Benarkah Team Dr Dzul Terlalu Selesa Tidak Responsive Aduan Penduduk Semasa Ph Memerintah



Pilihan raya umum ke-15 (PRU15) merupakan penampilan sulung menteri kewangan sementara, Tengku Zafrul Tengku Aziz dalam politik apabila dia dicalonkan untuk bertanding mewakili BN bagi merampas kubu bekas menteri kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad di kerusi parlimen Kuala Selangor

Dzulkefly sebelum ini mengumumkan hasrat untuk bersara, namun partinya Amanah mahu dia mempertahankan kerusi parlimen berkenaan pada PRU kali ini

Dengan gerak kerja kempen yang lemah, penyandang kerusi parlimen itu dilihat sukar mendapatkan semula sokongan, terutama di kawasan pedalaman di Kuala Selangor

Sabtu lalu (12 Nov), Tengku Zafrul menghadiri “Jamuan Mesra Rakyat” di Kampung Telok Piah, dengan ramai penduduk di situ memakai baju BN untuk menyambut kedatangannya dan bergambar dengan menteri berkenaan

Bagaimanapun, penduduk menjelaskan mereka bukanlah ahli atau penyokong Umno. Sebaliknya mereka mengundi Dzulkefly pada PRU14 lalu

Seorang pengundi Wan Mohd Salleh, 47 menjelaskan, penduduk kampung sebelum ini sukar memohon bantuan daripada agensi kerajaan atau pejabat ahli parlimen. Oleh kerana kecewa, katanya, mereka membuat tuntutan secara berkumpulan

Wan Mohd Salleh yang juga seorang peniaga, berkata tidak mudah untuk pemimpin politik mengabaikan tuntutan mereka sekiranya ia dibuat secara berkumpulan

"Bila kita buat tuntutan secara berkumpulan, bukan secara individu, ini bermakna ada banyak undi di sini,” katanya.

Sedia beri peluang kepada Zafrul
Atas sebab itu, penduduk kampung menubuhkan Persatuan Kebajikan Kampung Telok Piah tiga bulan lalu dan menjemput Zafrul ke kampung itu semasa tempoh berkempen

Mereka berharap Zafrul akan menunaikan permintaan mereka selepas memenangi kerusi berkenaan, termasuk memberi peruntukan untuk membeli jengkaut berharga RM47,000, yang akan mempercepatkan kerja-kerja menggali kubur

Pada masa ini, kampung itu mempunyai empat penggali kubur termasuk salah seorang yang telah mencecah usia 80 tahun dan mereka menggunakan peralatan lama untuk kerja-kerja berkenaan

Menurut penduduk, tugas menggali kubur menjadi sukar sekiranya berlaku dua atau tiga kematian di kampung itu dalam satu hari

Wan Mohd berkata mereka percaya Zafrul mampu membawa perubahan di Kuala Selangor meskipun tidak menolak kemungkinan Zafrul sukar untuk dihubungi selepas menjadi wakil rakyat

"Jika kita tidak dapat cari Zafrul selepas pilihan raya ni, dan kakitangannya tak buat kerja, pilihan raya akan datang kita ucapkan selamat tinggal kepada dia,” katanya.

‘Pasukan Dr Dzul terlalu selesa, tak responsif terhadap aduan’
Hamdan Abdul Hamid, 51, salah seorang penduduk kampung yang bergambar bersama Zafrul

Hamdan menzahirkan rasa kecewa kerana sejak Dzulkefly menjadi menteri, dia tidak begitu mengendahkan kawasan berkenaan dan aduan yang dibuat penduduk

Justeru Hamdan berkata dia akan mengundi calon yang boleh membawa perubahan di Kuala Selangor ketika hari mengundi

“Mungkin dia (Dzulkefly) menang banyak undi dalam pilihan raya lepas, dia selesa dan dah tak datang ke kampung kita, banyak aduan tidak dilayan oleh pegawai dia,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk kampung, Nathan Shamugam Gotham berkata kawasan Kuala Selangor mempunyai banyak isu, termasuk kekurangan sumber di Hospital Tanjong Karang sehingga pesakit terpaksa menunggu berjam-jam di jabatan kecemasan

Selain itu katanya, isu pengangkutan awam dan kekurangan telur serta ayam juga tidak diselesaikan penyandang kerusi parlimen berkenaan


Beralih sokongan
Sementara itu di Pusat Daerah mengundi (PDM) Bukit Badong, Suhaidi Mat Salleh, 49 berpendapat Dzulkefly kurang memberi perhatian di Kuala Selangor setelah menjadi menteri

Peniaga itu berkata dia telah membantu Dzulkefly pada PRU lalu namun kali ini dia akan menyokong Zafrul

Suhaidi bagaimanapun mengakui Dzulkefly seorang yang baik dan lemah lembut, serta perwatakannya yang alim menyenangkan ramai penduduk kampung termasuk ahli PAS dan Umno

“Dulu dia selalu datang (ke kampung), kenduri kahwin, orang mati pun datang. Kalau orang susah pun datang (bantu). Dua tahun jadi menteri dah kurang datang

"Kadang-kadang dia datang ke masjid untuk solat subuh, ahli-ahli PAS melihatnya sebagai pemimpin yang sangat alim, oleh itu mereka sanggup mengundinya,” katanya

Walaupun kecewa kerana Dzulkefly jarang melawat ke kampung itu, Suhaidi memahami kesibukan bekas menteri berkenaan

Bagaimanapun Suhaidi lebih kecewa dengan pegawai Dzulkfely yang disifatkan tidak pantas dalam melakukan tugas mereka

Di Bukit Badong, Dzulkefly pada PRU lalu memperoleh 1097 undi atau 40.63 peratus, manakala calon Umno memperoleh 955 undi atau 35.37 peratus

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2022/11/benarkah-team-dr-dzul-terlalu-selesa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Musim Sejuk Ancam Nyawa Jutaan Penduduk Ukraine Kata Who

Musim Sejuk Ancam Nyawa Jutaan Penduduk Ukraine Kata Who

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 140 hits
PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia pada Isnin memberi amaran yang musim sejuk akan datang bakal mengancam nyawa jutaan rakyat Ukraine selepas beberapa siri serangan Rusia yang dahsyat ke atas grid tenaga negara itu Ringkasnya musim sejuk ini adal...
Lima Rumah Di Permukiman Padat Penduduk Kota Padang Hangus Terbakar

Lima Rumah Di Permukiman Padat Penduduk Kota Padang Hangus Terbakar

papar berkaitan - pada 20/11/2022 - jumlah : 157 hits
Lima rumah di Jalan Parupuak Raya Kelurahan Parupuk Tabing Kota Padang habis terbakar Minggu Kabid Operasional Sarana dan Prasarana Dinas Pemadam Kebakaran Kota Padang Sutan Hendra di Padang Ahad mengatakan kebakaran ini terjadi di kawasan ...
Saya Terpaksa Berlutut Bolehkah Anda Mengundi Bn Calon Mca Melutut Minta Undi Dari Penduduk Bagan

Saya Terpaksa Berlutut Bolehkah Anda Mengundi Bn Calon Mca Melutut Minta Undi Dari Penduduk Bagan

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 243 hits
Sedar peluang kemenangan semakin tipis calon MCA di Parlimen Bagan Tan Chuan Hong sanggup melutut di atas pentas untuk merayu penduduk di kawasan itu mengundinya pada Sabtu 19 November ini Selamat sejahtera semua Hari ini saya terpaksa berl...
Tudung Bagi Nampak Macam Pn Amirah Sikit Mira Filzah Selesa Suami Filter Penampilan

Tudung Bagi Nampak Macam Pn Amirah Sikit Mira Filzah Selesa Suami Filter Penampilan

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 188 hits
Sejak mendirikan rumah tangga dan menjadi seorang ibu pelakon dan pengacara Mira Filzah mengakui penampilannya kini ditapis terlebih dahulu oleh suaminya Wan Emir Astar Menurut Mira atau nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezaman 29 suaminy...
Sasaran Berbeza Kerusi Pakatan Supaya Tidak Selesa Untuk Menang Kata Anwar

Sasaran Berbeza Kerusi Pakatan Supaya Tidak Selesa Untuk Menang Kata Anwar

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 167 hits
PERBEZAAN sasaran kerusi Parlimen yang boleh dimenangi Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke 15 19 November ini bukan menggambarkan wujud ketidaksefahaman antara kepimpinan PKR Pengerusi PH Anwar Ibrahim sebaliknya berkata perbezaan sas
Saya Selesa Song Jihyo Akui Mahu Potong Rambut Lagi

Saya Selesa Song Jihyo Akui Mahu Potong Rambut Lagi

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 157 hits
Antara topik yang menjadi perbincangan hangat peminat Song Ji hyo pada tahun ini ialah mengenai perubahan gaya rambutnya yang drastik ARTIKEL BERKAITAN Dalam episod terbaru Ji Sukjin s World pelakon itu bercerita lebih mengenai sebab dia me...
Nampak Anak Anak Selesa Shuib Mohon Doa Yang Baik Baik Akui Dalam Fasa Berkawan

Nampak Anak Anak Selesa Shuib Mohon Doa Yang Baik Baik Akui Dalam Fasa Berkawan

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 166 hits
Doakan yang baik baik Begitu kata usahawan dan penyampai radio Shuib Sepahtu yang mengakui kini sedang mengenali hati budi seorang wanita Semuanya demi empat cahaya matanya yang tersayang Enggan terus menafikan Shuib mengakui sedang berkawa...
Banjir Makin Teruk Penduduk Bagan Datuk Hilang Mood Undi

Banjir Makin Teruk Penduduk Bagan Datuk Hilang Mood Undi

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 111 hits
Yasmin Abdul Latif Keadaan di Kampung Batu 26 Matang Kunda Tengah Bagan Datuk selepas dinaiki air akibat hujan lebat berterusan BAGAN DATUK Situasi banjir semakin teruk di Bagan Datuk Perak menyebabkan penduduk hilang mood untuk keluar meng...
Umno Bukanlah Kawan Semasa Bersatu Dan Pas Memerlukan

Umno Bukanlah Kawan Semasa Bersatu Dan Pas Memerlukan

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 163 hits
UMNO SANGGUP jadi pengkhianat SANGGUP tidak menyokong Semata mata kerana sendiri gagal Ismail Sabri bukan tidak kenal Muhyiddin dan Hadi malah dia diangkat menjadi seorang PM secara lancar dan padu oleh sokongan mereka BERSATU dan PAS boleh...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense