Belum Ada Jemputan Rasmi Pertemuan Agong Pemimpin Utama Parti Politik Mungkin Sekadar Khabar Angin


 
FMT Reporters -June 7, 2021 Presiden MIC, S A Vigneswaran, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MCA Wee Ka Siong masing-masing belum menerima sebarang jemputan rasmi. (Gambar Facebook UMNO)PUTRAJAYA: Dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong akan memanggil presiden parti utama menghadap dalam masa terdekat bagi membincangkan isu penamatan proklamasi darurat mungkin sekadar ‘khabar angin’ semata-mata berikutan ramai pemimpin terbabit belum menerima sebarang jemputan rasmi daripada Istana Negara untuk berbuat demikian.
Ini terbukti apabila sehingga kini Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi belum menerima sebarang surat jemputan rasmi untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi membincangkan keperluan menamatkan proklamasi darurat dalam tempoh terdekat.
Sumber memberitahu FMT, sehingga kini Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Ahli Parlimen Bagan Datoh itu belum menerima sebarang jemputan dari Istana Negara.
Begitu juga dimaklumkan Presiden MIC, S A Vigneswaran ketika dihubungi.
“Tiada. Mungkin jemputan berkenaan hanya membabitkan parti utama sahaja,” ringkasnya ketika dihubungi hari ini.
Seorang pegawai khas Presiden MCA, pula mengesahkan sehingga kini Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong belum menerima jemputan seumpama itu.
Sementara itu, Presiden Gerakan, Dominic Lau Hoe Chai yang turut mengesahkan belum menerima sebarang jemputan seumpama itu percaya perkara itu hanyalah khabar angin dan polemik sengaja ditimbulkan pihak tertentu untuk memberi tekanan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.
“Pada saya tiada keperluan untuk kita mempolemikkan soal keperluan persidangan Parlimen kerana apa yang penting sekarang ialah semua pihak termasuk orang politik perlu berganding bahu bagi mengawal kadar jangkitan dan kematian penularan Covid-19, sekali gus menyelamatkan nyawa rakyat.
“Sudah tiba masanya semua parti dan pemimpin politik berhenti berbalah demi kepentingan peribadi dan memberi fokus 100% kepada usaha membantu rakyat yang terkesan pandemik Covid-19.
“Inilah masanya kita menggerakkan seluruh jentera parti untuk turun ke peringkat akar umbi untuk mengenal pasti rakyat terjejas akibat Covid-19 dan menghulurkan bantuan sewajarnya kepada mereka,” katanya.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan Yang di-Pertuan Agong akan bertemu dengan pemimpin-pemimpin parti politik utama di negara ini pada 9 hingga 11 Jun 2021.
Menurut beberapa sumber, Yang di-Pertuan Agong dijangka bertemu Presiden Bersatu yang juga Perdana Menteri dalam sesi pertama, diikuti parti-parti lain yang mempunyai perwakilan dalam Dewan Rakyat.
Bagaimanapun sumber tersebut menyatakan ia hanyalah pertemuan bagi mendapat pandangan dan tiada sebarang perencanaan perubahan kerajaan darurat dalam masa terdekat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/belum-ada-jemputan-rasmi-pertemuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Agong Titah Menghadap Semua Ketua Parti Politik Utama

Terkini Agong Titah Menghadap Semua Ketua Parti Politik Utama

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 424 hits
June 7 2021 SuaraTV difahamkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong XVI Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah dijangka akan bertemu d...
Khabar Angin Penceraian Bertiup Kencang Agensi Jun Jihyun Beri Kenyataan Rasmi

Khabar Angin Penceraian Bertiup Kencang Agensi Jun Jihyun Beri Kenyataan Rasmi

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 249 hits
Disebabkan khabar angin mula berterbangan mengenai perkahwinan Jun Ji hyun dan suami yang dikatakan retak dan hanya menanti belah ramai yang mahu mendapatkan kepastian daripada pelakon itu sendiri Jelas agensi Jun Ji hyun Kami ingin memberi...
Hak Agong Panggil Mana Mana Pemimpin Politik Dr Mahathir

Hak Agong Panggil Mana Mana Pemimpin Politik Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 195 hits
KUALA LUMPUR Adalah menjadi hak Yang di Pertuan Agong untuk memanggil mana mana pemimpin politik mengikut keperluan bagi mendapatkan pandangan berkaitan keadaan semasa negara kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Pengerusi Pena...
Rentasan 904 Panas Agenda Perjumpaan Ketua Ketua Parti Politik Bers

Rentasan 904 Panas Agenda Perjumpaan Ketua Ketua Parti Politik Bers

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 203 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9041 MENGHADAP AGONG ANWAR TIDAK MENANGGUK DI AIR KERUH 2 MENTERI PASOLA CAP AYAM MENGECEWAKAN RAKYAT 3 PAS HANYA TAHU MENUMPANG KASIH
Pertemuan Agong Pkr Akan Desak Naikkan Anwar Sebagai Pm9 Dan Adakan Pru15

Pertemuan Agong Pkr Akan Desak Naikkan Anwar Sebagai Pm9 Dan Adakan Pru15

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 276 hits
Misi Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diangkat sebagai Perdana Menteri baharu mungkin menemui sinarnya apabila parti itu dijadualkan menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah dalam ma...
Mengimbau Bagaimana Parti Politik Memperlekehkan Institusi Raja

Mengimbau Bagaimana Parti Politik Memperlekehkan Institusi Raja

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 227 hits
HAMDAN TAHAAsalamualaikum kepada sahabat Ada yang minta saya ulas isu berkait dengan raja raja melayu dan Yang di petuan Agung apabila ada seorang lelaki di tangkap dan di siasat kerana di katakan menghina raja raja dan Agung Orang yang di ...
Bom Jangka Mula Meledak Krisis Kewangan Jepun Lebih Teruk Daripada Greece

What Are The Benefits Of Custard Apples Or Nona

Sumbangan Gamuda Dalam Industri Kereta Api

Uk S Royal Society Welcomes First Malaysian Based Scientist

Program Wacana Manuskrip Melayu Rahsia Keagungan Cap Mohor Manuskrip Melayu

Malang Tidak Berbau

Membangun Syaja Ah Dalam Kehidupan

Resepi Sambal Kering Peparu Rangup Pedas Lauk Padu Nasi Lemak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Healing Usia Kita Lain Macam Trip Percutian Sheila Rusly Bersama Bff Ramai Tag Kawan Ajak Plan Sama

Perbedaan Karakteristik Pengguna Media Sosial Instagram Tiktok Twitter Dan Facebook

Bagaimana Pencipta Kandungan Kekal On Trend Tanpa Berbelanja Besar

Hampir 3 000 Kura Kura Berjaya Diseludup Dari Klia Pelik Macamana Pihak Berkuasa Malaysia Bekerja

Ni Saja Mampu Harap Cukuplah Buat Kejutan Untuk Isteri Prince Syed Beri Nafkah Bulanan Cash Rm125k

Lesen Memandu Malaysia Kini Berwajah Baru Tapi Bukan Untuk Semua