Benar 38 Jenis Perniagaan Beroperasi Ketika Pkp Elak Lebih Ramai Hilang Kerja


BERNAMA NANTA Linggi ketika merasmikan Program Jualan Prihatin Raya Tawarkan Barangan Keperluan Raya Pada "Harga Runtuh" Untuk Komuniti Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah Putrajaya: Keputusan kerajaan membenarkan 38 jenis perniagaan termasuk bukan 'essential' beroperasi semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertujuan memastikan kelangsungan perniagaan dan mengelakkan lebih ramai kehilangan pekerjaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata, walaupun ada perniagaan bukan 'essential', ia perlu dibenarkan terus beroperasi supaya pekerja mereka mendapat upah atau gaji untuk menyara kehidupan.
"Walaupun kedai perabot itu bukan essential, jika kita tidak benarkan mereka beroperasi ia akan menjejaskan perniagaan itu dan secara tidak langsung nasib pekerja mereka juga akan terkesan.
"Kedai barang kemas itu mungkin bukan essential tetapi pekerjaan essential kepada pekerja kerana mereka memerlukan gaji untuk menyara kos hidup mereka dan sebagainya, dan lebih-lebih lagi sekarang ini kita nak menyambut perayaan.
"Sebab itu selepas kami memikirkan sedalam-dalamnya, kami harus melihat dari sudut memastikan kelangsungan perniagaan," katanya kepada media selepas melancarkan Program Jualan Prihatin Raya, di sini hari ini.
Nanta berkata, tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi dalam kalangan sektor perdagangan pengedaran juga faktor utama kerajaan membenarkan sektor itu terus beroperasi semasa PKP.
Menurutnya, daripada 528,581 premis yang diperiksa hingga 5 Mei lepas, 98.36 peratus atau 520,028 patuh pada SOP, 597 premis atau 0.11 peratus diberi amaran dan hanya 178 premis atau 0.03 peratus dikenakan kompaun.
"Yang penting dari tahun lalu hingga sekarang, kita dapati ada kepatuhan kepada SOP yang amat tinggi dalam kalangan sektor perdagangan pengedaran dan sebab itu kami membenarkan 38 jenis perniagaan beroperasi," katanya.
Semalam, KPDNHEP mengumumkan sektor perdagangan pengedaran seperti peruncitan, pemborongan dan pengedaran boleh beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.
Antara jenis perniagaan yang dibenarkan ialah kedai antik, kedai buku dan alat tulis, kedai bunga atau nurseri, kedai peralatan sukan dan kedai tembakau.
Kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP di beberapa daerah di Selangor bermula 6 hingga 17 Mei depan, manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta beberapa daerah dan mukim di Terengganu, Johor dan Perak pula dikenakan PKP bermula 7 hingga 20 Mei ini.
Mengenai Jualan Prihatin Raya, Nanta berkata, kementerian mengadakan kerjasama strategik dengan beberapa syarikat pembekal utama untuk menawarkan barangan keperluan pada harga yang sangat berpatutan dan jauh lebih rendah daripada harga pasaran.
Antara barangan yang dijual pada program itu ialah ayam, telur, ikan, gula, minyak masak, tepung, beras, sayur-sayuran dan pelbagai jenis barangan keperluan yang lain.
"Pada jualan ini, ayam seekor dijual dengan harga RM8 manakala minyak masak paket sekilogram pula dijual dengan harga RM2 sepaket, ini menunjukkan memang harga itu lebih murah daripada pasaran," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/benar-38-jenis-perniagaan-beroperasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 513 hits
HAMZAH RIE NADS Anwar pernah meminta bapanya memulangkan kembali pemberian tanah beribu ekar di Sabah kerana tidak mahu pemberian tanah tersebut kerana beliau ketika itu berjawatan Timbalan Perdana Menteri Anwar tidak mahu amalan kronisme m...
Pkp 3 0 Lebih Ramai Kerja Dari Rumah Waktu Operasi Perniagaan Dihad

Pkp 3 0 Lebih Ramai Kerja Dari Rumah Waktu Operasi Perniagaan Dihad

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 280 hits
KONGSI ARTIKEL PUTRAJAYA Sekatan tambahan bagi mengetatkan prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 akan dibuat melalui dua strategi iaitu arahan bekerja dari rumah serta mengehadkan waktu operasi perniagaan
Tempoh Pkp 3 0 Mungkin Lebih Panjang Kerajaan Pn Pimpinan Mahiaddin Buat Dua Kesilapan Najib

Tempoh Pkp 3 0 Mungkin Lebih Panjang Kerajaan Pn Pimpinan Mahiaddin Buat Dua Kesilapan Najib

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 312 hits
Tempoh bagi PKP 3 0 ini mungkin akan jauh lagi panjang berbanding PKP 1 0 dan PKP 2 0 Ini pasti jika mengikut segala logik sains dan data sebab 1 keadaan sekarang adalah jauh lebih kritikal berbanding masa darurat PKP 2 0 diumumkan bilangan...
Resepi Dengan 3 Bahan Mudah Untuk Juadah Bujang Atau Berkeluarga Ketika Aidilfitri Semasa Pkp

Resepi Dengan 3 Bahan Mudah Untuk Juadah Bujang Atau Berkeluarga Ketika Aidilfitri Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 296 hits
Dengan adanya PKP sambutan hari raya tahun ini mencabar buat semua orang dalam pelbagai segi Ada yang menyambut perayaan di rumah bersama keluarga tersayang dan ada juga yang bersendiri di perantauan Walau bagaimanapun jangan jadikan ianya ...
Penjawat Awam Umum Sokongan Terhadap Israel Positif Dadah Jenis Morfin Ketika Merakam Memuat Naik Video Tersebut

Penjawat Awam Umum Sokongan Terhadap Israel Positif Dadah Jenis Morfin Ketika Merakam Memuat Naik Video Tersebut

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 521 hits
Penjawat awam umum sokongan terhadap Israel positif dadah jenis morfin ketika merakam memuat naik video tersebutSeorang penjawat awam di Melaka yang mengumumkan sokongannya terhadap Israel secara terbuka dalam video dimuat naik di media sos...
Hiburan Naim Daniel Nasihat Instafamous Dan Selebriti Untuk Lebih Sensitif Ketika Musim Pandemik

Hiburan Naim Daniel Nasihat Instafamous Dan Selebriti Untuk Lebih Sensitif Ketika Musim Pandemik

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 381 hits
Naim Daniel 23 menasihati segelintir Instafamous mahupun selebriti yang suka berkongsi foto atau aktiviti mereka di media sosial untuk lebih sensitif dengan keadaan sekeliling dan tidak menaikkan kemarahan orang lain ketika musim pandemik i...
Hubungan Seks Jadi Lebih Baik Jika Suami Isteri Kongsi Kerja Rumah

Hubungan Seks Jadi Lebih Baik Jika Suami Isteri Kongsi Kerja Rumah

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 256 hits
Pasangan suami isteri yang bahagia dikatakan mempunyai hubungan kelamin lebih seksi dan hangat Malah hubungan seks suami isteri juga jika dijaga dengan baik mampu membuatkan pasangan tampak lebih muda dan bertenaga Jika anda perasan ada ses...
Rina Perlu Teliti Elak Lebih Banyak Warga Emas Mati Akibat Covid

Rina Perlu Teliti Elak Lebih Banyak Warga Emas Mati Akibat Covid

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 363 hits
Klip video Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Rina Harun yang berlakon sebagai penghantar makanan ke rumah seorang warga emas terus mendapat kecaman warga net Selain isu itu kecaman juga tertumpu kepada ketidakpekaan R...
Telefon Pintar Rahmat Atau Bencana Ketika Pkp Raya

Telefon Pintar Rahmat Atau Bencana Ketika Pkp Raya

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 342 hits
Walaupun peranti pintar tidak lagi boleh dielak dalam era digital ketika ini namun penggunaan melampau boleh menjejaskan perkembangan fizikal mental sosial dan psikologi seseorang Kanak kanak lebih gemar menggunakan peranti pintar daripada ...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Christmas From The Manger To The Margins

Walimatul Urus Majlis Bertaut Kaseh Uzair Izzati

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration