Benarkah Tun Mahathir Nak Letak Jawatan





Tun Mahathir Mohamad adalah seorang 'fighter', pejuang yang tiada tolok bandingnya, suka berlawan dan tidak pernah mengalah dalam hidupnya.


Pada satu ketika beliau ada menyebut bahawa berkelahi dengan Najib Razak antara punca yang menyebabkan otaknya terus aktif, walaupun sudah usianya sudah menjangkau 93 tahun.


Ada yang berkata, berkelahi adalah kepakaran Tun Mahathir. Beliau kerap berkelahi dan boleh dikata tidak pernah kalah setiap kali berkelahi dengan sesiapa saja.


Dalam sejarahnya juga, beliau yang kerap meminta atau mendesak mereka yang tidak disetujuinya agar meletakkan jawatan, tetapi tidak pernah sesekali beliau tunduk atau mengalah kepada mereka yang mendesaknya agar meletak jawatan.


Kalau Tun Mahathir mahu meletakkan jawatan, beliau akan melakukannya dengan kerelaan hati dan sebagai pilihan yang sudah difikirkan dengan sebaik-baiknya, tapi bukan kerana ada orang mendesaknya.


Selalunya, makin didesak untuk beliau berundur atau meletak jawatan, makin kuat semangat mempertahankan kedudukannya.


Antara sebab beliau mampu kekal selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri sebelum ini ialah kerana begitu banyak desakan yang memintanya meletakkan jawatan.


Itulah Tun Mahathir sebenarnya berdasarkan liku-liku perjalanan hidup dan dunia politik yang dilaluinya selama ini.


Tun Mahathir juga seorang yang suka kepada cabaran. Cabaran usia tua dan umur 93 tahun pun dilawannya untuk menumbangkan seorang Perdana Menteri bernama Najib yang tidak disetujuinya dan kemudian kembali menjadi Perdana Menteri, suatu jawatan yang dilepaskannya pada tahun 2003 dahulu, apatah lagi cabaran-cabaran yang lebih kecil daripada itu.


Lantaran itu, bolehkah diterima akal jika tiba-tiba Tun Mahathir seolah-olah didapati mengaku kalah dan menawarkan untuk meletakkan jawatan hanya kerana karenah segelintir pemandu teksi yang tidak berpuas hati dengannya?


Memang Tun Mahathir pernah meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO dan berundur daripada beberapa kedudukan yang disandangnya dalam kerajaan ketika berbalah dengan Tun Abdullah Badawi dan Najib sebelum ini, tetapi langkah itu diambilnya bukan untuk mengalah, sebaliknya bertujuan bagi melangkah lebih gagah untuk menumbangkan musuh-musuhnya.


Jika Tun Abdullah dan Najib pun tumbang akhirnya, siapakah yang akan tumbang selepas ini apabila Tun Mahathir tiba-tiba mahu meletakkan jawatan ketika berdialog dengan pemandu-pemandu teksi di Langkawi?


Apakah pemandu atau syarikat teksi yang tidak bersopan itu yang mahu ditumbangkannya?


Jika benar Tun Mahathir mahu meletakkan jawatan, adakah ternampak tanda-tanda yang memperlihatkan beliau sudah letih dengan tugas-tugasnya?


Atau Tun Mahathir sebetulnya mahu "menembak" orang lain di sebalik ancamannya mahu meletakkan jawatan itu?


Tapi, siapa yang disasarnya kali ini? (ShahbudinHusin 22/10/2018).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/10/benarkah-tun-mahathir-nak-letak-jawatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Tak Nak Saya Jadi Pm Hari Ini Saya Letak Jawatan Tun M

Kalau Tak Nak Saya Jadi Pm Hari Ini Saya Letak Jawatan Tun M

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 414 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meluahkan rasa kecewanya dengan sikap pemandu teksi yang enggan mendengar penjelasannya berkaitan isu e hailing Kejadian itu berlaku apabila kira kira 10 pemandu teksi bertindak mengeluarkan ...
Anwar Yakin Tun Mahathir Pegang Janji Letak Jawatan Selepas 2 Tahun

Anwar Yakin Tun Mahathir Pegang Janji Letak Jawatan Selepas 2 Tahun

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 405 hits
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Tun Dr Mahathir Mohamad sudah menandatangi perjanjian untuk menobatkan beliau sebagai Perdana Menteri kelapan Beliau berkata banyak pihak mempersoalkan kebenaran sejauh mana Perdana Menteri ak...
Tun M Sedia Letak Jawatan Siapakah Pada Awalnya Mahu Tun M Menjadi Pm

Tun M Sedia Letak Jawatan Siapakah Pada Awalnya Mahu Tun M Menjadi Pm

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 287 hits
Kecewa dengan sikap biadap beberapa hadirin dalam Sesi Dialog Bersama Pemandu Teksi Langkawi Ahad lalu Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata Saya hendak tolong tapi kalau tak ada bantuan saya pun tak boleh tolong juga Kalau tak percaya...
Tindakan Anwar Paling Epic Bila Tun M Sebut Mahu Letak Jawatan

Tindakan Anwar Paling Epic Bila Tun M Sebut Mahu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 247 hits
Untuk jadi ahli parlimen minda otak semua kena berjalan dengan lancar tanpa ada sekatan urat saraf Sebab tu kita sebagai ketua perlu sentiasa bersenam untuk memastikan otak cergas cerdas Hail for Anwar Ibrahim LOLKredit Twitter
Pemandu Teksi Akan Lumpuhkan Kl Jika Tun M Enggan Letak Jawatan

Pemandu Teksi Akan Lumpuhkan Kl Jika Tun M Enggan Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 649 hits
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera Tuan tuan saudara dan saudari Hari ini Kerajaan Pakatan Harapan yang diperintah Tun Dr Mahathir anggap kita pemandu teksi sebagai orang yang biadap Tuan tuan di media sosial kini penyokong penyokong P...
Wajarkah Mahathir Letak Jawatan Kerana Pemandu Teksi

Wajarkah Mahathir Letak Jawatan Kerana Pemandu Teksi

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 701 hits
Jika ditanya adakah anda berpuashati dengan servis teksi pada hari ini Kami rasakan jawapan tidak lebih tinggi daripada bersetuju Dengan charge yang dikenakan tinggi daripada GRAB dan menggunakan alasan sukar untuk beralih kepada GRAB adala...
Tun Mahathir Berjanji Akan Serah Jawatan Pm Keada Anwar

Tun Mahathir Berjanji Akan Serah Jawatan Pm Keada Anwar

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 326 hits
SHAH ALAM Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan siapa yang layak memimpin negara selepas dirinya meletakkan jawatan Bagaimanapun beliau akan tetap berpegang kepada janjinya untuk m...
Mahathir Luah Hasrat Mahu Letak Jawatan

Mahathir Luah Hasrat Mahu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 346 hits
ZAID MOHD NOOR 21 Oktober 2018 11 01 AM LANGKAWI Tun Dr Mahathir Mohamad nbsp meluahkan hasrat mahu meletak jawatan Perdana Menteri pada majlis dialog bersama pem
Kesal Pemandu Teksi Angkuh Dr Mahathir Sedia Letak Jawatan

Kesal Pemandu Teksi Angkuh Dr Mahathir Sedia Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 470 hits
Kesal pemandu teksi angkuh Dr Mahathir sedia letak jawatan Dikemas kini 59 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 21 Oct 20
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Daging Goreng Belengas

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera