Benarkah Kunyit Mampu Merawat Covid 19


Kunyit sememangnya baik dan telah diakui untuk kesihatan kerana sudah terbukti oleh kajian saintifik yang dijalankan terhadapnya namun, adakah ia boleh digunakan untuk menghalang kemaraan wabak virus novel korona (COVID-19)?


Ini kerana jika tiada usaha yang diteruskan untuk membendung wabak Covid-19 ini, jumlah mereka yang dijangkiti akan terus meningkat bersama dengan jumlah kematian.

Kunyit telah diuar-uarkan di sebuah pusat pengajian di Indonesia sebagai salah satu herba yang boleh melawan jangkitan wabak virus novel korona. Adakah ia benar?

Betul ke kunyit boleh mencegah Covid-19?

Kunyit hidup bukanlah bahan masakan yang asing lagi namun, jika dikaitkan dengan wabak virus Covid-19 yang melanda, jawapannya sama dengan sayur kangkung yang dikatakan boleh mengubati wabak tersebut. Tiada kajian yang menunjukkan bahawa ia berkebolehan untuk berbuat demikian.

Jadi, bagaimana boleh timbulnya ura-ura ini? Berita berkenaan dengan kebolehan kunyit ini tersebar berikutan penyelidikan yang dilakukan oleh pensyarah biologi molekular dan biokimia Chaerul Anwar Nidom di Universiti Airlangga (UNAIR).

Setakat ini, tiada dapatan yang telah dikeluarkan secara rasmi dan menurut Chaerul, persoalan wabak tersebut mungkin tidak akan terjawab memandangkan kajian beliau berlangsung sebelum wabak virus tersebut menular.

Namun begitu, ini tidak bermakna herba tersebut tidak boleh menghalang jangkitan virus Covid-19 daripada berlaku. Terdapat banyak khasiat kunyit hidup yang pernah disahkan oleh kajian-kajian saintifik sebelum ini.

Antaranya adalah, kunyit berupaya untuk menangkis fenomena ribut sitokin yang sering berlaku pada mereka yang dijangkiti oleh virus, suatu keadaan di mana tindak balas sistem pertahanan badan terhadap penceroboh seperti bakteria dan virus berlaku pada paras yang sangat tinggi.

Penghasilan bahan kimia tersebut boleh menyebabkan proses keradangan berlaku di serata tempat dan menghalang tisu dan organ seperti paru-paru berfungsi dengan betul. Perkara ini bukan sahaja boleh menyebabkan simptom yang teruk, malah kematian.

Kebolehan kunyit hidup dalam menghalang perkara ini berlaku telah pun dibuktikan melalui kajian yang dijalankan pada tahun 2014. Dapatan kajian tersebut menunjukkan kunyit boleh menghalang penghasilan sitokin IL-6 dan IL-10 yang menjadi kunci kepada proses keradangan.

Ia juga merupakan bahan yang mempunyai fungsi antiviral yang sangat luas di samping selamat untuk diambil pada dos yang tinggi.

Khasiat kunyit untuk kesihatan manusia

Kunyit mengandungi bahan yang dikenali sebagai kurkumin, yang memberikan warna kuning kepada kunyit dan merupakan komponen bioaktif utama dalam memberikan kesan positif terhadap proses fisiologi di dalam badan.

Kebanyakan herba seperti kunyit hidup, temulawak dan halia yang mengandungi kurkumin tumbuh di rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan.

Di negara-negara Eropah, kunyit sering digunakan untuk mewarnai kain dan produk pakaian manakala di Asia pula, kegunaan herba tersebut lebih tertumpu sebagai bahan masakan.

Selain daripada menjadi bahan penting untuk resepi masakan tertentu, kunyit mempunyai kebaikannya yang tersendiri daripada sudut kesihatan.

Kurkumin yang terkandung di dalam kunyit mempunyai keupayaan untuk mencegah pelbagai jenis penyakit termasuklah kanser.

Kebanyakan ahli akademik giat melakukan kajian makanan herba terhadap risiko untuk mendapat kanser. Bukan sahaja kurkumin berkesan dalam merencat pertumbuhan sel kanser, ia juga boleh menghalang pembentukan salur darah baharu yang membekalkan nutrisi kepada sel tumor.

Kajian yang dijalankan di Universiti Illinois, Chicago pada tahun 2011 telah menunjukkan bahawa bahan bioaktif yang terdapat pada kunyit boleh menghalang pertumbuhan kanser kolorektal.

Jika bahan yang mengandungi kurkumin diambil sebanyak 4 gram sehari, kadar penurunan risiko kanser usus besar meningkat kepada 40%. Ia merupakan satu langkah pencegahan yang mudah terutamanya bagi orang Asia memandangkan kunyit sering digunakan dalam masakan.

Kunyit juga berupaya untuk menggalakkan pertumbuhan sel saraf baharu bagi mengelakkan berlakunya masalah degeneratif otak seperti penyakit Alzheimer. Pengambilannya pada kadar saranan boleh mempengaruhi kekuatan memori.

Kunyit boleh menghalang penyebaran Covid-19?

Tiada kajian yang menunjukkan, secara objektifnya, kunyit berupaya untuk menghalang penyebaran virus namun, itu tidak bermakna ia tidak boleh menghalang berlakunya jangkitan terhadap individu yang mengambilnya secara kerap.

Kekuatan sistem pertahanan badan memainkan peranan penting dalam menghalang berlakunya jangkitan. Terdapat banyak herba yang mampu memperkukuhkan fungsi sistem imun individu. Ini termasuklah kayu manis, teh hijau dan kunyit.

Setakat ini, pelbagai jenis kajian telah menunjukkan kurkumin berupaya untuk menghalang berlakunya jangkitan oleh virus hepatitis, virus Zika dan virus influenza namun, pemberian kepada pesakit bagi merawat atau menghalang berlakunya jangkitan tanpa penjelasan saintifik yang kukuh dianggap tidak beretika.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menggalakkan setiap individu untuk mencuci tangan menggunakan air dan sabun sebagai langkah utama bagi membasmi wabak virus novel korona.

Langkah lain yang boleh diambil adalah seperti berikut:
Pakai topeng muka sekiranya anda sakit dan perlu keluar ke kawasan awam.Amalkan etika bersin, batuk yang betul.Jangan mengambil makanan eksotik seperti daging ular, kelawar ataupun tenggiling.Jika anda mengalami simptom seperti batuk, selesema dan demam, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pengesahan.
Konklusi

Mungkin ada yang beranggapan bahawa kunyit dapat melindungi individu daripada wabak virus novel korona, namun masih tiada lagi bukti saintifik yang menunjukkan ia mampu berbuat sedemikian.

Amalan mencuci tangan secara kerap masih lagi menjadi saranan utama badan kesihatan global bagi mencegah penyebaran wabak virus novel korona.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Ketahui 4 Jenis Topeng Muka Paling Sesuai Dipakai Ketika Darurat KesihatanKunyit Hitam Berjaya Sembuhkan Kanser Yang Mengejutkan Dunia Perubatan Moden!
sumber: hellodoktor



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/03/kunyit-mampu-merawat-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Virus Mampu Bertahan Di Udara Beberapa Jam

Covid 19 Virus Mampu Bertahan Di Udara Beberapa Jam

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 159 hits
Covid19 Foto Ehsan GoggleWASHINGTON 18 Mac Virus koronavirus baharu atau Covid 19 dapat bertahan di permukaan atau udara selama beberapa jam Berdasarkan kajian dibiayai kerajaan Amerika itu saintis mendapati virus itu mempunyai tahap daya m...
Perutusan Khas Covid 19 Stay At Home

Perutusan Khas Covid 19 Stay At Home

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 285 hits
Tolonglah duduk diam diam di rumah Just Stay at Home Ini tujuan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan Stay at Home and protect yourself and your Family Stay put where you are untuk tempoh dua minggu ni sahaja Kenapa...
Perghh Orang Kaya Dunia Pun Terjejas Akibat Covid 19

Perghh Orang Kaya Dunia Pun Terjejas Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 298 hits
Orang kaya dunia pun terjejas akibat Covid 19 Langkah nyah jangkit dilakukan di sebuah kereta api untuk membendung penularan Covid 19 di Seoul Foto AFP PANDEMIK koronavirus yang menular ke hampir serata dunia dalam tempoh tiga bulan lalu na...
Cara Mohon Bantuan Rm 600 Bagi Pekerja Bercuti Tanpa Gaji Yang Terjejas Akibat Covid 19

Cara Mohon Bantuan Rm 600 Bagi Pekerja Bercuti Tanpa Gaji Yang Terjejas Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 960 hits
Cara Mohon Bantuan RM 600 Bagi Pekerja Bercuti Tanpa Gaji Pada 16 Mac lalu Perdana Menter Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan sementara bulanan RM600 selama maksimum enam bulan bagi pekerja yang menerima notis cuti tanpa gaji...
Covid 19 Di Malaysia

Covid 19 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 249 hits
25 January 2020 kes pertama COVID 19 dilaporkan 13 Februari 2020 1 kes baru jumlah kes 19 14 Februari 2020 0 kes baru jumlah kes 19 17 Februari 2020 jumlah kes 22 5 Mac 2020 5 kes baru jumlah kes 55 7 Mac 2020 10 kes baru jumlah kes 93 The ...
Mengapa Virus Covid 19 Sangat Suka Kepada Manusia

Mengapa Virus Covid 19 Sangat Suka Kepada Manusia

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 408 hits
PUTRAJAYA 24 Rejab 1441H Khamis Kementerian Kesihatan mendedahkan sifat semula jadi pandemik coronavirus adalah suka dan menyayangi manusia Astro Awani melaporkan menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata COVID 19 akan menjadikan tubuh ba...
Covid 19 Kempen Bacaan Yaasin Al Kahfi Malam Ini

Covid 19 Kempen Bacaan Yaasin Al Kahfi Malam Ini

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 315 hits
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyeru umat Islam di negara ini menggunakan peluang malam Jumaat ini agar berdoa menghadapi wabak Covid 19 Serentak pada 24 Rejab 1441H ini juga orang ramai digalakkan melakukan solat hajat dan berdoa di rum...
Finally Some Sensible Advice On Covid 19

Finally Some Sensible Advice On Covid 19

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 444 hits
Finally some sensible advice on Covid 19Good advice from a nurse not from me What I have seen a lot of are recommendations for how to try to avoid getting coronavirus in the first place good hand washing personal hygiene and social distanci...
Covid 19 Kumpulan Sukarela Mula Membantu Orang Sikhs Are Breaking The Mould Again Syabas

Covid 19 Kumpulan Sukarela Mula Membantu Orang Sikhs Are Breaking The Mould Again Syabas

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 291 hits
All around the world from Australia to Malaysia to London the volunteer groups have started to kick into operation One young woman in London has printed her telephone number and put it inside the mailboxes of her neighbours She says that if...
Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Dunia Tak Sempat Pulang Ke Tanah Air

Biodata Shalin Zulkifli Ratu Boling Tenpin Negara

Tutorial Cara Daftar Asb Online Dan Cara Semak Asb Guna Ic

Apa Itu Wang What Is Money

Beyond Lettuce Wraps Unleash The Power Of Low Carb Bread

Doubletree By Hilton Presents Signatures Across The State A Makan Kitchen Showcase



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Mengecewakan Yoon Jonghoon Kesal The Resurrection Of Seven Raih Rating Rendah

Sumpahan Kim Myungsoo Berterusan Rating Dare To Love Me Jatuh Ke 1

Rentasan 1598 Motif Sebenar Serangan Ganas Ke Atas Polis Di Ulu Tiram

Perutusan Negara Isu Dalam Dan Luar Negara Malam Ini

Mood Rajin Nak Pakai Inai Kuku

Duit Dalam Akaun Bank Arwah Hilang Sebelum Tuntutan Pusaka Selesai