Benarkah Ada Tuntutan Syarak Untuk Membela Kucing



SOALAN:
Adakah dalam mana-mana surah Al-Quran menyatakan tentang keperluan membela kucing atau pun tentang kucing? Kedua, salahkah jika saya tidak suka pada kucing kerana bulu-bulu yang akan menjejaskan kawasan dalam rumah dan menghalaunya keluar dari rumah tanpa menyakiti mahupun mengasari? Namun saya tetap memberinya makan di luar dari kawasan rumah.

JAWAPAN:
Secara umumnya, hukum asal memelihara atau membela kucing adalah harus. Ini berdasarkan kaedah fekah yang masyhur:

الأَصْلُ فِي الأشْيَاءِ الإبَاحَة
“Hukum asal bagi setiap perkara adalah harus.”

Oleh yang demikian, sesiapa yang meneliti akan maksud keharusan hukum, maka dia akan jelas bahawa syarak tidaklah menuntutnya untuk melakukan atau melarangnya dari melakukan, namun syarak memberinya pilihan sama ada untuk buat ataupun meninggalkannya.

Justeru, dalam isu membela kucing ini tidak terdapat nas daripada syarak yang menyuruh seseorang itu membelanya, begitu juga tidak terdapat larangan syarak ke atas perbuatan tersebut. Maka ia kembali kepada hukum asal iaitu keharusan.

Meskipun begitu, jika dilihat kepada sirah para sahabat maka kita dapat melihat bahawa ada seorang sahabat yang terkenal memelihara dan menjaga kucing iaitu Abu Hurairah R.A. Bahkan terdapat sebuah riwayat daripada ‘Ubaidillah bin Abi Rafi’ beliau berkata:

قلتُ لأبِي هُريرَةَ: لِمَ كنيتَ بِأبِي هُرَيرَة؟ قال: كنْتُ أرْعَى غَنَمَ أهْلِي، وكَانَتْ لِي هرة صَغِيرَة، فكنتُ أضَعها بِالليلِ فِي شَجَرة، وَإذَا كَانَ النَّهَار ذهَبْتُ بِهَا مَعِي، فلعبتُ بِهَا فكنوني أبَا هُرَيرَة
Aku bertanya kepada Abu Hurairah: “Mengapakah kamu berkuniyah dengan Abu Hurairah?” Lalu beliau menjawab: “Aku dahulu memelihara kambing milik keluargaku, dan aku dahulu memiliki seekor anak kucing yang kecil. Pada waktu malam aku meletaknya di sepohon pokok dan apabila waktu siang aku membawanya bersama denganku kemudian aku bermain dengannya, maka orang ramai memberi kuniyah kepadaku sebagai Abu Hurairah.” [Rujuk: Al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah, Ibn Hajar (7/349)]

Maka riwayat di atas jelas menunjukkan bahawa Abu Hurairah memiliki dan membela kucing, yang terbina di atas keharusan melakukan perkara tersebut. Meskipun hukum membela dan memelihara kucing adalah harus, namun perlu diketahui bahawa hukum berbuat ihsan kepada haiwan termasuk dalam perkara yang wajib. Ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‏ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ
“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu.” [Riwayat Muslim (1955)]

Imam Ibn Rajab al-Hanbali menyatakan bahawa dalam satu riwayat yang lain, hadith ini datang dengan sebutan عَلَى كُلِّ خَلْقٍyang membawa maksud wajib berbuat ihsan kepada kesemua makhluk. Maka tuntutan ini meliputi berbuat ihsan kepada manusia, tumbuhan, serta haiwan.

Justeru apabila kita menyatakan bahawa hukum berbuat ihsan dengan haiwan adalah wajib, maka menyakiti dan berbuat kezaliman kepada haiwan-haiwan tanpa sebarang yang dibenarkan oleh syarak adalah haram hukumnya. Bahkan pengabaian dalam hal ini boleh menyebabkan seseorang itu ditempatkan ke dalam neraka. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah bin ‘Umar R.A. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

عُذِّبَتِ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ حَبَسَتْهَا، حَتَّى مَاتَتْ جُوعًا، فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ
“Seorang perempuan diazab disebabkan seekor kucing yang dia kurung sehingga ia mati kelaparan. Maka wanita tersebut masuk ke dalam neraka disebabkannya.”

Beberapa perbuatan zalim yang dilakukan oleh perempuan ini kepada kucing tersebut disebutkan di dalam sambungan hadith di atas iaitu dikatakan kepadanya:

لاَ أَنْتِ أَطْعَمْتِهَا وَلاَ سَقَيْتِهَا حِينَ حَبَسْتِيهَا، وَلاَ أَنْتِ أَرْسَلْتِيهَا فَأَكَلَتْ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ
“Kamu tidak memberi makan dan minum kepadanya ketika kamu mengurungnya. Begitu juga kamu tidak melepaskannya sehingga dia boleh makan serangga yang berada di tanah.” [Riwayat Al-Bukhari (2365)]

Penutup

Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa secara asasnya tidak terdapat nas daripada Al-Quran yang menyuruh atau melarang membela kucing. Maka hukum membela kucing adalah harus. Berlaku ihsan kepadanya adalah wajib dan menyakitinya adalah haram. Oleh itu, seseorang bebas memilih sama ada untuk membela kucing atau tidak membelanya. Begitu juga tidak ada masalah untuk seseorang menghalau kucing dari kawasan rumahnya dengan syarat tidak menyakiti dengan menendang, melempar, atau apa-apa cara yang memudaratkan haiwan tersebut.

Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah SWT agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/benarkah-ada-tuntutan-syarak-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Empat2 Kaki Dipotong Mulut Pula Dikerat Kucing Ditemui Mati Dalam Keadaan Ngeri

Empat2 Kaki Dipotong Mulut Pula Dikerat Kucing Ditemui Mati Dalam Keadaan Ngeri

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 427 hits
Dalam dunia ini bukan hanya manusia sahaja yang memerlukan tempat untuk hidup dan nbsp berlindung Hal ini kerana haiwan dan juga tumbuh tumbuhan turut berhak mendapat bahagian yang sama rata Namun ada juga manusia yang masih bersikap kejam ...
Landak 1 Peluang Jana Ekonomi Ternaknya Semudah Bela Kucing Di Rumah

Landak 1 Peluang Jana Ekonomi Ternaknya Semudah Bela Kucing Di Rumah

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 555 hits
Seorang penternak landak menunjukkan landak raya yang diternak secara komersial di rumahnya Catatan Santai Ibnu Hasyim RAYA Cina ni kamu ke mana Datanglah tempat aku aku nak perkenalkan daging landak kepadamu Dikatakan daging landak boleh m...
Ya Allah Seksa Tengok Gambar Ni Kucing Mati 4 Kaki Dipotong Kepalanya Hancur

Ya Allah Seksa Tengok Gambar Ni Kucing Mati 4 Kaki Dipotong Kepalanya Hancur

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 1280 hits
Penemuan bangkai seekor kucing yang dalam keadaan tidak sempurna mengemparkan warganet yang menyifatkan perbuatan pelaku adalah terlalu kejam dan zalim Persatuan Haiwan Malaysia semalam berkongsi beberapa gambar penemuan seekor kucing yang ...
Bestnya Kalau Kucing Pandai Buat Kerja Ni

Bestnya Kalau Kucing Pandai Buat Kerja Ni

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 352 hits
Kucing adalah haiwan yang paling rapat dengan manusia Kucing perlukan manusia untuk terus hidup dengan meminta makanan dari manusia Dan kucing juga membantu manusia yang memeliharanya dengan menangkap haiwan haiwan bisa di sekitar rumah Tap...
Pelaku Dicari Bangkai Kucing Ditemui Dengan Kaki Tangan Dikerat Muncung Dipotong

Pelaku Dicari Bangkai Kucing Ditemui Dengan Kaki Tangan Dikerat Muncung Dipotong

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 486 hits
Sikap kucing yang manja sememangnya boleh menambat hati ramai sehingga ada yang sanggup berhabis wang ringgit untuk menjaga kucing kesayangan mereka Di sebalik pengorbanan oleh kebanyakan orang masih ada segelintir manusia yang bertindak ke...
Susu Kambing Parie Pilihan Terbaik Buat Kucing Comel Anda

Susu Kambing Parie Pilihan Terbaik Buat Kucing Comel Anda

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 745 hits
Susu Kambing Parie Terbaik Untuk Semua Jenis Kucing Siapa yang kenal mama pasti tahu mama seorang yang sangat suka dan sayangkan kucing Sebabkan sayang dan kasihnya kepada kucing mama tak boleh tengok haiwan berkenaan terbiar di jalanan dal...
Semalam Elok Je Dia Datang Main Kejam Kucing Mati Akibat 2 Kakinya Dipotong Individu Tidak Berhati Perut

Semalam Elok Je Dia Datang Main Kejam Kucing Mati Akibat 2 Kakinya Dipotong Individu Tidak Berhati Perut

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 432 hits
Sabtu lalu seekor kucing ditemui dalam keadaan cedera parah akibat dua kaki depannya dipotong oleh individu yang tidak berhati perut Menurut Nz Garage kucing putih itu semalam berada dalam keadaan sempurna ketika bermain dengannya dan terke...
Hanya Menggunakan Kopi Panas Lelaki Ini Selamatkan 3 Anak Kucing Dari Beku Salji

Hanya Menggunakan Kopi Panas Lelaki Ini Selamatkan 3 Anak Kucing Dari Beku Salji

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 301 hits
Siapa sangka dengan menggunakan air kopi je boleh menyelamatkan nyawa Ohmedia bukan nak cakap minum kopi tu boleh menyelamatkan nyawa tau tetapi dengan hanya tuang air kopi je gais Alhamdulillah masih ada insan yang baik hati datang menolon...
Merayu Minta Selamatkan Anak Pemuda Punggah Sampah Jadi Hero Ibu Kucing

Merayu Minta Selamatkan Anak Pemuda Punggah Sampah Jadi Hero Ibu Kucing

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 296 hits
Kucing merupakan antara haiwan yang menjadi peliharaan sesetengah individu di rumah Sifat manja dan tidak takut dengan manusia membuatkan haiwan comel ini disenangi tinggal dalam persekitaran orang awam Namun bukan semua kucing bernasib bai...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik