Benarkah Wanita Tua Tidak Diwajibkan Memakai Tudung



SOALAN:
Terdapat sesetengah pihak yang mendakwa bahawa perempuan yang sudah tua tidak perlu memakai tudung yang menutupi rambut dan kepalanya. Adakah benar dakwaan ini?

JAWAPAN:
Aurat adalah angggota badan yang tidak boleh dinampakkan dan diperlihatkan oleh lelaki atau perempuan kepada orang lain. [Rujuk: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (31/44)]

Wanita Muslimah diwajibkan untuk menutup aurat mereka sepertimana yang telah disepakati oleh para ulama’ berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah, di antaranya ialah:

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ
“Dan hendaklah mereka menutupkan kain yang dipakai untuk menutup kepala (tudung) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak suruhan yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.” [Surah an-Nur: 31]

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman bahawa hendaklah mereka melabuhkan jilbab (pakaian yang dipakai di atas baju dan tudung) mereka ke seluruh tubuh mereka, Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, maka mereka tidak akan diganggu.” [Surah al-Ahzab: 59]

Nabi SAW telah bersabda:

المرأةُ عورةٌ وإنَّها إذا خرَجتْ استشرَفها الشَّيطانُ
“Wanita itu adalah aurat, jika ia keluar rumah, maka syaitan akan menghiasinya.” [Riwayat Ibn Hibban (5598), Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan perawi-perawi hadith ini tsiqah (dipercayai)]

Sebelum menjawab persoalan ini, kita harus meneliti beberapa istilah pakaian wanita dari segi bahasa dan syarak agar kita lebih memahami maksud sebenar disebalik ayat al-Quran yang diturunkan mengenai masalah ini.

1. Al-Khimar (الخِمَار)

Imam Ibnu Kathir Rahimahullah mengatakan bahawa al-khimar bermaksud apa-apa yang dipakai untuk menutup kepala. Ia membawa makna yang sama sepertimana takrifan al-khimar dari sudut bahasa, iaitu kain yang dipakai oleh wanita untuk menutupi kepalanya. [Rujuk: Tafsir al-Qur’an al-‘Azim (6/46), Lisan al-‘Arab (4/254)]

Dalam masyarakat kita, al-Khimar dikenali sebagai tudung yang mana dipakai oleh para wanita untuk menutup rambut dan kepala mereka tanpa mengira apa jua jenisnya.

2. Al-Jilbab (الجِلْبَاب )

Al-Jilbab dari segi bahasa bermaksud baju dan pakaian lebar yang dipakai oleh wanita yang terdapat di bawahnya kain atau apa-apa yang dipakai untuk menutupi pakaiannya dari atas. [Rujuk: al-Qamus al-Muhit (hlm.68)]

Imam Ibnu Kathir Rahimahullah telah berkata, “Al-Jilbab adalah ar-rida’ (kain atau pakaian lebar) yang dipakai di atas al-khimar (tudung). Inilah yang dikatakan oleh Ibnu Mas’ud RA, ‘Ubaidah, Qatadah, al-Hasan al-Basri, Said bin Jubair, Ibrahim an-Nakha’i, Atha’ al-Khurasani dan selain daripada mereka”. [Rujuk: Tafsir al-Qur’an al-‘Azim (6/481)]

Asas kepada perbincangan dalam masalah ini adalah berdasarkan firman Allah SWT:

وَالْقَوَاعِدُ مِنَ النِّسَاءِ اللَّاتِي لَا يَرْجُونَ نِكَاحًا فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ غَيْرَ مُتَبَرِّجَاتٍ بِزِينَةٍ ۖ وَأَنْ يَسْتَعْفِفْنَ خَيْرٌ لَهُنَّ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
“Dan mana-mana wanita tua yang duduk (terhenti dari datangnya haid dan tidak lagi mengandung), yang tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin (lagi), maka tidak ada dosa bagi mereka untuk menanggalkan pakaian mereka, dengan tidak bertujuan untuk mendedahkan perhiasan mereka; dan perbuatan mereka dengan menjaga kehormatan (dengan tidak menanggalkan pakaian luar mereka) adalah lebih baik bagi mereka; dan Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” [Surah an-Nur: 60]

Makna al-Qawa’id (الْقَوَاعِد)

Al-Qawa’id (الْقَوَاعِد) berasal daripada perkataan al-qa’id (القاعد) yang membawa maksud orang yang duduk. Ibn Qutaibah Rahimahullah telah berkata: “Dinamakan wanita yang sudah tua sebagai orang yang duduk adalah kerana mereka banyak duduk di rumah pada usia tersebut”. [Rujuk Tafsir al-Baghawi (3/429)]

Para ulama berbeza pendapat mengenai makna sebenar al-Qawa’id (الْقَوَاعِد) dalam ayat ke-60 surah an-Nur kepada tiga pendapat:


Wanita tua yang sudah tidak mampu melakukan banyak perkara kerana umurnya yang telah lanjut serta sudah terhenti haid dan tidak mampu untuk mengandung lagi. Ini adalah pendapat sebahagian besar ahli ilmu termasuklah Sa’id bin Jubair, Qatadah dan ad-Dhahhak.Wanita tua yang tidak menyebabkan orang berminat kepadanya jika melihatnya disebabkan umurnya yang telah berusia. Jika wanita tersebut masih mempunyai kecantikan yang boleh menaikkan syahwat bagi sesiapa yan melihatnya, maka dia tidak termasuk dalam makna ayat ini.Wanita tua yang sudah tidak mampu untuk mengandung lagi.
Imam al-Qurtubi Rahimahullah telah melemahkan pendapat yang ketiga kerana wanita yang sudah tidak mampu mengandung masih lagi berkemungkinan bagi lelaki untuk bersenang-senang dengannya, berbeza dengan wanita tua yang sudah tidak mampu melakukan banyak perkara dan tidak ada keinginan terhadapnya jika melihatnya. [Rujuk: al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an (12/309), Ma’alim al-Tanzil fi Tafsir al-Qur’an (3/429), Tafsir al-Qur’an al-‘Azim (6/83)]

Oleh itu, wanita tua yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah merujuk kepada wanita yang sudah tidak mampu melakukan banyak perkara kerana umurnya yang telah lanjut, sudah terhenti haid dan tidak mampu untuk mengandung lagi, serta tiada lagi keinginan terhadapnya jika melihatnya.

Makna Thiyab (ثِيَاب)

Ulama’ berbeza pendapat mengenai makna sebenar perkataan thiyab (ثِيَاب) dalam ayat ke-60 surah an-Nur:

فَلَيْسَ عَلَيْهِنَّ جُنَاحٌ أَنْ يَضَعْنَ ثِيَابَهُنَّ
“Maka tidak ada dosa bagi mereka untuk menanggalkan pakaian mereka.”

Pendapat Pertama: Perkataan thiyab dalam ayat ini membawa maksud al-jilbab (pakaian luar yang dipakai oleh wanita di atas tudung dan pakaian lain). Maka tidak berdosa bagi wanita tua untuk menanggalkan jilbab yang dipakainya. Ini adalah pendapat majoriti ahli tafsir di kalangan para Sahabat dan generasi awal di kalangan ahli tafsir seperti ibn ‘Abbas RA, ibn Mas’ud RA, ibn Umar RA, Mujahid, Sa’id bin Jubair, Muqatil bin Hayyan, Ibrahim an-Nakha’ie, al-Hasan al-Basri, Qatadah, az-Zuhri, al-Auza’ie Rahimahumullah dan selain daripada mereka. Pendapat ini juga dipegang oleh majoriti ahli tafsir yang datang selepasnya seperti Imam ibn Jarir at-Tobari, Imam ibn Kathir, Imam al-Qartubi, Imam al-Baghawi Rahimahumullah. [Rujuk: Tafsir al-Qur’an al-‘Azim (6/84), al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an (12/309), Ma’alim al-Tanzil fi Tafsir al-Qur’an (3/429), Jami’ al-Bayan fi Ta’wil al-Qur’an (19/216)]

Pendapat kedua: Perkataan thiyab dalam ayat ini membawa maksud al-khimar (yang dikenali sebagai tudung oleh masyarakat zaman ini) dan al-jilbab (pakaian luar yang dipakai oleh wanita di atas tudung dan pakaian lain). Maka tidak berdosa bagi wanita tua untuk menanggalkan jilbab dan khimar (tudung) yang dipakainya. Ini adalah pendapat ibn Umar RA, ‘Ikrimah, Sulaiman bin Yasar dan Abdurrahman bin Zaid bin Aslam Rahimahumullah. [Rujuk Tafsir al-Qur’an al-‘Azim li ibn Abi Hatim (8/2641), Jami’ al-Bayan fi Ta’wil al-Qur’an (19/217)]

Kesimpulan

Kami berpandangan bahawa pendapat yang kuat dan tepat dalam masalah ini adalah wajib ke atas wanita yang sudah berusia untuk memakai tudung yang menutupi rambut dan kepalanya seperti wanita-wanita lain berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadith Nabi SAW.

