Benarkah Prokalamasi Darurat Sebabkan Pelabur Lari


 


Angkara Tun Mahathir yang meletakkan jawatan yang sekaligus menyebabkan Kerajaan Pakatan Harapan yang baru berusia 22 bulan tumbang, indeks FBM Bursa Malaysia KLCI menjunam hampir ke paras terendah dalam tempoh sembilan tahun.
Seorang penganalisis berkata, keadaan tidak stabil selama seminggu (hujung bulan Februari) itu telah menyebab aliran keluar bersih meningkat pada Isnin apabila indeks utama, FBM Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.68 peratus atau 41.14 mata kepada 1490.06 mata, serta pada Jumaat apabila indeks jatuh 1.52 peratus atau 22.95 mata kepada 1,482.64.
Politik tak stabil kerana Ahli-ahli politik sedang berebut untuk menubuhkan kerajaan ketika itu.

Kemudiannya.. Dua pakar ekonomi pula memberi amaran tentang kesan buruk ke atas ekonomi Malaysia sekiranya kerajaan mengisytiharkan perintah Darurat.
Memberi komentar kepada laporan mengatakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bersedia untuk mengumumkan “darurat separa”, Carmelo Ferlito dari Pusat Pendidikan Pasaran Malaysia dan Goh Lim Thye dari Universiti Malaya berkata, darurat dalam apa juga bentuk akan membantutkan pemulihan ekonomi.
Amaran dua pakar ekonomi itu meleset nampaknya apabila Berita Harian melaporkan prokalamasi darurat yang mana hanya tertumpu kepada peringkat pentadbiran, menyaksikan kemasukan semula pelabur dalam pasaran saham, sekali gus menyaksikan indeks utama ditutup 1.53 peratus lebih tinggi.
Baca ni..
Penurunan gangguan politik, pasaran saham ditutup tinggi


KUALA LUMPUR: Maklumat jelas mengenai prokalamasi darurat yang mana hanya tertumpu kepada peringkat pentadbiran, menyaksikan kemasukan semula pelabur dalam pasaran saham, sekali gus menyaksikan indeks utama ditutup 1.53 peratus lebih tinggi.
Minat pelabur terhadap Bursa Malaysia terus meraih momentum, pada hari pertama pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) dengan apabila petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 24.65 mata kepada 1,636.69 berbanding paras penutup 1,612.04 pada Selasa.
Penganalisis berkata, pada umumnya, sentimen pasaran bertambah baik adalah susulan proklamasi darurat di peringkat pentadbiran, dijangka akan mengurangkan gangguan pembentukan dasar ketika negara berdepan peningkatan penularan COVID-19.
Kata mereka, kenaikan pasaran saham semalam juga disokong kekukuhan komoditi utama negara iaitu harga minyak yang terus berlegar di atas paras AS$56 setong.
Indeks itu dibuka tinggi naik 5.64 mata kepada 1,617.68 dan bergerak antara paras 1,617.68 dan 1,637.10.
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 949 berbanding 348, manakala 309 kaunter tidak berubah, 493 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.
Bagaimanapun, jumlah dagangan susut kepada 7.12 bilion unit bernilai RM5.11 bilion daripada 8.41 bilion unit bernilai RM5.76 bilion pada Selasa.
Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim, berkata pelabur nampaknya tidak bimbang dengan pelaksanaan PKP 2.0 dan darurat memandangkan sekatan yang dikenakan tidak seketat seperti sebelum ini.
"Juga penggantungan parlimen bermakna penggubal dasar akan dapat lebih menumpukan kepada menambah baik ekonomi daripada terpaksa berdepan dengan perbezaan politik," katanya kepada Bernama.
Adam berkata, peningkatan saham perbankan membantu meningkatkan Indeks Perkhidmatan Kewangan Bursa Malaysia sebanyak 3.5 peratus namun penurunan kaunter penjagaan kesihatan dan sarung tangan getah telah menyebabkan sektor penjagaan kesihatan Bursa Malaysia susut sedikit sebanyak 0.1 peratus.
Beliau tidak menolak sebarang kemungkinan berlaku aktiviti jualan singkat dalam kaunter sarung tangan getah dan penjagaan kesihatan memandangkan persekitaran jualan pantas ketika ini.
Dalam pasaran minyak, aliran meningkat berterusan selepas American Petroleum Institute melaporkan pengeluaran besar inventori minyak mentah sebanyak 5.821 juta tong bagi minggu yang berakhir pada 8 Januari berbanding 1.661 juta tong pada minggu sebelumnya.
Kaunter perbankan menerajui kaunter wajaran tinggi dengan Public Bank melonjak RM1.32 kepda RM21.40, Maybank naik 30 sen kepada RM8.30, CIMB meningkat 15 sen kepada RM4.07 dan RHB Bank menokok 14 sen kepada RM5.47.
Bagaimanapun, IHH susut 10 sen kepada RM5.45, Top Glove turun lima sen kepada RM6.63, Hartalega jatuh 14 sen kepada RM13 dan Supermax berkurangan 19 sen kepada RM7.11.
Dalam kalangan kaunter cergas, Kanger International naik 1.5 sen kepada 15 sen, Metronic meningkat 11 sen manakala PNEPCB dan Yong Tai menokok setengah sen setiap satu masing-masing kepada 63 sen dan 30 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 196.70 mata kepada 11,748.76, Indeks FBMT 100 meningkat 190.01 mata kepada 11,490.25 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 95.15 mata kepada 13,254.98.
FBM 70 naik 311.49 mata kepada 14,821.08 dan FBM ACE meningkat 188.54 mata kepada 10,692.03.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 519.23 mata kepada 15,065.74, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 2.58 mata kepada 175.54 dan Indeks Perladangan naik 20.68 mata kepada 7,483,12.
Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 4.76 bilion saham bernilai RM4.43 bilion daripada 5.17 bilion saham bernilai RM4.74 bilion.
Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 500.21 unit bernilai RM81.51 juta berbanding 537.39 juta unit bernilai RM81 juta.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE jatuh kepada 1.86 bilion saham bernilai RM592.77 juta daripada 2.7 bilion saham bernilai RM939.38 juta sebelumnya.
Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 513.47 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.89 bilion), pembinaan (238.91 juta), teknologi (373.91 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (11757.19 juta), hartanah (380.92 juta), perladangan (117.33 juta), REITs (13.31 juta), dana tertutup (16,300), tenaga (629.16 juta), penjagaan kesihatan (105.78 juta), telekomunikasi dan media (80.11 juta), pengangkutan dan logistik (261.84 juta) dan utiliti (37.33 juta).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2021/01/benarkah-prokalamasi-darurat-sebabkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Perlu Terima Hakikat Darurat Akan Sebabkan Pelabur Asing Lari

Pn Perlu Terima Hakikat Darurat Akan Sebabkan Pelabur Asing Lari

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 190 hits
PERISYTIHARAN darurat tidak akan menarik minat pelabur asing malah penggantungan Parlimen sehingga Ogos akan terus menjejaskan keyakinan mereka kata Lim Guan Eng Bekas menteri kewangan itu menyelar kerajaan Perikatan Nasional yang menafikan...
Pelabur Akan Nampak Darurat Hanya Kestabilan Sementara Kata Pakar

Pelabur Akan Nampak Darurat Hanya Kestabilan Sementara Kata Pakar

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 186 hits
Pengisytiharan darurat memberikan tanda tanda kestabilan politik dan sedikit kelegaan dalam pasaran tetapi para ahli ekonomi percaya para pelabur akan nampak sebalik retorik pemerintah dan sedar keadaan itu bukan semula jadi dan sementara S...
Darurat Pelabur Asing Tidak Akan Masuk

Darurat Pelabur Asing Tidak Akan Masuk

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 218 hits
Darurat yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak 11 Januari lalu mungkin memberi kesan kerosakan besar kepada ekonomi negara Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen tidak menolak andaian pemerhati politik...
Akibat Lambat Vaksin Dan Dikategori Negara Miskin Pelabur Lari

Akibat Lambat Vaksin Dan Dikategori Negara Miskin Pelabur Lari

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 203 hits
FAEZUDDIN PUADKes positif Covid 19 cecah 3000 sehari Dapat vaksin lambat Pelabur pelabur dah mula lari ke negara jiran Kadar pengangguran tinggi Parti parti kerajaan bergaduh sama sendiri Tak laksanakan pindaan RUU355 Menteri dan timbalan m...
Azmin Sanggah Pakar Ekonomi Kata Darurat Tak Jejas Keyakinan Pelabur

Azmin Sanggah Pakar Ekonomi Kata Darurat Tak Jejas Keyakinan Pelabur

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 202 hits
Walaupun banyak pakar ekonomi berpendapat pelaksanaan darurat akan menjejaskan keyakinan pelabur terhadap Malaysia Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali yakin keadaan sebaliknya akan berlaku Beliau berkata pelaksan...
Darurat Perlindungan Sementara Buat Muhyiddin

Darurat Perlindungan Sementara Buat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 194 hits
ULASAN Muhyiddin istyharkan Darurat Covid BARU sekejap tadi Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan darurat setelah mendapat perkenan daripada Yang diPertuan Agong agar darurat di proklamasikan Beliau dilaporkan menghadap Al Sultan Abdullah ...
Elak Spekulasi Liar Berkait Pkp Darurat

Elak Spekulasi Liar Berkait Pkp Darurat

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 161 hits
BANGI 28 Jamadilawal 1442H Selasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan terus memantau bagi membendung penyebaran maklumat tidak sahih serta kenyataan yang bersifat jelik membabitkan raja agama dan kaum Sehubungan itu pengguna media so
Darurat

Darurat

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 271 hits
SAIFUDDIN NASUTIONSarawak 1966 akibat krisis politikDarurat 1969 akibat rusuhan kaumKelantan 1977 akibat krisis politikDarurat 2021 YAB PM umum darurat 2021 bermaksudJemaah menteri masih berfungsiParlimen tidak bersidangTiada pilihanraya Ti...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Ayam Percik Kelantan Yang Sedap Original And Authentic

Lelaki Lihat Lembaga Besar Semasa Solat Berjemaah

Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang