Belum Jana Pendapatan Lagi
Banyak keluhan yang saya dengar terutama dari orang-orang yang baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan contohnya seperti ini “Saya dah hampir berputus asa. Sebab saya masih lagi belum menjana apa-apa pendapatan pun lagi..” Soalnya kita berniaga apa? Di mana tempat kita promosikan produk? Siapa sasaran pelanggan kita? Berapa banyak dah usaha untuk membuatkan orang lain membeli dari kita? Ada banyak lagi perkara-perkara yang kita perlu fikirkan.
Cuba kita fikirkan bagaimana kita dapat menjualkan produk kita dan kita memperolehi keuntungan darinya. Adakah sesuai kita menjual apam balik di internet? Boleh sahaja tapi kita tak boleh jual apam balik kerana ia kurang sesuai buat masa ini. Apa yang kita boleh jual adalah perkara yang berkaitan dengan apam balik itu sendiri seperti jual ebook cara-cara buat apam balik yang sedap ke, menjual bahan-bahan membuat apam balik ke atau laporan kebaikan untuk kesihatan sekiranya kita makan apam balik dan banyak lagi selagi kita kreatif untuk mempelbagaikannya.
Kita perlu pantas membuat tindakan. Anggaplah ini sahaja punca pendapatan kita. Jika kita tidak berjaya membuat jualan kita akan miss soru..
Analoginya kita andaikan kita adalah pemain bolasepak. Anggapkan bola sebagai satu objek penting untuk kita capai matlamat. Kita anggap bola adalah wang. Kita harus kejar dan dapatkan bola itu. Strategi kita adalah untuk menjaringkan gol. Apa yang perlu kita buat adalah bagaimana kita dapat menjaringkan gol sedangkan masa untuk kita sangat terbatas selain mempertahankan gol kita dari dibolosi lawan. Saya buat analogi ini kerana ramai dari kita minat menonton atau bermain bola sepak. Jom lihat perbandingan di bawah :
Dapatkan wang untuk modal >>> Laburkan untuk ilmu dan bisnes >>> Dapatkan model bisnes >>> Kenal pasti pelanggan sasaran dan lokasi yang sesuai >>> Bina bisnes >>> Promosi dan sediakan cara bayaran dan lain-lain berkaitan >>> Untung >>> Uruskan kewangan dengan baik.
Bola >>> Berlatih >>> Membuat menyusun strategi sebelum perlawanan dari kekuatan yang ada >>> Mengkaji dan mengetahui kelemahan lawan dan ikut seperti apa yang dirancangkan >>> Bermain dalam perlawanan sebenar >>> Serangan ke kubu lawan >>> Menjaringkan gol >>> Bertahan dan sediakan strategi untuk memulakan serangan yang lain.
Secara ringkasnya begitulah untuk mendapatkan pendapatan dari perniagaan. Kini kita sudah tidak boleh mengikuti strategi permainan dahulu. Pemain bolasepak sekarang pantas. Jika kita bermain dengan corak yang sama dan suka simpan bola lama di kaki, bola akan dirampas pemain lain. Dan kita terpaksa mengejar semula bola itu. Maksudnya modal kita juga tidak boleh dibiarkan lama-lama. Niat untuk berniaga, jadi cepat-cepat teruskan usaha. Jika dibiarkan modal itu, lama-lama akan habis kerana secara tidak sedar, kita akan terpakai sendiri modal tersebut.
Apa lagi tips untuk menjana pendapatan? Ya, sudah pasti kita terlebih dahulu tahu apa yang kita ingin niagakan. Bila sudah ada atau kenal pasti bentuk model bisnes kita..Ramaikan kawan yang baik. Samada dari orang-orang bisnes atau orang-orang awam dan selalu berhubung dengan baik dengan mereka.Mulut nak kena ringan untuk promosi bisnes sendiri. Promosi bisnes kita – sediakan kad bisnes dan tanya pendapat rakan.Fikir bagaimana produk ini boleh terjual dan bagaimana dapat meluaskan lagi pasaran.Carilah orang yang lapar dan berikanlah makanan kepada mereka. Bermaksud, merujuk kepada permintaan orang lain sebagai pelanggan kita. Promosi kepada pelanggan sasaran kita ini. Rajin berusahaKreatif. Pupuk kreativiti bagi menjana pendapatan.Rasanya sampai di sini sahaja dahulu tips dari saya semoga ia bermanfaat. Adios..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.hairizal.com/2011/10/belum-jana-pendapatan-lagi.html