Imam an-Nawawi Rahimahullah telah berkata: “Adapun aurat perempuan tua, Imam al-Ghazali menyamakan hukumnya dengan perempuan muda. Ini kerana nafsu syahwat adalah suatu perkara yang tidak dapat ditentukan dan perempuan tua masih lagi boleh dijadikan tempat untuk bersenang-senang dengannya.” Telah berkata al-Qadi ar-Rauyani: “Jika mencapai usia yang selamat daripada fitnah dengan melihat kepadanya, harus untuk melihat wajahnya dan dua tapak tangannya berdasarkan firman Allah dalam surah an-Nur ayat yang ke-60.” [Rujuk Raudhah at-Tolibin (7/24)]

Mengenai ayat ke-60 dalam surah an-Nur, tafsiran yang tepat mengikut pendapat majoriti ulama’ adalah ia ditujukan kepada wanita tua yang sudah tidak mampu melakukan banyak perkara kerana umurnya yang telah lanjut, sudah terhenti haid dan tidak mampu untuk mengandung lagi, serta tiada lagi keinginan terhadapnya jika melihatnya.

Adapun pakaian yang dibenarkan untuk ditanggalkan oleh wanita tua yang memenuhi kriteria-kriteria di atas adalah al-jilbab (pakaian luar yang dipakai oleh wanita di atas tudung dan pakaian lain), bukannya al-khimar (tudung yang dipakai untuk menutup rambut dan kepala) seperti dakwaan sesetengah pihak.

Pendapat yang mengatakan bahawa perempuan tua tidak perlu memakai tudung tertolak berdasarkan beberapa perkara:


Bercanggah dengan tafsiran majoriti para Sahabat, Tabi’in dan ahli tafsir.Bercanggah dengan amalan Sahabiyyat dan wanita-wanita salafussoleh.Terdapat riwayat lain daripada ibn ‘Umar RA dan Sulaiman bin Yasar Rahimahullah yang mengatakan bahawa perempuan tua hanya dibenarkan untuk menanggalkan jilbab mereka sahaja seperti yang dinukilkan dalam Tafsir ibn Abi Hatim. Ini bertentangan dengan riwayat mereka berdua yang membenarkan perempuan tua untuk membuka jilbab.Keadaan zaman ini yang mana perempuan yang sudah berumur namun masih lagi mampu mengekalkan kecantikan dan nampak seperti lebih muda daripada usianya yang sebenar kerana kecanggihan teknologi dan barangan kosmetik yang digunakan, serta cara pemakaian mereka. Faktor-faktor ini boleh menyebabkan mereka masih mampu menarik perhatian lelaki walaupun sudah berusia.
Kami ingin menasihati kepada semua agar tidak menafsirkan mana-mana ayat al-Quran, hadith Nabi SAW, kata-kata para Sahabat, para ulama’ dan sebagainya dengan sewenang-wenangnya tanpa merujuk kepada ahli yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tersebut. Allah SWT telah berfirman:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (tentang sesuatu perkara) jika kamu tidak mengetahui.” [Surah an-Nahl: 43]

Marilah kita mencontohi akhlak para muslimah yang hidup di zaman salaf. Mereka sangat menjaga kehormatan diri walaupun mereka sangat memahami apa yang dimaksudkan di dalam al-Qur’an. Mereka memilih untuk menjaga kesucian mereka dengan cara yang terbaik di saat mereka mempunyai pilihan lain untuk berbuat demikian. Ini sebagaimana kisah Hafsah binti Sirin Rahimahallah yang direkodkan oleh Imam al-Baihaqi Rahimahullah di dalam kitabnya, al-Sunan al-Kubra:

‘Asim al-Ahwal telah berkata: “Kami pernah masuk ke rumah Hafsah binti Sirin (yang telah berusia pada ketika itu), lalu dia segera menutupi dirinya dengan jilbab. Kami pun berkata kepadanya: “Semoga Allah merahmatimu, bukankah Allah SWT telah berfirman (surah an-Nur: 60) “Dan mana-mana wanita tua yang duduk (terhenti dari datangnya haid dan tidak lagi mengandung), yang tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin (lagi), maka tidak ada dosa bagi mereka untuk menanggalkan pakaian (jilbab) mereka, dengan tidak bertujuan untuk mendedahkan perhiasan mereka.” Maka Hafsah pun berkata kepada kami: “Apakah sambungan daripada ayat tersebut?” Lalu kami membaca: “Dan menjaga kesucian diri mereka (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka.” Hafsah pun berkata: “Ia bermakna tetaplah dengan pemakaian jilbab (kerana itu lebih baik).” [al-Sunan al-Kubra (13534)]

Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amiin.

