Benarkah Wujudnya Kota Hantu Di Angkasa
Sebanyak 12 galaksi gelap mirip kota hantu dalam kosmos berjaya ditemui buat pertama kalinya. Kewujudannya telah lama diramalkan dalam teori pembentukan galaksi namun baru sekarang kelibatnya dapat dikesan walaupun kewujudan galaksi itu masih sukar difahami.
Galaksi-galaksi gelap itu diperhatikan lebih kecil daripada galaksi yang kita lihat pada masa sekarang ini.
Kandungannya dikatakan kaya dengan kandungan gas daripada alam semesta awal iaitu dianggarkan satu billion tahun lebih banyak daripada matahari.
Digelar sebagai galaksi gelap atau kota hantu kerana saintis mendapati hampir tidak ada bintang disana.
Ketiadaan cahaya bintang yang menerangi membuatkan kedudukan galaksi ini sangat sukar dikesan dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Tapi, bagaimana saintis boleh menemui galaksi gelap itu dengan kedudukannya yang sangat jauh pada jarak 11 billion tahun cahaya?
Menurut salah seorang ahli astronomi yang menemui objek misteri itu, Simon Lilly, imej samar-samar galaksi gelap berjaya dikesan dengan berpandukan cahaya dari Quasar.
Quasar (quasi stellar radio source) merupakan objek yang sangat terang, kuat dan paling bertenaga dalam kosmos. Bersinar dengan kuasa 100000000000000 atau 1x10 matahari.
Kemampuan luarbiasa Quasar memancarkan cahaya didorong oleh lubang hitam yang berada di dalamnya.
Lubang hitam ini berperanan sebagai pembangkit tenaga dan cahaya terang. Hanya dengan cahaya itu, ia mampu menyinari kejiranan galaksi pada radius sepuluh juta tahun cahaya.
Rakaman menggunakan Teleskop Sangat Besar (VLF) yang beroperasi di Chile mendapati cahaya ultra violet dari Quasar telah menerangi kawasan sekitarnya, termasuk galaksi gelap.
Pantulan cahaya dari Quasar turut menyebabkan galaksi-galaksi gelap bercahaya. Proses bagaimana galaksi gelap kelihatan menyala dikatakan adalah sama seperti mana ketika pakaian putih diterangi lampu ultraungu.
Melihat keadaan itu, para penyelidik kemudian memetakan langit terang sekitar Quasar yang dikenali sebagai HE0109-3518 menggunakan teleskop FORS2. Quasar dilabeikan dengan bulatan merah berhampiran pusat imej.
Sementara imej samar-samar daripada 12 galaksi gelap ditandakan dengan bulatan biru. Pelabelan ini dilakukan bagi membantu ahli astronomi untuk memahami peringkat awal pembentukan galaksi.
Meskipun objek gelap mirip kota hantu yang baru ditemui itu masih sukar difahami, saintis percaya ada cerita di sebalik kewujudannya.
Galaksi-galaksi tersebut kemungkinan merupakan galaksi primitif yang wujud di awal pembentukan alam semesta.
Semasa pembentukan awal alam semesta, ia dipercayai telah hilang dalam proses evolusi galaksi dan akhirnya tinggal menjadi blok binaan atau bahan dalam pembentukan galaksi bintang-bintang besar yang ada pada hari ini seperti galaksi Bima Sakti.
Semoga memberi manfaat.
-Sentiasapanas.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sentiasapanas.com/2012/12/benarkah-wujudnya-kota-hantu-di-angkasa.html