Benarkah Imam Ahmad Anak Murid Kepada Imam Al Syafie



SOALAN:
Benarkah Imam Ahmad murid kepada Imam al-Syafie dan Imam al-Syafie banyak memujinya?

JAWAPAN:
Imam Ahmad merupakan seorang faqih, muhaddith dan pengasas kepada Mazhab Hanbali. Nama penuhnya Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal bin Asad bin Idris bin Abdullah bin Hayyain bin Abdullah bin Anas bin Auf bin Qasit bin Syaiban. Menurut riwayat yang masyhur, beliau dilahirkan di Kota Baghdad pada bulan Rabi’ul Awwal tahun 164 H. (Lihat: Tabaqat al-Hanabilah, 1/4 dan Siyar A’lam al-Nubala, 11/179)

Beliau merupakan tokoh ulama’ hadith yang terkemuka sama ada pada zamannya atau selepasnya. Musnad Ahmad Ibn Hanbal merupakan kitabnya yang paling agung. Imam al-Zahabi menjelaskan berkenaan kitab al-Musnad sepertimana kenyataan Ibn al-Sammak: “Hanbal telah menceritakan kepada kami, beliau berkata: Ahmad bin Hanbal mengumpulkan kami, iaitu aku, Soleh dan Abdullah. Beliau membacakan kitab al-Musnad kepada kami dan tidak ada yang mendengarkannya selain kami. Beliau berkata, Kitab ini (al-Musnad), aku telah mengumpulkannya dan menyemaknya lebih dari 750,000 hadith Rasullah SAW yang terdapat perbezaan di kalangan umat Islam dalam menghukuminya, maka kamu kembalilah kepadanya jika kamu temukan di dalamnya. Jika tidak kamu temukan (jawapan atas suatu persoalan), maka hadis tersebut tidak dapat dijadikan hujah.”(Lihat: Siyar A’lam al-Nubala’, 11/329)

Menjawab persoalan di atas, memang benar Imam Ahmad adalah murid kepada Imam al-Syafie ketika Imam al-Syafie menetap di Iraq. Beliau merupakan salah seorang yang mendokong pandangan Imam al-Syafie melalui kitab Imam al-Syafie, al-Hujjah. Mazhab al-Syafie ketika di Iraq dikenali sebagai qaul qadim atau lama.

Antara pujian Imam al-Syafie kepada Imam Ahmad adalah:

Kata Imam al-Syafie:

أَحْمد إِمَام فِي ثَمَان خِصَال إِمَام فِي الحَدِيث إِمَام فِي الْفِقْه إِمَام فِي الْقُرْآن إِمَام فِي اللُّغَة إِمَام فِي السّنة إِمَام فِي الزّهْد إِمَام فِي الْوَرع إِمَام فِي الْفقر
“Ahmad adalah Imam dalam lapan perkara: Beliau imam dalam hadith, fekah, al-Quran, lughah (bahasa arab), al-Sunnah, al-Zuhd, al-Warak, serta kefakiran.” [Lihat: Tabaqat al-Hanabilah (1/10), Muqaddimah al-Mughni (1/9) dan al-Maqsad al-Arsyad oleh Ibn Muflih (1/65)]

Kata Imam al-Syafie lagi:

خرجت من بَغْدَاد وَمَا خلفت بهَا أورع وَلَا أتقى وَلَا أفقه وَلَا أعلم من أَحْمد ابْن حَنْبَل
“Aku keluar dari Baghdad, dan tidak aku tinggalkan padanya seorang pun yang lebih warak, paling bertaqwa, paling faqih, dan paling berilmu daripada Ahmad bin Hanbal.” [Lihat: Tarikh Dimashq oleh Ibn Asakir (5/272), Tabaqat al-Hanabilah (1/40), Tarikh Baghdad (6/99) dan Manaqib al-Imam Ahmad oleh Ibn al-Jauzi (1/143)]

Imam al-Syafie turut berkata kepada Ahmad:

أَنْتُم أعلم منا بِالْحَدِيثِ فَإِذا كَانَ الحَدِيث كوفيا أَو شاميا فأعلموني حَتَّى أذهب إِلَيْهِ
“Kamu lebih ‘alim tentang hadith berbanding kami. Sekiranya hadith itu berada di Kufah atau Syam maka beritahulah kepada aku sehingga aku pergi menuju kepadanya.” [Lihat: al-‘Ilal wa Ma’rifah al-Rijal (no. 1055), Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’ (99/170) dan al-Zahabi dalam Siyar A’lam al-Nubala’ (11/213)]

Kata beliau lagi:

كل مَا فِي كتبي حَدثنِي الثِّقَة فَهُوَ أَحْمد بن حَنْبَل
“Kesemua yang terdapat di dalam kitab-kitabku: “Telah menceritakan kepadaku seorang yang tsiqah (dipercayai)” maka dia adalah Ahmad bin Hanbal.

Dan kesemua yang terdapat di dalam kitabku: “Dan ini adalah apa yang dithabitkannya” atau “ia tidak dithabitkan oleh ahli ilmu” maka maksudnya adalah Ahmad ibn Hanbal.” [Lihat: Hilyah al-Auliya’, Abu Nu’aim al-Asbahani (4/125) dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq (5/297)]

Semoga Allah merahmati kedua-dua tokoh imam ini serta memberikan kepada kita petunjuk dan hidayah untuk mengikut Nabi Muhammad SAW, para sahabat, solehin, siddiqin dan tokoh-tokoh ulama’ yang menjadi bintang kepada ummah. Amin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/benarkah-imam-ahmad-anak-murid-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Terima Anak Disetrap Orangtua Murid Suruh Ustadzah Merangkak

Tak Terima Anak Disetrap Orangtua Murid Suruh Ustadzah Merangkak

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 419 hits
Seorang ustadzah di sebuah sekolah agama Malaysia mendapat perlakuan tak menyenangkan dari orangtua murid Perempuan yang dirahasikan namanya ini dipaksa merangkak di dalam kelas Kisah yang menimpa ustazah tersebut viral di media sosial seus...
Semakan Guru Yang Terlalu Tegas Dalam Buku Kerja Sekolah Anak Murid Ini Jadi Punca Perdebatan Pendapat Orang Ramai

Semakan Guru Yang Terlalu Tegas Dalam Buku Kerja Sekolah Anak Murid Ini Jadi Punca Perdebatan Pendapat Orang Ramai

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 385 hits
Tidak dapat dinafikan proses pembelajaran kanak kanak pada masa ini semakin laju berbanding proses yang dilalui pada suatu ketika dahulu Bagi kanak kanak bersekolah rendah kini kebanyakan daripada mereka sudah mengenal huruf dan lebih mudah...
Tular Video Ibu Suruh Ustazah Merangkak Depan Murid Gara Gara Anak Didenda

Tular Video Ibu Suruh Ustazah Merangkak Depan Murid Gara Gara Anak Didenda

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 956 hits
Jika dahulu apabila dimarahi guru disekolah kita takut hendak mengadu sebab memang selalunya salah kita Tapi senario sekarang sudah berubah guru pula yang kena marah dengan ibu bapa jika mendenda anak murid Begitu juga yang terjadi kepada u...
Gara Gara Unggah Email Lamaran Kaesang Anak Jokowi Langsung Diserang

Gara Gara Unggah Email Lamaran Kaesang Anak Jokowi Langsung Diserang

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 169 hits
Postingan Kaesang Pangarep di salah satu akun sosial medianya menuai sorotan publik
Noah Anak Bunga Citra Lestari Daddy Kenapa Daddy

Noah Anak Bunga Citra Lestari Daddy Kenapa Daddy

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 512 hits
Tak hanya BCL kesedihan pun dirasakan oleh putra semata wayang pasangan ini yaitu Noah Sinclair
Pemerintah Masih Mendata Anak Wni Eks Isis Yang Terpencar Di Timur Tengah

Pemerintah Masih Mendata Anak Wni Eks Isis Yang Terpencar Di Timur Tengah

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 228 hits
Pemerintah Masih Mendata Anak WNI Eks ISIS yang Terpencar di Timur Tengah Pemerintah kata dia masih mendata anak anak WNI eks ISIS yang kini terpencar di berbagai negara Timur Tengah Setelah proses itu selesai barulah pemerintah akan memutu...
Dia Adalah Penderma Tetap Pengurus Yayasan Anak Yatim Dedah Kebaikan Ashraf Sinclair

Dia Adalah Penderma Tetap Pengurus Yayasan Anak Yatim Dedah Kebaikan Ashraf Sinclair

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 325 hits
Semasa hidupnya Ashraf Sinclair dikenali sebagai seorang lelaki yang murah hati Dia juga menjadi penderma tetap di Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman Menurut Pengurus Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman H Ahmad Habib ketika ditemui di rumah pe...
Tular Video Makcik Makcik Buat Tik Tok Anak Anak Disarankan Pulang Jenguk Ibu Bapa

Tular Video Makcik Makcik Buat Tik Tok Anak Anak Disarankan Pulang Jenguk Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 448 hits
Seperti yang kita semua tahu aplikasi Tik Tok iaitu rakaman video beserta lagu kini semakin tular dan telah menjadi bahan ikutan anak muda Namun bukan golongan muda je yang terlibat malah semakin ramai golongan tua yang turut berjinak mengi...
Bolehkah Anak Tiri Mendapat Harta Pusaka

Bolehkah Anak Tiri Mendapat Harta Pusaka

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 255 hits
SOALAN Arwah ibu saya telah terlanjur dengan orang lain dan mengandung sebelum berkahwin dengan ayah saya tetapi ibu saya bersalin selepas berkahwin dengan ayah saya dan dikurniakan anak lelaki Setelah ibu dan ayah saya meninggal adakah aba...
Metamask Security Warning

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Overcoming The Funding Challenges

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Prapesan Siri Realme 14 Bermula Deposit Serendah Rm20

Perlis Pun Kalah Hanya 10 Penduduk Direkodkan Kampung Bandar Terus Bertahan Dengan Warisan Sejarah

Mpob Dan Sumisaujana Bekerjasama Untuk Mengkomersialkan Poliol Berasaskan Sawit Untuk Kegunaan Industri Global

Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Kemaskini