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/benarkah-wanita-tua-tidak-diwajibkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambutan Hari Wanita Sedunia 2020 Anjuran Mondelez International Malaysia

Sambutan Hari Wanita Sedunia 2020 Anjuran Mondelez International Malaysia

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 897 hits
hai assalammualaikumMondelez International Malaysia Menganjurkan Sesi Pendidikan Tentang Pemakanan Yang Sihat Sempena Hari Wanita Sedunia 2020 Terima kasih Mondelez Malaysia kerana menjemput nad untuk hadir sama sama menyambut Hari Wanita S...
Wanita Bawa Kereta Apakah Kelebihannya

Wanita Bawa Kereta Apakah Kelebihannya

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 668 hits
Wanita Bawa Kereta Apakah Kelebihannya Jika wanita pandai bawa kereta adalah satu kemudahan baginya Mudah nak menguruskan diri sendiri anak anak dan juga mengurus kerjayanya Wanita yang memandu kereta sendiri mungkin sebab dah selalu sangat...
Kakek 103 Tahun Nikahi Wanita Umur 40 Di Sulawesi Selatan

Kakek 103 Tahun Nikahi Wanita Umur 40 Di Sulawesi Selatan

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 232 hits
Muhammad mengenakan jas dan sarungan Dia duduk di kursi berdampingan dengan Indo Alang Indo tampak cantik dengan gaun pengantin putih Warga datang menyalami Keduanya baru saja menikah Rabu 26 Februari kemarin Muhammad umurnya 103 tahun Indo...
Baunya Seperti Wanita Yang Full Of Confidence Yaya Zahir

Baunya Seperti Wanita Yang Full Of Confidence Yaya Zahir

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 209 hits
EH dan Chanel mengajak bintang media sosial dan hos TV Yaya Zahir mengambil angin di sekitar kesibukan Bukit Bintang bulan lalu dan kami rakamkan aksinya melangkah penuh yakin sambil mengamati kembara cahaya lewat petang itu bawa ke malam L...
Mabuk Di Hotel Motor Handphone Wanita Di Samarinda Digasak Teman Kencan

Mabuk Di Hotel Motor Handphone Wanita Di Samarinda Digasak Teman Kencan

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 215 hits
An pun mabuk dan tidak sadarkan diri hingga akhirnya tertidur di ranjang kamar hotel Saat terbangun dari tidur sekitar pukul 04 00 WITA An sadar teman kencannya tidak ada di kamar
Ini Ahli Tinju Wanita Macam Lelaki

Ini Ahli Tinju Wanita Macam Lelaki

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 192 hits
Sanggup menyamar lelakiMoscow Seorang ahli tinju amatur wanita sanggup menyamar sebagai lelaki demi membuktikan dia mampu menewaskan lawan berlainan jantina beberapa tahun lalu Tatiana Dvazhdova 22 berkata bagi tujuan itu dia memotong pende...
Bayi 10 Bulan Maut Dalam Jagaan Pengasuh Wanita Thailand Ditahan Polis

Bayi 10 Bulan Maut Dalam Jagaan Pengasuh Wanita Thailand Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 322 hits
KUALA LUMPUR 12 Mac Polis menahan seorang wanita warga Thailand bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi lelaki berusia 10 bulan dipercayai didera di Serdang dekat sini hari ini Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan ketika di...
Gen Z Bisa Sukses Menjadi Wanita Karir Berikut Tipsnya

Gen Z Bisa Sukses Menjadi Wanita Karir Berikut Tipsnya

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 284 hits
Generasi Z adalah istilah kelompok orang yang lahir antara tahun 1997 2015 Artinya usia tertua dari Gen Z adalah 23 tahun dan termuda adalah 5 tahun Di Indonesia populasi Gen Z mencapai 29 23 persen dari total populasi
Kenapa Perlu Tahu Waktu Subur Wanita

Kenapa Perlu Tahu Waktu Subur Wanita

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 269 hits
ADAKAH ANDA TAHU WAKTU SUBUR PASANGAN ANDA 1 Untuk memudahkan mendapat zuriat 2 Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat Kedua duanya adalah sama penting Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal JOM KITA FAHAMI ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip