Berang Konflik Rumah Tangga Dituduh Marketing Shermine Ah Moi Bidas Netizen Staf Cium Boss Kira Marketing Ke
Meskipun dilihat seakan sudah move on dengan kejadian yang berlaku namun, konflik rumah tangga pempengaruh TikTok, Shermine Ah Moi dan bekas suaminya, View Chin kini masih lagi menjadi bualan dalam kalangan wargamaya.
Berang konflik rumah tangga dituduh ‘marketing’
Terbaru, Shermine tampil memuat naik satu hantaran di Facebooknya membidas sesetengah netizen yang menuduh konflik rumah tangga yang dihadapinya ketika ini merupakan satu marketing untuk menaikkan namanya dan bekas suami.
Menurut Shermine, dia mempunyai cukup bukti mengenai kejadian ini dan akan mendedahkan segalanya di mahkamah.
Netizen tanya saya dah tak ada bukti nak dedah ke? Ya, semua bukti tu akan tunjuk kat mahkamah nanti, jadi peguam cakap jangan post lagi di media sosial
Yang netizen sebelahkan View Chin tu yang cakap kita dah cerai suruh saya move on jangan kacau dia dua orang lagi.
Korang better jelas something, siapa yang kacau I dan anak-anak dulu?! Biadap betul.
Ibu kepada tiga orang anak itu juga turut mempersoalkan segala tuduhan dilemparkan sesetengah netizen dengan mengatakan masakan dia ingin melakukan marketing sekiranya yang bercium dengan bekas suaminya ketika itu adalah pekerjanya sendiri.
Cerai ni tidak sah, I akan ambil tindakan undan-undang kepada dia dua orang, jadi cerai punya pasal korang better ambil perhatian dengan ayat korang! Sekarang I take legal way to settle, I diam bukan maksud I lemah tau!
Kepada netizen yang cakap ni marketing, staf I cium bos dia ini kira marketing ke? I tak akan buat marketing dengan cara ni ok!
Meskipun berdepan dengan konflik rumah tangga, Shermine dengan tegas mengatakan bahawa View Chin tetap ayah kepada anak-anak mereka dan sama sekali tidak akan menghalangnya untuk bertemu dengan anak-anak.
Dalam pada itu, Shermine turut menasihatkan kepada sesetengah netizen untuk tidak mengeluarkan apa-apa spekulasi selagi kes membabitkannya dengan bekas suami belum selesai.
Buat masa ini, Shermine sedang giat untuk memulakan semula kariernya sebagai seorang pempengaruh media sosial.
Video
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ohbulan.com/
Sumber: Facebook
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thetrendingnow.blogspot.com/2023/05/berang-konflik-rumah-tangga-dituduh.html