Bentuk Jemaah Menteri Perang Sekiranya Hanya Ada 2 Calon Pm Kata Kit Siang


Dengan Ismail dan Anwar sebagai calon, Kit Siang cadang kombinasi PM-TPM


Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mencadangkan agar dua calon perdana menteri daripada dua gabungan iaitu PH dan PN membentuk satu ‘kabinet perang’ dengan kedua-duanya memegang jawatan perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Ahli parlimen Iskandar Puteri itu tidak menyatakan sebarang nama secara khusus tetapi dua calon utama untuk jawatan perdana menteri yang kini kosong ialah Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob dan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Dipercayai Ismail kini mendahului dengan sokongan 114 ahli parlimen dengan Anwar disokong 105 ahli parlimen.

Yang di-Pertuan Agong dalam proses mengesahkan sokongan diterima Ismail hariini.

“Sekiranya hanya ada dua nama untuk jawatan perdana menteri, seorang boleh dilantik sebagai perdana menteri dan seorang lagi sebagai timbalan perdana menteri untuk membentuk kabinet perang yang melibatkan semua kuasa politik di Parlimen untuk memenangi perang melawan penularan wabak Covid-19 sebelum PRU15 dalam masa 18 bulan.

Bekas timbalan perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob, ketika ini dilihat mengatasi Anwar Ibrahim dalam pencalonan sebagai perdana menteri. “Kabinet perang tersebut perlulah mencerminkan perpaduan parlimen untuk mengubah nasib negara kita yang sedang kalah selama 20 bulan dengan wabak Covid-19 dengan membawa dasar dan strategi baru untuk mengawal wabak ini dan mengembalikan harapan, keyakinan, dan kepercayaan rakyat kepada satu pendekatan yang melibatkan ‘keseluruhan masyarakat’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Rais Hussin dari Bersatu membuat cadangan sama sekiranya tiada majoriti jelas dicapai.

“Memandangkan tiada majoriti jelas, Yang di-Pertuan Agong boleh menitahkan satu kerajaan perpaduan (ditubuhkan) untuk fokus kepada pengurusan pandemik dan pemulihan ekonomi untuk tempoh satu tahun.

“Baginda boleh melantik seorang perdana menteri daripada gabungan yang mempunyai jumlah (sokongan) terbanyak dan seorang timbalan perdana menteri daripada (calon gabungan) yang satu lagi,” ciapnya di Twitter.

Bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu berkata, kabinet perpaduan itu haruslah bersaiz kecil dengan tidak lebih 10 orang menteri dan timbalan menteri.

Tambahnya lagi, kerajaan baru juga harus melakukan pembaharuan institusi, termasuk undang-undang antilompat parti.

“Bereskan undang-undang antilompat (parti) dalam masa setahun itu dan berhenti berjual beli (ahli parlimen) serta kejatuhan kerajaan yang kerap melalui ‘katak’ (lompat parti).

“Kemudian, bersiap sedia untuk bersaing dengan saksama dalam PRU15 tanpa mana-mana gabungan mendapat kelebihan kerana menyandang kuasa (pemerintah),” katanya.

Majoriti mudah memerlukan sokongan 111 ahli parlimen. Kini terdapat 220 ahli parlimen di Dewan Rakyat dengan dua kerusi kosong.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/bentuk-jemaah-menteri-perang-sekiranya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Boleh Dinafikan Hanya Datuk Seri Najib Razak Sahaja Calon Paling Layak Jadi Perdana Menteri Interim

Tidak Boleh Dinafikan Hanya Datuk Seri Najib Razak Sahaja Calon Paling Layak Jadi Perdana Menteri Interim

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 494 hits
Oleh Sirajuddin Ahmad Ikut merit Datuk Seri Najib paling layak dan paling sesuai di lantik menjadi Perdana Menteri Interim Hendak Kata apa pun berkenaan keburukan Datuk Seri Najib Razak namun fakta dan data serta statistik jelas menunjukan ...
Anwar Ibrahim Hanya Satu Nama Calon Perdana Menteri Ph

Anwar Ibrahim Hanya Satu Nama Calon Perdana Menteri Ph

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 279 hits
Malaysiakini Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menegaskan langkah Majlis Presiden Pakatan Harapan hanya menamakan satu nama sebagai calon perdana menteri yang baru adalah bagi mengelakkan kekeliruan Itu pendirian PH supaya hanya satu calon da...
Harga Patut Runcit Kit Ujian Kendiri Covid 19 Dikaji Kata Menteri

Harga Patut Runcit Kit Ujian Kendiri Covid 19 Dikaji Kata Menteri

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 211 hits
Kit ujian kendiri Covid 19 adalah keperluan penting kepada pengguna untuk mengurus dan menjaga keselamatan kesihatan secara kendiri dalam situasi semasa negara berdepan dengan cabaran wabak Covid 19 PUTRAJAYA Kementerian Perdagangan dalam N...
Kabinet Perang Kit Siang Langkah Terbelakang

Kabinet Perang Kit Siang Langkah Terbelakang

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 196 hits
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar Kenapa perlu diungkit jika idea asal kerjasama rentas parti politik ditolak BANGI Cadangan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang supaya menubuhkan Kabinet perang kononnya bagi melawan penularan wabak COVID 19 dian...
Pm Baharu Perlu Pertimbang Jemaah Menteri Kecil Bersifat Bipartisan Kata Salleh

Pm Baharu Perlu Pertimbang Jemaah Menteri Kecil Bersifat Bipartisan Kata Salleh

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 212 hits
Salleh Said Keruak berkata parti parti politik perlu menaruh kepercayaan kepada Agong untuk memilih perdana menteri yang akan memikul tanggungjawab membentuk kerajaan yang stabil PETALING JAYA Perdana menteri yang akan dilantik dalam masa t...
Setiausaha Pas Selangor Kata Syor Kit Siang Mungkin Cara Komunis

Setiausaha Pas Selangor Kata Syor Kit Siang Mungkin Cara Komunis

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 272 hits
agendadaily com19 8 2021Setiausaha PAS Selangor Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir mengingatkan Lim Kit Siang pemilihan Perdana Menteri bukan seperti pemilihan parti Setiausaha PAS Selangor Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir menempelak pemimpin k...
Gunakan Tempoh Sebulan Untuk Stabilkan Negara Kata Menteri Ekonomi

Gunakan Tempoh Sebulan Untuk Stabilkan Negara Kata Menteri Ekonomi

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 165 hits
AGENDA DAILY Semua pihak digesa bersatu padu untuk mengembalikan kestabilan negara bagi memastikan iklim pelaburan negara lebih kukuh Semua pihak termasuk ahli ahli politik tanpa mengira latar belakang parti perlu menggunakan tempoh sebulan...
Pn Sebulat Suara Setuju Calonkan Ismail Sabri Sebagai Calon Perdana Menteri Kerajaan Pn Baharu

Pn Sebulat Suara Setuju Calonkan Ismail Sabri Sebagai Calon Perdana Menteri Kerajaan Pn Baharu

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 265 hits
Parti Perikatan Nasional secara sebulat suara telah bersetuju calonkan mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menjadi Perdana Menteri Kerajaan Perikatan Nasional yang baharu Menurut kenyataan dikeluarkan oleh P...
Hanya 4 Kes Kematian Libat Individu Lengkap Divaksin Kata Kp Kesihatan

Hanya 4 Kes Kematian Libat Individu Lengkap Divaksin Kata Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 254 hits
80 kematian atau 0 6 hanya menerima satu dos suntikan vaksin Petugas kesihatan berpakaian lengkap PPE ketika pengebumian jenazah pesakit Covid 19 Gambar Bernama Audit data terbaru terhadap jumlah kematian akibat Covid 19 di negara ini menun...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat