak kita dapat ilmu dan pemahaman lebih jelas tentang topik yang diajar guru
Saya akui, menjadi Blogger bukanlah mudah tapi ianya juga tidaklah sesukar mana.Kalau kekangan update blog itu menjadi halangan, kita boleh draft post time free dan publish ikut kesesuaian masa.Kalau cara saya, memang tak boleh diikut.Tapi tulah yang buat passion saya dalam berblog lambat surut sebab saya jadikan hobi menulis ini hanya apabila saya betul-betul lapang untuk menulis.Ceh gitu.
Mesti kalangan readers ramai nak tahu kan.Agaknya berapa pendapatan bulanan seorang Blogger jika dia punya Iklan Adsense dalam blognya?
Jika seorang Blogger hanya bergantung kepada Adsense dan tidak menjalankan aktiviti pasif income lain seperti menjadi Dropshipper, Affiliate dan juga menulis review atau sponsored post di blognya, untuk sekadar mendapat pasif income tiga angka atau empat angka adalah perkara biasa.Yup.Walaupun dibuat secara part time, menulis Blog memang tidak perlu kelayakan sepenuh masa untuk kita menjalankannya.
Pernah suatu ketika, muncul ramai Blogger baru dalam dunia maya.Seingat saya, sekitar tahun 2011, saya kenal ramai Blogger yang aktif berblog, tetapi selepas 10 tahun ini, saya dapati bilangan mereka yang menulis blog semakin kurang.Ramai antara mereka yang mengakui meninggalkan blog kerana menumpukan kepada akaun media sosial yang lain seperti Channel Youtube, Facebook, Twitter dan Instagram.
Tambah lagi jika ada kalangan mereka yang berniaga secara online, instagram atau Facebook adalah pilihan utama menjalankan perniagaan masing-masing.Selain ada juga yang memilih menjadi Seller di Lazada atau Shopee. Pun begitu, menjadi seller di online shop juga boleh mendatangkan pendapatan lumayan seperti yang diceritakan di sini : Tips dan Pengalaman Menjadi Seller di Shopee-
Dalam diam, mengikut pengalaman, pemerhatian dan pengamatan saya, adalah suatu kerugian jika anda pernah memiliki atau pernah aktif berblog, tapi kemudian meninggalkan blog menjadi sunyi tidak dikemaskini sehingga bertahun-tahun.Pada pendapat saya, ramai Bloggers sendiri tahu, blog kita selagi tidak didelete atau dipadam oleh pemilik akaun, selama itulah ia akan berada dipersada maya.
Lebih menarik, jika kita sudah banyak berkongsi info menarik dalam blog, pasti akan ada sahaja pelawat yang datang ke blog kita.Maka, selama itulah, jika ada iklan yang kita pasang, maka akan ada earnings yang terhasil disitu.Kebarangkalian blog kita dikunjungi sentiasa walaupun tidak dikemaskini setiap hari tetap ada jika blog anda menampilkan pelbagai post atau entri yang bersifat evergreen.
Antara tips mengekalkan views blog yang tinggi, walaupun kita tidak update blog setiap hari, saya banyak kongsi resepi masakan.Inilah cara mudah bagi saya.Resepi masakan adalah perkara atau entri yang ramai orang cari dan hampir setiap hari.Tak kira musim apa pun.Cumanya bila berlaku lambakan resepi di alam maya, kita akan bersaing dengan ramai perkongsian resepi.Blogger kena kreatif, tulis content resepi yang akhirnya dapat kekal atau dapat rank first page atau top search di Google Search.Teknik ini kena belajar
Apapun, fokus saya dalam post ini ialah mengenai pendapatan yang agak berbaloi dan pasti lumayan dengan berblog dan memiliki akaun Adsense.Pendapatan dengan Adsense dikatakan agak lumayan kerana kita dibayar dengan matawang USD ( nilai Dollar ). Berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya bukanlah istiqamah mengemaskini blog dengan entri blog setiap hari.Kebanyakan entri blog saya yang mendapat hits dan views puluhan ribu sehingga kini adalah entri atau post yang saya publish sekitar tahun 2015-2017. Maknanya 4 atau 5 tahun lepas.
Namun apa yang mahu saya kongsikan, meskipun saya tidak begitu aktif menulis blog pada masa ini, saya masih mendapat atau menjana pendapatan pasif dari blog ini.Menarik bukan? Setiap bulan, saya masih boleh cashout pendapatan pasif sekitar RM 500 hingga RM 800-Ini adalah pendapatan pasif purata bulanan seorang Blogger part time seperti saya.
Jika kalangan blogger lain, yang selalu membuat review produk atau event, pastinya pendapatan mereka juga lebih banyak.Jadi, bagi saya secara peribadi, jika anda mempunyai minat menulis, usahakanlah untuk buat blog sendiri.Selain dapat berkongsi info dengan pembaca, secara tak langung kita ibarat berkongsi ilmu jariah yang InshaAllah pahalanya akan berterusan selagi blog kita dikunjungi pembaca.
Saya menulis tentang ini sebagai motivasi kepada anda, tidak ada istilah terlambat bermula.Kita percaya, rezeki atau apa sahaja yang Allah takdirkan dan tentukan dalam hidup kita, telah diatur dengan cara yang paling baik oleh Allah yang maha mentadbir sekalian alam.
Baru-baru ini secara tidak langsung, saya aktifkan semula akaun Youtube Cik Matahariku, yang telah saya daftar sejak tahun 2011, selang beberapa bulan saya membangunkan blog ini.Malah ketika itu, tiada syarat bilangan subscriber atau views yang dikenakan, kita sudah boleh pasang iklan di Channel kita. Bila saya ingin aktifkan akaun Youtube ini, ada sedikit penyesalan sebab tidak buat begitu 9 atau 10 tahun lalu. Tetapi bila kita positif, dan yakin Allah yang atur semuanya dalam hidup kita, barulah saya bersemangat kembali.Doakan semoga akaun Youtube saya dapat mencapai kelayakan memasang Iklan Adsense dengan mudah, cepat dan lancar.aamin.
Bermula dengan bilangan subscriber 11 orang, saya sepatutnya gembira dan bersyukur apabila subscriber saya sudah menjangkau angka 200 orang.Hikmah membuat video pengajaran di rumah, sekurang-kurangnya saya mempunyai ruang untuk berkongsi dengan anak-anak didik saya akan video rakaman pengajaran saya dalam tempoh PKP. Jemput subscribe ya!- Channel Youtube Cik Matahariku
Begitulah. Saya berpegang, jika ada apa-apa pekerjaan atau minat yang kita usahakan dengan sabar, minat dan mahu mencari ilmu, InshaAllah, itu maknanya Allah sedang lorongkan kita kepada pintu-pintu rezeki yang lebih banyak dalam hidup kita.
Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi inspirasi, semangat dan membuka minda pembaca semua.Tidak akan dapat sagu, jika kita tidak pecahkan ruyungnya
Kepada yang masih setia dan kekal berblog, teruskan menulis.Berbanggalah kerana anda juga seorang Storyteller, Content Creator dan Influencer dialam maya ini.Kita yang menentukan apa yang readers akan dapat daripada blog kita.Keep Blogging guys!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikmatahariku.blogspot.com/2021/02/berapa-agaknya-pendapatan-bulanan.html