Benarkah Sedekah Memanjangkan Umur


Sedekah merupakan pemberian dari seorang yang diberi kepada orang lain disertai rasa ikhlas dan salah satu manfaat sedekah ialah mampu memanjangkan umur orang yang bersedekah tetapi, dalam dalil yang lain mengatakan bahawa umur manusia itu telah ditentukan jauh sebelum manusia dilahirkan.


Pertanyaannya, apa sebenarnya maksud sedekah itu memanjangkan usia? Memang benar umur manusia itu telah ditentukan oleh Allah jauh sebelum manusia itu dilahirkan ke dunia, tapi sedekah boleh memanjangkan umur itu juga benar, tetapi kita jangan salah memahaminya.

Ada dua pendapat mengenai perkara ini.

1. Umur yang ditentukan Allah pada zaman azali atau jauh sebelum manusia itu dilahirkan adalah umur yang akan dipakai di alam dunia dan alam kubur.

Contoh, seseorang yang diberi umur 100 tahun oleh Allah, 50 tahun di dunia dan 50 tahun di alam kubur, ketika orang ini rajin bersedekah maka dengan izin Allah umur yang akan di pakai di alam kubur akan di pindahkan sebahagian ke alam dunia sehingga umurnya yang di dunia menjadi lebih panjang.

2. Seseorang yang rajin bersedekah akan mendapat kesan positif dari orang yang ada di sekitarnya.

Dengan kesan positif itu akan membuat orang yang rajin bersedekah menjadi berpengaruh atau dihormati oleh orang yang ada disekitarnya, bahkan ketika dia sudah meninggal namanya masih akan disebut-sebut dan akan mempengaruhi kehidupan orang yang masih hidup, sehingga dianggap berumur panjang kerana masih menjadi sebutan.

Rahsia Panjang Umur

Ramai manusia yang menjelajah benua hanya untuk mencari rahsia panjang umur dan awet muda, namun amat menghairankan, ketika ada satu perbuatan yang menjamin panjangnya usia, orang-orang justeru mengabaikannya dan tidak banyak orang yang melakukannya. Perbuatan tersebut adalah bersedekah.

Mengapa bersedekah dapat memanjangkan umur seseorang?

Beberapa hadis dan keterangan berikut ini mungkin menjadi jawapannya:

1. Orang yang menahan harta mendapat doa kemusnahan dari malaikat

Setiap hari, malaikat akan mendoakan orang yang bersedekah, yakni semoga Allah menggantikan apa-apa yang mereka infakkan di jalan-Nya.

Selain itu, malaikat tersebut juga mendoakan orang-orang yang bersifat bakhil atau pelit agar Allah memusnahkan mereka.

Mengapa kita tidak memanfaatkannya untuk memanjangkan usia dan bukannya memendekkannya kerana sifat kikir yang dipelihara?

”Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru, ‘Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah’. Yang satu lagi menyeru, ‘Musnahkanlah orang yang menahan hartanya.’ (HR. Muttafaq Alaih)

2. Sedekah dapat mengubah takdir mubram

Tahukah anda apa itu takdir mubram? Iaitu takdir Allah yang tidak dapat diubah, manusia tidak dapat memilih serta tidak memiliki kemampuan untuk mengubahnya.

Takdir Mubram ini terdapat pada sunatullah yang ada di alam maya ini dan salah satu contohnya adalah kelahiran dan kematian manusia, kedatangan hari kiamat, jenis jantina bayi yang akan lahir, jodoh, usia (kematian).

Bukanlah mengejutkan ketika kita mendapat info dari sebuah hadis bahawa sedekah mampu mengubah takdir yang sudah pasti, termasuklah kematian.

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari Ali, bahawa Rasulullah bersabda: "Sedekah dapat merubah takdir yang mubram (yang pasti)". (HR. Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, Imam Ahmad)

Kisah Nabi Ibrahim a.s. Dan Pemuda

Sebuah kisah termahsyur di zaman Nabi Ibrahim telah memperlihatkan bahawa sedekah dapat menunda kematian dan memanjangkan usia dalam erti yang sebenarnya.

Suatu hari, malaikat maut mendatangi Nabi Ibrahim alaihissalam, malaikat tersebut bertanya, "Siapa gerangan anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?"

"Dia adalah sahabat sekali gus muridku! Dia menemuiku untuk memberitahu pernikahannya pada esok hari."

"Wahai Ibrahim, ketahuilah bahawa umur pemuda itu takkan sampai esok pagi."

Setelah berkata demikian, malaikat maut meninggalkan Nabi Ibrahim.

Nabi Ibrahim mahu memberitahu sahabatnya tersebut bahawa usianya tidak sampai esok hari, hendaknya mengadakan pernikahan malam ini juga, namun Nabi Ibrahim menyimpan niat tersebut dan tetap merahsiakan kedatangan maut.

Keesokannya, Nabi Ibrahim masih melihat dan menyaksikan pernikahan pemuda tersebut.

Bahkan, hari berganti minggu, bulan dan tahun, pemuda tersebut tetap hidup dengan sihat wal afiat dan panjang usia.

Suatu hari, Nabi Ibrahim kembali mendapat kunjungan dari malaikat maut, maka Ibrahim berkata, "Adakah engkau berdusta mengenai kematian pemuda yang merupakan murid dan sahabatku dulu?"

Malaikat maut menjelaskan bahawa, ketika ia akan melaksanakan tugas untuk mencabut nyawa pemuda tersebut, Allah menahannya.

Nabi Ibrahim kehairanan kenapa Allah memilih untuk memanjangkan umur pemuda itu dan jawapan Malaikat maut sungguh tidak disangka-sangka.

“Wahai Ibrahim, di malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari harta kekayaannya. Dan ini yang membuatkan Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda itu, sehingga engkau melihatnya masih hidup.”

Jelaslah bahawa sedekah dapat mengubah takdir dan memanjangkan usia.

Sedekah Mencegah Kematian Su'ul Khotimah (Kematian yang buruk)

Banyak kisah mengenai dahsyatnya sedekah yang dapat mencegah kematian buruk, sekalipun sedekah itu diberikan oleh seseorang yang fasik atau kafir, kebaikannya tetap tidak berubah.

Hal ini diperkuat dengan hadis Rasulullah SAW, “Sesungguhnya sedekah seorang muslim dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian su’ul khotimah, Allah akan menghilangkan sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga diri darinya.” (HR. Thabrani)

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
17 Jenis Sedekah Selain Wang Dan HartaKekeliruan Derma Organ, Islam Mengharuskan, Kemuncak Sedekah
-SENTIASAPANAS.COM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/04/sedekah-memanjangkan-umur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nampak Macam Negara Kelas Ketiga Makin Berani Di Tempat Orang Peminta Sedekah Hempuk Cermin Kereta

Nampak Macam Negara Kelas Ketiga Makin Berani Di Tempat Orang Peminta Sedekah Hempuk Cermin Kereta

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 499 hits
Masyarakat Malaysia terkenal dengan sifat murah hati dan bersikap ringan tangan untuk membantu golongan yang memerlukan Namun ramai yang mengambil kesempatan atas sikap prihatin rakyat Malaysia terutamanya golongan peminta sedekah Isu yang ...
Viral Teringat Arwah Ibu Hajat Lelaki Cantik Botak Sedekah Rambut Kepada Pusat Kanser Negara

Viral Teringat Arwah Ibu Hajat Lelaki Cantik Botak Sedekah Rambut Kepada Pusat Kanser Negara

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 670 hits
Msataronline Am bakal menderma rambutnya kepada Pusat Kanser Negara BIARPUN sudah berimej baharu dengan berkepala botak gelaran lelaki cantik masih sinonim dengan diri Abdussalam Firdaus Abdul Aziz Pemuda kelahiran Sepang yang lebih mesra d...
Kabinet Doraemon Pendek Umur

Kabinet Doraemon Pendek Umur

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 299 hits
Satu pameran katun Doraemon sedang dirancang sebagai salah satu acara Tahun Melawat Malaysia 2020 Mungkin boleh berjaya macam muzium maya di Pulau Pinang Namun ia membuat Husin tergelak memandangkan Nobita karektar utama Doraemon telah jadi...
Membazir Bagi Pada Gelandangan Baik Sedekah Pada Pelajar Tak Cukup Makan

Membazir Bagi Pada Gelandangan Baik Sedekah Pada Pelajar Tak Cukup Makan

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 734 hits
Apa persepsi korang bila nampak golongan bergelandangan Mesti pertama kita fikir kesian mereka susah Mesti tak cukup makan pakai Macam mana la rasanya tidur di kaki lima kesejukkan kelaparan Maka banyak individu atau persatuan mula mengambi...
Sedekah Makanan Di Hari Jumat

Sedekah Makanan Di Hari Jumat

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 315 hits
Sedekah Makanan di Hari Jumat Imam al Bukhari meriwayatkan di dalam Sahihnya dari Sahl bin Sa d al Anshariy Dulu di antara kami ada seorang perempuan yang menanam di saluran air kebunnya daun silq Setiap hari Jumat ia memetik pangkal tanama...
Sedekah Tidak Sesekali Mengurangi Rezekimu

Sedekah Tidak Sesekali Mengurangi Rezekimu

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 678 hits
Bismillahirrohmanirrohim Assalamualaikum Pernah kalian mendengar bahwa orang yang banyak bersedekah itu hidupnya semakin sempit Jujur bagi diri saya belum pernah saya mendengarnya Namun apa yang saya dengar apa yang saya teladani orang oran...
Word 143 Nikah Dan Sedekah

Word 143 Nikah Dan Sedekah

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 266 hits
Word 143 NIKAH DAN SEDEKAHSUATU HARI MALAIKAT MAUT MENDATANGI NABI IBRAHIM A S LALU BERTANYA MALAIKAT SIAPA ANAK MUDA YANG TADI MENDATANGIMU WAHAI IBRAHIM NABI IBRAHIM ITU TADI SAHABATKU SEKALIGUS MURIDKU MALAIKAT ADA APA DIA DATANG MENEMUI...
Shahidan Pegang Bahu Tangan Kiri Gadis Bawah Umur

Shahidan Pegang Bahu Tangan Kiri Gadis Bawah Umur

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 660 hits
KANGAR Pendakwaan kes Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim yang didakwa mencabul seorang remaja perempuan bawah umur pada Oktober tahun lalu bermula hari ini dengan dua saksi dipanggil memberi keterangan di depan Hakim Mahkamah Ses...
Umur Sudah 30 Belum Ketemu Jodoh Gimana Ust Oemar Mita

Umur Sudah 30 Belum Ketemu Jodoh Gimana Ust Oemar Mita

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 365 hits
Galau itu wajar apalagi sudah umur 30 lebih tapi jodoh tak kunjung ada kabar Demikianlah takdir dari Allah untuk bisa diambil hikmahnya Jodoh memang sudah ditetapkan siapa pasangan masing masing makhluk Namun ketetapan itu perlu diikhtiarka...
Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia

Makan Malam Tiga Beranak Di Adam Kitchen

Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup Kpn

Tan Sri Vincent Tan Dan U Mobile

Empat Sekawan Dipenjara Tiga Tahun Culik Budak Perempuan

Pengalaman Anak Kena Prolonged Jaundice

Keluar Sekejap Kerugian Fashionvalet Kartel Nafas Rangkaian Kedua 5g Buli Upnm


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


30 Lagu Bakal Berentap Dalam Muzik Muzik 39 Separuh Akhir Siapa Akan Mara Ke Ajl 39

Celebrity Legs And Feet In Tights Variety Pack 143

Cucur Sayur

Kedah Jheaik Siasat Tok Kadi Buli Pengantin

Seorang Wanita Tergamak Penggal Kepala 2 Anak

Anwar Selar Kritikan Hipokrit Atas Respons Mohon Maaf Najib