Benar Saya Dan Pu Abu Sudah Berpisah Hana Azraa


PU Abu (kiri) dan Hana Azraa kini sudah berpisah
TEKA-teki krisis rumah tangga bekas peserta program Pencetus Ummah (PU), Abu Sufyan dengan Hana Azraa akhirnya terungkai apabila Hana tampil mendedahkan mereka sudah berpisah.

 Hana menerusi Instagram miliknya tampil membuat penjelasan dan menjawab segala spekulasi mengenai status hubungannya dengan Abu.

 “Di sini, saya perjelaskan untuk semua supaya tiada lagi tanda tanya dan sebarang spekulasi serta manipulasi daripada mana-mana pihak.

 "Pertama sekali, benar saya dan Abu Sufyan sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan. Kami tidak lagi tinggal sebumbung dan kami bukan lagi suami isteri.  “Andai keluar dari mulut dia bahawa kami masih suami isteri, saya tak tahu kenapa kerana apa yang pasti dia tahu apa yang berlaku dan setiap perkataan yang diucap keluar daripada mulutnya," katanya. Menurut Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir, dia juga memohon supaya segala isu berkaitan Abu ditanyakan terus kepada empunya badan termasuk hubungan bekas suaminya itu dengan mana-mana wanita lain.

 "Berhenti bertanyakan kepada saya soal hubungan Abu dengan mana-mana wanita. Sama ada wanita itu berstatus isteri beliau ataupun tidak, sila bertanyakan terus kepada tuan empunya badan," katanya.
 Dalam masa sama, Hana enggan membuka mulut mengenai punca utama perceraian mereka sebaliknya menganggap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.


“Kenapa, mengapa, bila, bagaimana mengenai berakhirnya urusan rumah tangga kami, saya tidak akan bercerita. Cukup semua tahu dan harapnya sesetengah pihak berhenti membuat provokasi di mesej peribadi.  “Apapun yang terjadi, semoga ada hikmah yang terbaik untuk kita semua. Insya-Allah, saya yakin ada hikmah buat saya dan anak-anak terutamanya,” katanya. 
 Hana dan Abu mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari.

 Sebelum itu, Abu pernah mendirikan rumah tangga bersama Ain 'Afini namun hubungan mereka terlerai pada 16 Mei 2019 apabila diceraikan dengan talak dua.

 Hana juga pernah mendirikan rumah tangga sebelum perkahwinan bersama Abu.

Menerusi perkahwinan pertamanya itu, dia dikurniakan seorang anak perempuan, Afifah Aisyah yang kini berusia empat tahun.

 -myMetro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://carianpanas.blogspot.com/2020/04/benar-saya-dan-pu-abu-sudah-berpisah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kami Bukan Lagi Suami Isteri Hana Azraa Mengaku Berpisah Dengan Pu Abu

Kami Bukan Lagi Suami Isteri Hana Azraa Mengaku Berpisah Dengan Pu Abu

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 335 hits
Teka teki mengenai pergolakan rumah tangga Pencetus Ummah Abu akhirnya terjawab apabila Hana Azraa mendedahkan mereka sudah berpisah Hana membuat pendedahan itu menerusi akaun Instagramnya semalam bagi membersihkan namanya yang turut terpal...
Tentera Mengambil Alih Tugas Polis Itu Tidak Benar Sama Sekali Menteri Pertahanan

Tentera Mengambil Alih Tugas Polis Itu Tidak Benar Sama Sekali Menteri Pertahanan

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 317 hits
Tugas polis dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan pada hari kelima akan diambil alih oleh tentera adalah tidak benar sama sekali Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan Ismail Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seperti memetik Mal...
Who Menjawab Dakwaan Tidak Benar Tentang Covid19

Who Menjawab Dakwaan Tidak Benar Tentang Covid19

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 353 hits
Cikgu Hijau muncul kembali setelah agak lama menyepikan diri Bersempena dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac 2020 yang lalu akibat wabak pandemik COVID19 rakyat Malaysia banyak meluangkan masa berada di rumah terma...
Dikecam Main Tiktok Pu Abu Harap Sempat Bertaubat

Dikecam Main Tiktok Pu Abu Harap Sempat Bertaubat

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 280 hits
Nampaknya satu demi satu kontroversi terpalit pendakwah bebas Pencetus Ummah Abu Abu Terbaru tindakan PU Abu memuat naik video menari TikTok The post appeared first on
Pemerintah Social Distancing Cara Paling Benar Cegah Penularan Corona

Pemerintah Social Distancing Cara Paling Benar Cegah Penularan Corona

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 232 hits
Juru Bicara Pemerintah Untuk Penanganan Virus Corona atau Covid 19 Ahmad Yurianto kembali mengingatkan mudahnya virus mematikan tersebut menular ke orang lain Hanya dengan droplet alias percikan air liur yang keluar dari mulut orang yang te...
Tidak Benar China Derma 10 Juta Topeng Putrajaya Jual Pada Harga Siling Kata Wee

Tidak Benar China Derma 10 Juta Topeng Putrajaya Jual Pada Harga Siling Kata Wee

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 284 hits
PETALING JAYA Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong mengkritik pemimpin politik yang memutarbelitkan fakta kononnya China menderma 10 juta topeng dan Putrajaya pula menjualnya pada harga siling melalui Pharmaniaga Wee berkata perbuatan fitnah p...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Sarapan Mi Sedaap Goreng Mudah Dan Cepat Siap

So What Will You Be Calling For Next A Ban On Cigarettes Alcohol And Kapcais

Kakitangan Kerajaan Dapat Cuti Kahwin 10 Hari Gaji Penuh

Cara Memasak Telur Separuh Masak

Importance Of Mobile Phones In Our Life

Akhir Sebuah Penipuan Cinta Kisah Benar Seorang Love Scammer Yang Terbongkar

The Science Behind Thermitight A Safe Path To Firmer Youthful Skin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Ayam Gunting Di Pasar Petang Khamis

Saya Tak Akan Maafkan Pelajar Tingkatan Satu Maut Jatuh Asrama

Silap Faham Nak Parking Kereta

Dropship Tudung Malaysia Cara Mudah Buat Duit Tanpa Modal

Penat Tapi Berbaloi

Saat Berita Duka Menyentuh Jiwa