Bell Ngasri Ikon Ponteng Puasa Beraya Di Mekah



Bell Ngasri, ‘ikon ponteng puasa’ beraya di Mekah
SETIAP kali tibanya bulan Ramadan, pasti watak pelakon dan juga pelawak, Bell Ngasri sebagai Barkoba dalam filem 18 Puasa Di Kampong Pisang (18PDKP) menjadi sebutan kerana diingati sebagai ‘ikon’ ponteng puasa.
Bell sendiri secara peribadi mengakui sangat berterima kasih kepada arwah Mamat Khalid kerana mewujudkan satu watak khas untuknya sehingga melekat di hati penonton.
Meskipun watak Barkoba membawa sisi negatif iaitu seorang lelaki yang tidak berpuasa ketika bulan Ramadan, namun peranan itulah menjadi antara kenangan terindah antara dirinya dengan pengarah tersohor itu.
Ujar Bell atau nama lengkapnya Nasrizal Ngasri, 41, watak Barkoba dianggap sebagai satu penghargaan yang diberikan arwah kepadanya.
“Barkoba merupakan idea watak daripada arwah Mamat Khalid. Saya anggap watak tersebut sebagai satu penghargaan daripada beliau untuk saya.
“Sebenarnya bukan sahaja kepada saya, tetapi juga kepada pelakon-pelakon lain bawah arahannya. Arwah tahu untuk sesuaikan watak kepada orang-orang tertentu,” jelasnya.
Pelakon bertubuh kecil itu turut berkongsi kisah sebenar apabila memberitahu bahawa dia sebenarnya tidak terlibat dalam dua trilogi Puasa (16 dan 17 Puasa) sebagai Nasri sebelum watak tersebut dikembangkan menjadi Barkoba dalam 18PDKP.
“Kalau ikutkan dalam 16 Puasa saya tidak berlakon. Hanya nasib. Tiba-tiba rezeki berpihak pada saya. Alhamdulillah.
“Cerita 16 Puasa hanya eksperimen. Ketika ditawarkan berlakon dalam telefilem tersebut, saya terima tetapi tidak boleh ambil masa lama kerana terikat dengan komitmen lain. Nak dijadikan cerita, akhirnya saya ‘tersangkut’ sama,” katanya.
Berkongsi sedikit kenangan bersama Allahyarham Mamat, Bell menyifatkan arwah sebagai seorang seniman berbakat yang tiada gantinya.
Lebih mengharukan, Bell berkata, arwah sendiri pernah memberitahu berasa sangat ceria jika bersamanya.
“Arwah pernah beritahu bahawa saya antara orang yang boleh menceriakannya. Saya rasa amat dihargai.
“Saya sendiri sudah mengenali arwah sejak kecil. Malah sebelum arwah belum bergelar seorang pengarah lagi. Saya rindu sebenarnya,” getus Bell sayu.
Menyentuh sedikit tentang persiapan menyambut Aidilfitri nanti, Bell berkongsi rasa teruja apabila buat pertama kali akan menyambut hari raya di Mekah.
Ujarnya, jika diikutkan perancangan asal, dia bersama isteri akan menyambut satu Syawal di tanah air usai mengerjakan ibadah umrah bermula 20 April ini.
“Saya bersama isteri akan berangkat ke Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah pada 20 April sehingga 1 Mei nanti. Tetapi demi memenuhi permintaan pelajar-pelajar Malaysia di sana, saya akan sambut Syawal bersama mereka di Mekah.
“Jadi saya akan berada di sana sehingga 6 Mei iaitu pada hari raya ketiga sebelum pulang ke Malaysia,” katanya yang terpaksa berhempas-pulas menghabiskan baki pekerjaan yang masih tersisa sebelum bertolak ke Tanah Suci pada Rabu ini.
Sementara itu, mencapai angka usia 40-an, Bell menadah tangan sebagai tanda syukur kerana masih diberi rezeki yang melimpah ruah sebagai pelakon sehingga hari ini.
Ujarnya, selagi diterima baik penonton, dia akan melakukan kerja tersebut (berlakon) dengan seikhlas hati untuk menghiburkan peminatnya.
“Kalau orang rasa okey dan seronok, saya buat sahajalah. Saya memang tidak pernah terfikir untuk berhenti berlakon kerana ini adalah jiwa saya,” katanya. K Online
Bell Ngasri, ‘ikon ponteng puasa’ beraya di Mekah
Baca Artikel Menarik:
Kongsi potret beruk bertengkolok, Fahmi Reza dipanggil Bukit Aman Cara Mohon Laptop Percuma 2022 Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai… Setiap inci Tok Ram saya tak suka – Alyah Resepi Udang Khamped Thai Padu Ustazah Asma Selar Model Berhijab Pakai Baju Raya Ketat Ebit belanja minyak percuma untuk ‘rider’ di Jakarta Siti Bainun dera Bella setiap malam hampir 4 bulan – saksi Mansuh langkah wajib pakai pelitup muka – Karim Hamzah Zaki Yamani Tampil Jelaskan..’Baba Sendiri Tak Nak Jumpa, Tiada Siapa Halang’ [VIDEO] DJ Wong cerai isteri talak 3 ketika siaran langsung FB Kes langgar mati: Penangguhan hukuman ditolak, MP pembangkang melompat Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/04/18/bell-ngasri-ikon-ponteng-puasa-beraya-di-mekah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Individu Ponteng Puasa Akan Dimandikan Seperti Jenazah Ketua Menteri Melaka

Individu Ponteng Puasa Akan Dimandikan Seperti Jenazah Ketua Menteri Melaka

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 142 hits
Individu ponteng puasa akan dimandikan seperti jenazah Ketua Menteri MelakaPeniaga yang diberi kebenaran memulakan operasi perniagaan pada 2 petang sepanjang Ramadan ini diberi amaran agar tidak bersubahat dengan individu ponteng puasa atau...
Bell Ngasri Kena Sakat Dengan Ustaz Video Bikin Ramai Terhibur

Bell Ngasri Kena Sakat Dengan Ustaz Video Bikin Ramai Terhibur

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 169 hits
Siapa tidak mengenali Bell Ngasri sejak dari zaman kanak kanak sehingga sekarang merupakan seorang yang berkebolehan dalam lakonan mahupun dalam lawaknya membuatkan orang tidak kering gusi melihatnya Apatah lagi wataknya sebagai Barkoba yan...
Doakan Kami Pun Akan Jadi Tetamu Video Saharul Ridzwan Kongsi Suasana Berbuka Puasa Di Mekah

Doakan Kami Pun Akan Jadi Tetamu Video Saharul Ridzwan Kongsi Suasana Berbuka Puasa Di Mekah

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 184 hits
Detik yang pastinya ditunggu tunggu rakyat Malaysia dan mungkin juga pengembara dari luar negara iaitu sempadan negara dibuka bermula 1 April lalu Keputusan dibuat kerajaan itu selepas membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara la...
Ustaz Tunjuk Kedai Makan Waktu Siang Bulan Puasa Dimekah Reaksi Bell Buat Ramai Berdekah

Ustaz Tunjuk Kedai Makan Waktu Siang Bulan Puasa Dimekah Reaksi Bell Buat Ramai Berdekah

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 172 hits
Sejak membawa watak Barkoba dalam filem Allahyarham Mamat Khalid nama Bell Ngasri sering diperkatakan ketika tiba bulan Ramadan Bukan kerana bakat lakonan namun dirinya yang dianggap sebagai ikon plastik hitam
Sedap Rupanya Air Sirap Nanas Tembikai Ni Wajib Ada Untuk Menu Berbuka Puasa

Sedap Rupanya Air Sirap Nanas Tembikai Ni Wajib Ada Untuk Menu Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 272 hits
Pernah dengar tak air sirap nanas tembikai Sedap rupanya gabungan antara manis buah tembikai dan masam manis buah nenas Jom cuba resepi Air Sirap Nanas Tembikai yang dikongsi ini Bahan bahan untuk 1 jug air Nanas Tin Tembikai 4 sudu makan g...
20 Buffet Ramadan Sekitar Kuala Lumpur 2022 Untuk Berbuka Puasa

20 Buffet Ramadan Sekitar Kuala Lumpur 2022 Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 315 hits
Kemeriahan Buffet Ramadan diteruskan di tahun 2022 Banyak promosi menarik disajikan khas untuk mereka yang mahukan sensasi buffet sebagai juadah berbuka puasa Jadi jom kita selongkar Lokasi Buffet Ramadan 2022 di sekitar Kuala Lumpur SAJIAN...
Bersahur Membezakan Puasa Muslim

Bersahur Membezakan Puasa Muslim

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 190 hits
BERSAHUR MEMBEZAKAN PUASA MUSLIM Salam Ramadan ke 6 Ada yang skip sahur ke pagi tadi Haaa meh baca ni dulu Bersahur membezakan puasa muslim Daripada Amru Ibnu Al Ash RA Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda Perbezaan antara puasa kita dengan...
Resepi Menu Berbuka Puasa Keenam Ikan Bakar Cicah Asam Dan Sayur Pucuk Paku Cili Padi

Resepi Menu Berbuka Puasa Keenam Ikan Bakar Cicah Asam Dan Sayur Pucuk Paku Cili Padi

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 252 hits
hai assalammualaikumResepi Menu Berbuka Puasa Keenam Ikan Bakar Cicah Asam Dan Sayur Pucuk Paku Cili Padi Semalam terfikir nak masak paling simple dan pantas ya Mula fikir nak buat goreng goreng je lepastu datang idea apa kata buat ikan bak...
Asam Pedas Dan Sambal Daging Berbuka 6 Puasa

Asam Pedas Dan Sambal Daging Berbuka 6 Puasa

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 241 hits
Assalamualaikum wbtBILA Pak Inche minta masakkan Sambal Daging untuk berbuka puasa semalam terus terlintas untuk masakkan Asam Pedas untuk diri sendiri Dah lama simpan telur ikan mayong dan anak ikan mayong dalam peti ais dah jadi batu atau...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh