Berakhirnya Percutian Di London Hari 14 Part 2



Akhirnya saya telah sampai ke catatan terakhir perjalanan percutian kami dari UK ke Eropah dan balik semula ke UK. Lega sebab dah selesai kerana saya boleh fokus pada banyak entri resepi yang telah tertangguh. Saya membuat catatan perjalanan ini sebagai rujukan untuk saya di masa masa hadapan. 

Selepas selesai shopping dan balik dari Oxford Street, kami terus berjalan kaki ke hotel. Tapi sebab telah check out, kami terus ke kereta. Pukul 2 kami bergerak untuk terus ke Euston station untuk menghantar Juita. Nasib baik juga cepat kerana jalan jam di sana sini. 
Juita balik ke Manchester dengan train. Saya dan Nelly hantar Juita ke platform 2 manakala Hubby tunggu di kereta kerana tak jumpa jalan yang boleh dilalui kereta. Dia sampai di platform ngam ngam pukul 2.54 untuk train pukul 3 petang. 
Dari Euston Station kami bertolak ke airport Heathrow dengan perjalanan dalam 1 jam. Jalan jam sangat. Memang kena bertolak awal jika tidak mahu terlewat membuat urusan claim tax refund. 
Kami terus ke SixT untuk menghantar kereta. Mereka memerlukan masa 5 hari untuk memulangkan deposit £500. Dari situ, kami menaiki bas yang disediakan untuk ke airport. 
Kami mengambil lift untuk naik ke tingkat perlepasan. Kemudian terus turun ke tempat claim VAT. Kebetulan orang tidak ramai. Jadi cepat sahaja urusan chop borang VAT. Kami kemudian naik semula ke atas menunggu kaunter check in dibuka. Selepas selesai check in, saya ke kaunter untuk mendapatkan duit VAT. Semasa beratur untuk menunggu di chop borang VAT, sempat berkenalan dengan Datin Johanna yang telah sudi menegur saya. 

Kami naik semula untuk ke tingkat 1 untuk menunaikan solat di multi faith prayer sebelum masuk ke ruang pelepasan. Saya baru perasan rupanya, di situ ada juga ruang solat di antara pintu 3 dan 4. Hmm lain kali solat di sini jer. Lebih mudah.

Sementara Hubby minum, kami berjalan ke butik LV, Gucci dan kedai parfum. Hmm kalau dah melihat lihat, mesti ada jer yang nak membeli. Itu pun terpaksa control kerana bag kami telah terlebih muatan sehingga banyak juga terpaksa dipegang. 


Sementara menunggu untuk boarding, kami bersembang dengan YB Khairi dan Mai. Saya dapat hadiah harijadi dari mereka. Masuk jer flight, terus tertidur kepenatan. Penerbangan ke Kuala Lumpur memakan masa selama 12 jam setengah. Kami tiba di KLIA pukul 5.24 petang.  

Dengan itu, berakhirlah percutian yang sangat indah buat saya kerana hajat saya untuk bercuti di negara Eropah dengan kereta akhirnya menjadi kenyataan. 
Kami telah ke 5 negara bermula dari United Kingdom, France, Switzerland, Netherland dan Belgium. Perjalanan lebih 5000 kilometer termasuk dari London ke Manchester. Kereta Ford Ranger yang kami naiki juga sangat selesa di mana kami adalah penyewa pertama kereta baru tersebut. Pesanan saya, bila mahu membuat booking kena check berkenaan insurans dan deposit kerana akhirnya deposit saya langsung tidak dipulangkan. Kadar sewa kereta sehari kelihatan seperti murah tapi setelah dikira insurans £1000 dan  deposit £500, jatuh mahal.  
Insya Allah jika panjang umur, ada rezeki pastinya ia bukan percutian yang terakhir. Saya akan ke Switzerland dan mungkin Netherland lagi. Ada beberapa tempat yang saya tidak dapat pergi kerana ditutup atau kerana kami kesuntukan masa. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/08/berakhirnya-percutian-di-london-hari-14.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Percutian Musim Sejuk Ke Europe Part 1 London

Percutian Musim Sejuk Ke Europe Part 1 London

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 520 hits
Assalamualaikum dan Hi Dah terlalu lama sangat blog i ni bersawang so since sekarang i tengah dok cuti semester tetiba mood nak berblogging tu datang balik rindu uiiii nak blogging macam dulu dulu so harap sangat kali ni blog i tak ke lauta...
London Yang Menggamit Hari 12 Part 2

London Yang Menggamit Hari 12 Part 2

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 248 hits
Catatan ini masih lagi di hari ke 12 dari Folkestone ke London Boleh klik di untuk entri sebelum ini Perjalanan ke London dari Folkestone adalah lebih kurang 2 jam Sejauh 64 batu Jalan agak jam di sepanjang perjalanan kerana banyak kerja ke...
Perjalanan Ke Brussels Hari 10 Part 2

Perjalanan Ke Brussels Hari 10 Part 2

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 247 hits
Dari Keukenhorf di kami kemudian bertolak ke Brussel Dalam perjalanan kami singgah semula di Rotterdam untuk ke butik Louis Vuitton di De Bijenkorf Mall yang terletak sebelah bangunan hotel kami Selepas selesai urusan membeli kami bertolak ...
Percutian Musim Sejuk Ke Europe Part 2 Paris

Percutian Musim Sejuk Ke Europe Part 2 Paris

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 398 hits
Assalamualaikum dan Hi Perjalanan dari London ke Paris kami naik high speed train Eurostar tempoh masa diambil lebih kurang 2jam15minit jer untuk sampai di station Paris Gare Du Nord harga tiket 45 pax untuk tiket train ni i beli online mas...
Keindahan Bunga Tulip Di Keukenhof Hari 10 Part 1

Keindahan Bunga Tulip Di Keukenhof Hari 10 Part 1

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 365 hits
Kami telah berada pada hari ke 10 percutian yang tidak terasa pun kerana keseronokan bercuti tanpa sedar kami telah menghampiri hari hari akhir percutian Boleh klik entri sebelum ini di Hari ini kami akan melawat Keukenhorf untuk melihat bu...
Trip Bajet Ke Guangzhou Hong Kong 6 Hari 5 Malam Part 1

Trip Bajet Ke Guangzhou Hong Kong 6 Hari 5 Malam Part 1

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 251 hits
Tempat borong paling murah didunia adalah di negara China Paling menjadi tumpuan destinasi Guangzhou adalah bandar yang menawarkan pelbagai produk murah untuk reseller serata dunia Ini adalah perkongsian saya Trip Bajet Ke Guangzhou Hong Ko...
Peringati Hari Konservasi Alam Sedunia 8 Orangutan Dilepas Ke Hutan Alami Kalteng

Peringati Hari Konservasi Alam Sedunia 8 Orangutan Dilepas Ke Hutan Alami Kalteng

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 168 hits
Yayasan Borneo Orangutan Survival bekerja sama dengan BKSDA Kalimantan Tengah Balai Taman Nasional Bukit Baka Bukit Raya dan USAID LESTARI hari ini kembali melepasliarkan 8 orangutan ke habitat alaminya
Keistimewaan 10 Hari Di Bulan Zulhijjah Yang Perlu Kita Tahu

Keistimewaan 10 Hari Di Bulan Zulhijjah Yang Perlu Kita Tahu

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 485 hits
Keistimewaan 10 hari di bulan Zulhijjah yang perlu kita tahu Alhamdulillah Hari ni 1 Zulhijjah 1440H Moga para jemaah yang mengerjakan The post appeared first on
Hari Kebangsaan 2019 Logo Dan Tema

Hari Kebangsaan 2019 Logo Dan Tema

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 621 hits
Hari Kebangsaan 2019 Logo dan tema Sayangi Malaysiaku Malaysia Bersih ditetapkan sebagai tema Hari Kebangsaan 2019 dimana ianya menekankan kepentingan perpaduan dan semangat cintakan negara bagi memastikan kesejahteraan dan kemakmuran negar...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025