Belia Tolak Rasuah Tapi Si Tua Nya Dap Goyang






Anwar ketika menghadiri Perasmian Penubuhan Pertubuhan Lima Generasi Malaysia (PLG) di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) hari ini. Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (kiri) dan Presiden PLG, Datuk Abdullah Ghani Kassim (kanan). - Foto BERNAMA
1. Belia diseru tolak rasuah, tapi 'si tua'nya..
Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasaIPOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.Anwar berkata, Rasulullah SAW suatu masa dahulu bersama kekuatan keyakinan, akidah, akhlak dan nilai, mempertahankan hak serta keadilan dengan menolak penyelewengan, kezaliman serta rasuah dalam kalangan masyarakat.Beliau berkata, sekiranya sifat itu diamalkan oleh masyarakat dengan mendalami pengertian hijrah di samping 'bangun' daripada kemalasan untuk mengangkat martabat diri, negara pasti akan membangun dengan maju.(Selanjutnya sila rujuk 'Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa' BH hari ini)
2. PRK Sg Bakap beri isyarat kerajaan DAP bakal goyang. 
Mohamad Kamal Mohamed
KOTA BHARU: Kemenangan calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap menjadi gelombang kebangkitan rakyat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed berkata, kubu kuat DAP di Pulau Pinang sudah menampakkan lorong yang kerajaan itu bakal goyang.
“Walaupun kerajaan DAP Pulau Pinang tidak tumbang, tetapi sekurang-kurangnya dapat menafikan dua pertiga pemerintahan parti itu dalam kerajaan Pulau Pinang.
“Kemenangan calon PN itu juga sebagai bukti rakyat sudah muak dengan kerajaan hari ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Pengarah Urusetia Belia dan Sukan (U-BeS) itu lagi, sebahagian besar undi Melayu Islam khasnya anak muda di negeri yang dimenangi DAP itu akibat beberapa isu yang tidak pernah selesai,
Katanya, media hanya melaporkan masalah air berlaku di Kelantan, namun menutup kegagalan membekalkan air bersih pada rakyat sendiri yang telah berlaku sejak sekian lama di Pulau Pinang.
“Sokongan kepada calon yang mewakili PH-BN di negeri pimpinan DAP telah menurun kerana kegagalan mereka sendiri.
“Pada masa yang sama pengundi yakin dengan PN dan berharap gabungan ini yang akan mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya lagi.
Beliau berkata, pengundi DUN Sungai Bakap bijak memilih calon PN kali ini bagi menggantikan arwah Nor Zamri Latiff yang memenangi kerusi berkenaan pada PRN tahun lepas.
Tambahnya, kenaikan harga diesel juga memberi sumbangan kepada kemenangan calon PN ditambah pula dengan keistimewaan calon berkenaan sehingga berjaya menawan hati pengundi.
“Kesepakatan ini harap dapat dikekalkan untuk kita menang pada PRK atau PRU akan datang.
“Semoga kemenangan ini kekal dan yang penting gelombang kemenangan ini adalah protes rakyat dalam terjemah undi mereka di Sungai Bakap terhadap kerajaan” ujarnya lagi.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pengundi yang memilih calon PN pada PRK semalam.
Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada jentera pemuda PAS dari Kelantan yang turut bersama Badan Perhubungan PAS negeri turun berkempen ke DUN berkenaan mengikut gelombang hingga hari pengundian.
Pada PRK DUN Sungai Bakap semalam, calon PN, Abidin Ismail memperolehi 14,489 undi menewaskan calon PH, Dr Joohari Ariffin yang mendapat 10,222 undi.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu.
Pada PRN Ogos tahun lalu, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Nibong Tebal menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Ros dengan majoriti 1,563 undi. – HARAKAHDAILY 7/7/2024
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, kini PRK Sg Bakap telah membuktikan bahawa kerajaan campuran DAP/Anwar sudah goyang. Rakyat terus meluat dengan janji lidah ular yang membelit rakyat. 
Belia disuruh tolak rasuah, 'si tua'nya dibiarkan, perasuah tidak diusik. Kawan kerabat yang kalah p/raya pun dilantik jadi menteri. 
Jangan melihat rakyat di bawah kecil, kami melihat kamu di atas pun kecil juga!
Sekian.
Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..' 
Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.




....


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/07/belia-tolak-rasuah-tapi-si-tuanya-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Kari Mudah Guna Sardin Dalam Tin Tak Perlu Santan Bawang Tapi Tetap Sedap

Resipi Kari Mudah Guna Sardin Dalam Tin Tak Perlu Santan Bawang Tapi Tetap Sedap

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 246 hits
Resipi Kari Guna Sardin Dalam Tin Tak Perlu Santan Bawang Tapi Tetap Sedap Kalau biasa sardin dalam tin dibuat sambal atau digoreng boleh cuba pula kari sardin Kari ini tak menggunakan santan mahupun bawang merah seperti kebiasaan namun ras...
Siapa Saja Boleh Mulakan Perniagaan Tapi Tak Semua Mampu Bertahan Terus Berniaga

Siapa Saja Boleh Mulakan Perniagaan Tapi Tak Semua Mampu Bertahan Terus Berniaga

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 250 hits
Data tentang jumlah syarikat dan perniagaan yang gagal bertahan setelah memulakan perniagaan sangat banyak di kongsikan oleh mereka yang buat kajian Hasil kajiannya berbeza beza secara perinciannya namun menceritakan perkara yang sama Iaitu...
Ini 50 Syarikat Yang Ada Kaitan Dengan Blackrock Di Malaysia Ramai Dah Tahu Tapi Tak Berani Nak Boikot

Ini 50 Syarikat Yang Ada Kaitan Dengan Blackrock Di Malaysia Ramai Dah Tahu Tapi Tak Berani Nak Boikot

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 212 hits
Senarai Pelaburan Syarikat Blackrock di Malaysia Dalam era globalisasi ekonomi pelaburan antarabangsa memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan ekonomi antara negara Salah satu pemain utama dalam dunia pelaburan global ialah Blac...
Lebuh Raya Hampir Siap Tapi Lantik Sub Kontraktor Lain Dengan Bayaran Tinggi

Lebuh Raya Hampir Siap Tapi Lantik Sub Kontraktor Lain Dengan Bayaran Tinggi

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 340 hits
PETALING JAYA Siasatan awal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membabitkan rasuah pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai RM1 6 bilion mendapati sub kontraktor tertentu dengan bayaran tinggi terus dilantik walaupun semu...
Ibu Penat Melampau Tidur Cukup Tapi Tetap Rasa Lesu Mungkin Petanda Sindrom Kelesuan Kronik

Ibu Penat Melampau Tidur Cukup Tapi Tetap Rasa Lesu Mungkin Petanda Sindrom Kelesuan Kronik

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 405 hits
Tidur cukup tetapi tetap rasa letih dan lesu sepanjang hari Apa sebabnya hal ini terjadi pada kita terutama pada mak ayah yang seharian bekerja Menurut perkongsian Dr Serena In Ketua Jabatan dan Ahli Psikologi Klinikal di Fakulti Perubatan ...
Setakat Baju Cantik Tapi Tak Mampu Bawa Pulang Pingat Buat Apa

Setakat Baju Cantik Tapi Tak Mampu Bawa Pulang Pingat Buat Apa

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 163 hits
Rekaan yang cantik pada pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 tidak membawa sebarang erti sekiranya mereka gagal menjelmakan kilauan emas sulung negara di Paris nanti Ketua Kontinjen Datuk Hamidin Mohd Amin berkata tema utama...
Mp Pembangkang Penakut Cerita Di Pentas Ceramah Kemain Tapi Zaman Merekalah Kwsp Terus Kepada Blackroxk

Mp Pembangkang Penakut Cerita Di Pentas Ceramah Kemain Tapi Zaman Merekalah Kwsp Terus Kepada Blackroxk

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 157 hits
Ini jenis cikgu mengajar dia Bila tak boleh jawab soalan ujian dia salahkan cikgu cakap cikgu tak ajar Pembangkang macam ni Rugikan rakyat bayar gaji buta Guane boh Raja Gelap II
Inilah Israel Bom Sumbangan M Sia Tapi Nak Hubungan

Inilah Israel Bom Sumbangan M Sia Tapi Nak Hubungan

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 278 hits
Antara kem perlindungan yang dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia dibom Israel 1 Kem perlindungan di Gaza sumbangan rakyat Malaysia dibom IsraelJOHOR BAHRU Serangan berterusan rejim Zionis di Gaza menyaksikan kem perlindungan dibina sumba...
Larian Malaysia Sarong Music Run 2025 Dirasmikan Oleh Yab Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim

Lirik Lagu Nanti Pulangnya Ke Aku Ya Dalia Farhana

Penang Pas Youth Defends Razman Against Pro Dap Faction In Party

Selera Tekak Masing Masing

Peguam Selar Hannah Yeoh Beri Alasan Kaitan Tugas Guna Aset Kerajaan Hadir Saman Fitnah

Maskulin Who S Your Bro Akhir Milik Ikmal Amry Hakimi Noordin

Golden Dragon S Jackpot Trail A Player S Guide To Maximizing Rewards

Aktiviti Majlis Pertandingan Demonstrasi Senibina Kebudayaan Diri Peringkat Kebangsaan 2025 Ppim 08 02 2025


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Iphone 11 Akan Dilancarkan Pada 11 September Ini

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri Negeri Seluruh Malaysia Bagi Tahun 1442h 2021m

5 Video Muzik Paling Popular Di Dunia Pada Tahun 2023

Ayam Masak Palembang Sedap Pekat Dan Padu

Celebrity Legs And Feet In Tights Variety Pack 149

Langkah Demi Langkah Untuk Mengubah Impian Menjadi Kenyataan