Benarkah Arash Bergegar Apabila Runtuhnya Institusi Perkahwinan



“Jangan lah ambil keputusan bercerai secara melulu, bergegar Arasy! Allah tak suka!”
Seringkali kita mendengar dialog sebegini diucapkan apabila timbul isu perceraian (sebenarnya banyak kita dengar dari dialog drama di kaca TV). Ia seakan menjadi pegangan sesetengah pihak dan menggambarkan perceraian adalah langkah yang sangat teruk untuk diambil.
Walhal jika perceraian adalah suatu yang sangat teruk, maka tidak ada hukum yang membolehkan perceraian berlaku atau akad sesebuah perkahwinan itu terlerai.
Perkongsian kali ini tidak bertujuan untuk mengupas patut atau tidak sesebuah perceraian berlaku, tetapi ingin memberi pencerahan kepada para pembaca berkenaan perkara yang sering disebut-sebut khususnya tentang hadis yang akan dinyatakan di bawah.
Sebelum pergi lebih lanjut, mari kita teliti semula daripada mana kata-kata ini diambil.
Dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:
تَزَوَّجُوْا وَلَا تُطَلِّقُوْا، فَإِنَّ الطَّلَاقَ يَهْتَزُّ مِنْهُ العَرْشُ
Maksudnya: “Berkahwinlah dan janganlah kamu bercerai. Maka sesungguhnya talak (bercerai) itu akan menggegarkan ‘arash.”
Beberapa orang ulama yang faqih dalam ilmu hadis contohnya Imam Ibnu al-Jauzi, Imam al-Saghani, Imam al-Sakhawi dan Imam al-Suyuthi telah memberi komen tentang hadis tersebut dan mengatakan bahawa hadis ini adalah tidak sahih, palsu serta sanad hadisnya dhaif.
Pihak Mufti Wilayah Persekutuan juga menyimpulkan bahawa hadis tersebut adalah tidak sahih dan tidak boleh disandarkan kepada Rasulullah SAW atau meriwayatkannya kepada orang lain bagi membenarkannya.
Selain daripada hadis di atas, ada sebuah lagi hadis yang agak terkenal berlegar dalam kalangan masyarakat Islam berkenaan talak.
Daripada Ibn Umar RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
أَبْغَضُ الْحَلَالِ إِلَى اللَّهِ الطَّلَاقِ
Maksudnya: “Perkara halal yang paling dimurkai Allah adalah talak.” [Riwayat Abu Daud (2178) dan Ibn Majah (2018)]
Hadis ini telah diperselisihkan dalam kalangan ulama’ dalam menentukan kesahihannya. Sebahagian ulama’ hadis mengatakan bahawa hadis ini sahih dan sanadnya bersambung dan sebahagian lagi mengatakan bahawa sanadnya tidak bersambung (disebabkan gugurnya nama sahabat yang menjadi perawi dalam hadis ini).

Mereka yang mengatakan bahawa sanadnya tidak bersambung menghukumkan bahawa hadis ini sebagai hadis mursal.
Pihak Mufti Wilayah persekutuan dalam menerangkan hadis ini juga menukilkan kata-kata Imam al-San’ani (1182 H) di dalam kitabnya. Beliau menerangkan status hadis ini dengan berkata:
“Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibn Majah. Ia disahihkan oleh al-Hakim. Akan tetapi, Imam Abu Hatim merajihkan bahawa ia adalah mursal. Begitu juga, al-Daraquthni dan al-Baihaqi merajihkan hadis ini adalah mursal.” [Lihat: Subul al-Salam, 247/2]
Manakala Syeikh Syu’aib al-Arna’outh mengatakan bahawa perawi-perawi bagi hadis ini adalah thiqah (dipercayai) di dalam Kitab Sunan Abu Daud. Namun di akhirnya, pendapat yang paling sahih dari kalangan imam menghukumkan bahawa hadis ini adalah hadis mursal. Pendapat ini turut dipersetujui dan dipegang oleh Pihak Mufti Wilayah Persekutuan.
Hakikatnya masih banyak perkara yang Allah murkai meskipun halal dilakukan, bukan hanya tentang talak. Mengapa? Kerana ada sifat berlebihan dalam perbuatan. Tidak ada keseimbangan – sama ada terlalu sedikit sehingga bermudah-mudah atau terlalu berlebihan sehingga mencapai tahap ekstrem.
Contohnya memarahi anak berlebihan dengan alasan mendidik, makan secara berlebihan sehingga mendatangkan penyakit atau tidak tidur atau berehat secukupnya sehingga mengganggu sistem tubuh badan.
Adapun talak atau penceraian, ia adalah hak yang dipunyai oleh setiap orang yang melangkah ke alam perkahwinan. Nilailah ia dengan bijak sebelum mengambil keputusan.
 
Sumber: tzkrh.com
The post Benarkah Arash Bergegar Apabila Runtuhnya Institusi Perkahwinan? appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/benarkah-arash-bergegar-apabila-runtuhnya-institusi-perkahwinan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahukah Anda Risiko Perkahwinan Jarak Jauh

Tahukah Anda Risiko Perkahwinan Jarak Jauh

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 858 hits
Lebih terasa sakitnya berjauhan apabila sudah mempunyai zuriat bersama isteri atau suami yang terpaksa berhempas pulas berseorangan tanpa pasangan Anak membesar yang memerlukan perhatian ibu atau bapanya kerana kurangnya salah seorang besar...
Pemerkasaan Oku Tanggungjawab Bersama Institusi Kerajaan Dan Swasta

Pemerkasaan Oku Tanggungjawab Bersama Institusi Kerajaan Dan Swasta

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 160 hits
BUTTERWORTH Institusi institusi kerajaan mahupun swasta mempunyai tanggungjawab dalam usaha memperkasakan golongan Orang Kurang Upaya dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan itu Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinan...
Lihat Foto Foto Baru Perkahwinan Bintang The Flash Grant Gustin La Thoma Di Kolopis Penampang

Lihat Foto Foto Baru Perkahwinan Bintang The Flash Grant Gustin La Thoma Di Kolopis Penampang

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 1264 hits
Lihat Foto foto Baru The Flash Star Grant Gustin Perkahwinan Kadazan LA Thoma di Kolopis Penampang Imej dari Fahad Nasir Yusuf Ahmad Photography Video By Bryan Kouju Studio Akhirnya Pelakon The Flash Kongsi Gambar Perkahwinannya Dengan Wani...
Cara Move On Dari Percintaan Atau Perkahwinan

Cara Move On Dari Percintaan Atau Perkahwinan

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 735 hits
Assalamualaikum Selamat petang Bila kita toleh ke belakang sebenarnya banyak kenangan manis dan pahit telah kita lalui Tidak kiralah dengan pasangan atau orang sekeliling Namun kawan Budu selalu tanya Macam mana kau boleh MOVE ON Move on da...
Gadis Ayu Dalam Gambar Perkahwinan Viral Kini Sah Menjadi Isteri Dulang Boy

Gadis Ayu Dalam Gambar Perkahwinan Viral Kini Sah Menjadi Isteri Dulang Boy

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 596 hits
Jodoh itu ketentuan Allah sehebat mana kita merancang kalau tiada jodoh pasti tidak bersama Namun kadang kadang tanpa kita sangka jodoh ada dekat kita tidak perlu mencari jauh kerana Dia permudahkan perjalanan tersebut We got married Hi hus...
Apakah Ini Cubaan Halus Ahli Parlimen Dap Menyerang Institusi Diraja Johor

Apakah Ini Cubaan Halus Ahli Parlimen Dap Menyerang Institusi Diraja Johor

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 277 hits
Pemuda Bersatu Johor menggesa Menteri Besar Pengerusi Bersatu dan DAP Johor menegur Anggota Parlimen Labis Pang Hok Liong berikutan soalannya terhadap terhadap status pendaftaran kenderaan oleh kerabat diraja Johor di parlimen semalam Kata ...
Solidariti Wan Ji Mengguris Institusi Diraja

Solidariti Wan Ji Mengguris Institusi Diraja

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 199 hits
NURUL AMIN HAMID DEWAN Pemuda PAS Negeri Kedah menyeru kepada semua pihak agar menghentikan segera sebarang bentuk solidariti terhadap Wan Ji Wan Hussain telah absahkan hukuman yang disabitkan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ditambah hukuman d...
Ternganga Pemimpin Parti Lebai Apabila Hujahnya Di Patah Oleh Mufti Perlis

Ternganga Pemimpin Parti Lebai Apabila Hujahnya Di Patah Oleh Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 285 hits
Benarkah Islam tak benarkan isytihar harta Dr Mohd Asri Zainul Abidin Beberapa wartawan rakyat Malaysia Muslim dan bukan Muslim bertanya saya apakah benar dakwaan yang menyatakan Nabi SAW tidak membenarkan orang politik mengistiharkan harta...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Evolution Of Adult Entertainment

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Mentafsir Pilihan Raya Kecil Kkb

Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman