Belia Perlu Kuasai Perubahan Teknologi Agar Kekal Relevan Yayasan Peneraju


BH ONLINE Belia perlu meningkatkan kemahiran dalam aspek berteraskan data berikutan majikan kini semakin beralih kepada automasi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), Mohd Muzzammil Ismail. - Foto hiasan NSTP KUALA LUMPUR: Kalangan rakyat Malaysia khususnya Bumiputera yang menguasai pengetahuan serta kemahiran teknologi tepat, mempunyai kelebihan untuk mendapat kerja ketika tempoh sukar pandemik COVID-19 berikutan tindakan kebanyakan sektor mempercepatkan aspek digitalisasi masing-masing.
Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), Mohd Muzzammil Ismail, berkata adalah wajar bagi golongan itu bertindak meningkatkan kemahiran atau dilatih agar lebih cekap, berpengetahuan serta mahir dalam aspek berteraskan data.
Ini penting kerana tiada sebarang gambaran tepat mengenai apa yang bakal dihadapi oleh generasi milenial dan siswazah pada masa hadapan, terutama dengan peningkatan bilangan penganggur, didorong oleh langkah majikan mengutamakan penggunaan automasi yang mengambil alih tugas manusia.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), Mohd Muzzammil Ismail. "Mereka perlu bersedia berdepan hakikat bahawa kerja idaman mereka mungkin tidak lagi wujud pada masa depan. Oleh itu, mereka perlu bangkit untuk berubah dan mendalami kemahiran dan memberi respons terhadap perubahan yang berlaku," katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan mengenai perkongsiannya di Forum Kewangan, Perbankan dan Pelaburan (FBI) Profesional Peneraju 2021 secara maya, hari ini.
Lebih 400 orang menyertai forum itu termasuk kalangan penerima manfaat Yayasan Peneraju sedia ada dan baharu termasuk daripada program Penganalisis Kewangan Bertauliah Profesional Peneraju (CFA), program Pengurus Risiko Kewangan Profesional Peneraju (FRM) dan empat program baharu iaitu Pengamal dan Penasihat Syariah Bertauliah, Jurubank Bertauliah, Juruaudit Dalaman Bertauliah dan Pemasar Digital Institut Pemasaran Bertauliah Profesional.
Mohd Muzzammil berkata, Malaysia ketika ini kekurangan bilangan CFA dan FRM dengan hanya 800 CFA dan 93 FRM berdaftar dengan masing-masing hanya 115 dan 15 orang daripadanya adalah Bumiputera.
"Yayasan Peneraju sentiasa menekankan kepentingan untuk melahirkan generasi masa depan yang serba lengkap dan bersedia untuk menyumbang kepada sosio-ekonomi negara kita," katanya.
Yayasan Peneraju adalah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dan diberi mandat untuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan kesesuaian bakat Bumiputera dalam ekonomi berpendapatan tinggi melalui program pensijilan akademik, vokasional, profesional serta pakar.
Sejak penubuhannya sembilan tahun lalu, ia sudah mewujudkan lebih 35,000 modal insan terutama golongan belia dalam pelbagai bidang melalui 261 program pembiayaannya selain mengagihkan peruntukan sebanyak RM716 juta.
Maklumat mengenai penawaran program pembiayaannya boleh diperolehi menerusi www.yayasanpeneraju.com.my – BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/belia-perlu-kuasai-perubahan-teknologi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Doa Pengasih Suami Isteri Agar Rumahtangga Kekal Bahagia

7 Doa Pengasih Suami Isteri Agar Rumahtangga Kekal Bahagia

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 1959 hits
Kata pepatah pernah memberi peringatan sedangkan lidah lagi kan tergigit apalagi suami isteri Perasan tak pepatah ini amat tepat menggambarkan hubungan suami isteri yang hakikatnya dekat tetapi tetap tidak dapat elak dari tergigit dan menya...
5 Sebab Mengapa Bisnes Perlu Terus Kekal Kecil Untuk Bertahan Lama Di Pasaran

5 Sebab Mengapa Bisnes Perlu Terus Kekal Kecil Untuk Bertahan Lama Di Pasaran

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 367 hits
Apa yang saya ingin berkongsi dalam artikel kali ini mungkin tidak senang untuk anda baca Saya raikan perbezaan ini Seminggu yang lepas saya dihubungi oleh seorang rakan yang menyatakan hasrat The post appeared first on
Tegas Mahu Kekal Berhijab Tindakan Wanita Ini Berjaya Selamatkan Keluarga Daripada Nahas Pesawat

Tegas Mahu Kekal Berhijab Tindakan Wanita Ini Berjaya Selamatkan Keluarga Daripada Nahas Pesawat

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 445 hits
Umum mengetahui bahawa wanita Muslim di Malaysia rata ratanya tidak akan mengalami sebarang isu berkaitan pemakaian hijab berbanding wanita muslim di sesetengah negara yang anti Islam terutamanya di Amerika Syarikat Namun tahukah anda akan ...
Hiburan Manis Berhijab Peminat Doakan Intan Sarafina Kekal Istiqamah

Hiburan Manis Berhijab Peminat Doakan Intan Sarafina Kekal Istiqamah

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 222 hits
Penyanyi Intan Sarafina menerusi akaun Instagramnnya dilihat telah memuat naik foto dirinya mengenakan hijab Sumber Instagram Intan Sarafina Menggayakan tudung berwarna coklat cair Intan menyapa peminat serta pengikut Instagramnnya setelah ...
Silterra Kekal Milik Syarikat Malaysia Laa Najib

Silterra Kekal Milik Syarikat Malaysia Laa Najib

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 280 hits
SilTerra atau nama asalnya Wafer Technology Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1995 adalah bertujuan sebagai projek kepentingan nasional yang strategik untuk mempromosikan pembuatan semikonduktor dan menjadi pemangkin dalam pelaburan teknologi t...
Mayat Pasangan Suami Isteri Warga Emas Ditemui Dalam Rumah Mereka Di Kampung Sungai Ruan Raub

Hari Lautan Sedunia Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik Di Lautan Dalam

Kpkt Raikan Kejayaan Pemaju Hartanah Tempatan Rangkul 5 Pingat Emas Di Fiabci World Prix D Excellence Awards 2025

Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar

Explore Malaysia And Beyond

Nahas Bas Upsi Laporan Puspakom Tunjuk Sistem Brek Bas Dalam Keadaan Memuaskan

Drama Hilang Kasyorga

Tiket Konsert Sold Out Lagi Inteam Mohon Maaf Pada Peminat Yang Gagal Beli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Labubu Craze The Plush Toy Phenomenon Redefining Pop Culture Collectibles

Ziell Ferdian Kuhentikan Tangisku Chord

Payung Besar Najib Antara Pembebasan Prinsip Dan Ancaman Sebenar

Tell The Truth If You Don T Want People To Speculate Zaid Tells Agc

When Silence Turns To Violence Call To Reform Mental Health

Jinda55 17 June 2568 100 Jinda55 Top 83 By Clay Jin55 Vip