Belum 100 Hari Rina Harun Telah Gagal



Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun terbukti gagal melaksanakan tugasnya sebelum tempoh 100 hari penilaian prestasi yang ditetapkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkuatkuasa.
Menurut Ketua Wanita KEADILAN Malaysia, Fuziah Salleh, kegagalan Rina terbukti dalam ucapannya baru-baru ini yang meminta rakyat tidak menunggu pembentangan Rang Undang Undang (RUU) Ganguan Seksual tersebut di Parlimen.
“Rina sebelum ini di bawah potfolionya dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), berjanji untuk membentangkan Rang Undang-Undang Gangguan Seksual namun belum pun beberapa minggu di dalam jawatan yang sama di bawah pentadbiran PN 2.0, beliau telah pun membuat kenyataan yang menjurus kepada kegagalan menunaikan janji tersebut.
“Ucapan Rina di Sungai Pelek selepas penyampaian sumbangan dan Bakul Prihatin Negara pada 8 September lalu, di mana menyatakan tidak perlu tunggu RUU Gangguan Seksual dibentangkan adalah bukti beliau tidak layak menjadi anggota pentadbiran dalam badan eksekutif negara kerana gagal menggunakan kedudukan tersebut menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
“Rina ternyata gagal memahami kepentingan RUU Gangguan Seksual dan mengapa ia diperlukan untuk mengukuhkan undang-undang sedia ada, yang ketika ini didapati tidak mencukupi untuk menangani kes gangguan seksual secara berkesan,” katamya
Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, dalam hal gangguan seksual tidak cukup setakat mangsa membuat laporan polis.
Katanya, Rina seharusnya lebih memahami bahawa laporan polis hanyalah prosedur biasa dan sepatutnya Rina menggunakan kesempatan dalam ucapannya untuk menegaskan bahawa pemandiri perlu dilindungi melalui intervensi kaunseling trauma serta proses keadilan yang lebih efektif.
“Sekiranya Rina komited beliau seharusnya mengumumkan pada ketika itu juga bila RUU Gangguan Seksual akan dibentangkan di Parlimen dan bukan sekadar menyatakan pemandiri boleh buat laporan polis.
“Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini telah bertungkus-lumus membentangkan “road map” RUU Gangguan Seksual termasuk cadangan mewujudkan mekanisme perlindungan dan tribunal keadilan kepada pemandiri.
“Rina dalam hal ini perlu lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan kerana kenyataan beliau cukup tidak bertanggungjawab, serta membuktikan tiada kesungguhan membela nasib pemandiri gangguan seksual,” katanya.
Selain itu, tambah Fuziah, kerajaan juga perlu mengemukakan pelan menangani keganasan berasaskan gender termasuk memberikan tumpuan terhadap kes gangguan seksual dalam tempoh Pandemik Covid-19, dengan mengambil kira situasi semasa di mana kes gangguan seksual secara dalam talian dilaporkan terus meningkat dan memerlukan tindakan segera.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33024

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sudah Terbukti Gagal Buat Apa Bagi Tempoh 100 Hari

Sudah Terbukti Gagal Buat Apa Bagi Tempoh 100 Hari

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 315 hits
Ketua AMK Akmal Nasir menyifatkan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berhubung kabinet baharu adalah mendukacitakan kerana menganggapnya sebagai kabinet Perikatan Nasional kitar semula Beliau berkata Perdana Menteri telah me...
Jika Ismail Gagal 100 Hari Apakah Dia Akan Letak Jawatan Atau Bagi 100 Alasan Untuk Kekal Kuasa

Jika Ismail Gagal 100 Hari Apakah Dia Akan Letak Jawatan Atau Bagi 100 Alasan Untuk Kekal Kuasa

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 280 hits
Jangan lepaskan jawatan PM ITU satu yang pelik Hanya orang nyanyok seperti Mahathir sahaja yang akan lepaskan jawatan PM dengan mudah sebanyak dua kali
Anwar Bagaimana Nak Bukti Dalam 100 Hari Bila Gagal Selama 17 Bulan

Anwar Bagaimana Nak Bukti Dalam 100 Hari Bila Gagal Selama 17 Bulan

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 249 hits
Malaysiakini Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membidas pembentukan barisan kabinet oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang dilabelnya sebagai kabinet kitar semula Ini susulan pengumuman barisan kabinet pagi tadi yang hanya menyaksikan ...
Sudah Gagal 17 Bulan Mahu Buktikan Apa 100 Hari Anwar

Sudah Gagal 17 Bulan Mahu Buktikan Apa 100 Hari Anwar

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 237 hits
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membidas pembentukan barisan kabinet oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang dilabelnya sebagai kabinet kitar semula Ini susulan pengumuman barisan kabinet pagi tadi yang hanya menyaksikan lima menteri ...
100 Hari Ph Cadang 10 Asas Kpi Untuk Khairy Tangani Covid 19

100 Hari Ph Cadang 10 Asas Kpi Untuk Khairy Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 240 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE September 4 2021Jawatankuasa Kesihatan Pakatan Harapan mencadangkan 10 Indeks Prestasi Utama yang ketara untuk mengukur keberkesanan strategi Cari Uji Jejak Asing Sokong dan vaksinasi yang diambil oleh Kementerian Kes...
100 Hari Ismail Sabri Sengaja Bunuh Diri

100 Hari Ismail Sabri Sengaja Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 211 hits
SHAHBUDIN HUSINSebelum mengumumkan senarai kabinetnya pada Jumaat 27 Ogos lalu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mahu setiap menterinya membuktikan pencapaian awal mereka dalam tempoh 100 hari pertama menjalankan tugas Untuk itu katanya s...
Mma Harap Kj Mampu Atasi Isu Lama Kesihatan Dalam 100 Hari

Mma Harap Kj Mampu Atasi Isu Lama Kesihatan Dalam 100 Hari

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 220 hits
MALAYSIAKINI Persatuan Perubatan Malaysia menggesa Khairy Jamaluddin menyelesaikan masalah yang dihadapi bidang perubatan negara ini sejak sekian lama termasuk kurangnya jaminan keselamatan pekerjaan dihadapi doktor kontrak muda Dalam kenya...
Talkin Selepas 100 Hari

Talkin Selepas 100 Hari

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 260 hits
Kerajaan hari ini akan terus berkuasa walau dengan apa cara sekalipun semuanya halal takkan PAS bertindak di luar jangkaan Kompleks Mahkamah Ibu Pejabat Polis Daerah bangunan SPRM tetap fizikalnya gagah megah Sebagai rakyat tengok dan lihat...
Menteri Rina Harun Lembab Luluskan Ruu Anti Gangguan Seksual

Menteri Rina Harun Lembab Luluskan Ruu Anti Gangguan Seksual

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 438 hits
Jangkaan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun bahawa Rang Undang undang Anti Gangguan Seksual akan dibentang pada tahun ini tidak boleh diterima Menurut Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wani...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah