Beli Tiket Bas Online Vs Beli Tiket Bas Di Kaunter
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, bertemu lagi dalam artikel terbaru. Kali ini aku nak berkongsi dengan anda tentang isu atau perdebatan yang panas iaitu beli tiket bas online atau beli tiket bas dikaunter? Mana lebih berbaloi
Sebagai seorang yang sering menggunakan perkhidmatan bas untuk pulang ke kampung dan juga kembali ke rumah di Kajang, aku sememangnya menggunakan kedua-dua cara dalam membeli tiket bas dan beberapa tahun kebelakangan ni aku sudah tidak membeli tiket di kaunter kerana aku beli tiket bas online sahaja
Ada banyak ya kelebihan dan keistimewaan yang lebih berbanding beli di kaunter. Dibawah aku ada senarai kelebihan beli tiket bas online dan juga beli tiket bas dikaunter
👉BELI TIKET BAS ONLINE
Memudahkan. Ya, beli tiket bas online terutamanya di lamanweb seperti http://eticketing.my/ adalah sangat memudahkan. Hanya perlu menggunakan data internet dan godek-godek tanga sahaja. Anda berada di mana-mana pun boleh sahaja nak beli tiket bas online ni
Pilihan yang banyak. Of course ada pilihan yang banyak, mengikut jenis bas dan juga masa perjalanan yang anda boleh pilih bila mana membeli tiket bas online. Tak perlu nak ke satu-satu kaunter untuk bertanyakan tentang tiket bas mengikut apa yang anda perlukan
Jimat masa. Sebenarnya bukan sahaja jimat masa, tapi juga menjimatkan wang ( mengikut pengalaman sendiri ). Masa yang dihabiskan untuk perjalanan ke kaunter tiket bas yang jauh tu dapat dijimatkan dengan hanya membeli tiket bas online sahaja
👉BELI TIKET BAS DI KAUNTER
Harga lebih mahal. Mengikut pengalaman aku sebelum-sebelum ini, ada yang harganya lebih mahal berbanding beli tiket bas online. Da yang bezanya hanyalah dalam RM1 sahaja tapi dapat jimat RM1 sekiranya beli secara online
Orang dikaunter tak berapa mesra rakyat. Ini aku dan ayah aku pernah kena. Bertanya soalan secara baik, dibalasnya dengan maki hamun. Mungkin dia ada masalah. Itulah salah satu kekurangan bila mana berurusan dengan manusia. Tapi diingatkan bahawa tak semua ya sebegini. Ada juga yang baik dan mesra alam. Tapi disebabkan ada kes sebegini dan terjadi pada aku dan keluarga, memang agak serik jugaklah.
Ulat Tiket Mungkin aku sahaja kut yang tak berapa suka bila baru je jejakkan kaki dekat stesen bas, kononnya nak beli tiket bas, terus ditariknya tangan untuk beli dikaunter dia. Eh? Aku dah ada hala tuju, ke kaunter mana yang aku nak! Terus aku tak jadi beli tiket pada hari tersebut
Sesak! Oh ya, ada keadaan di kaunter yang sesak dan ramai beratur hingga ke hujung terutamanya di musim perayaan. Macam yang aku bagitahu diatas, memang agak menghabiskan masa untuk beratur sahaja. Satu lagi keadaan manusia yang ramai, memang situasi yang aku tak suka. Jadi, solusinya adalah beli tiket bas online
-------
Jadi anda bagaimana? Masih lagi membeli tiket bas dikaunter? Atau sudah membeli tiket bas online? Oh ya, kalau nak beli tiket bas online di laman web mana? Mestilah di 👉http://eticketing.my/👈
CARA BELI TIKET BAS ONLINE DI http://eticketing.my/
💙 Anda perlu pilih lokasi dan di mana bas bertolak. Juga anda perlu masukkan tarikh bertolak juga pilihan sama ada membeli tiket sehala atau pergi balik
💙 Seterusnya anda perlu memilih bas mana yang anda inginkan. Ada beberapa pilihan sebenarnya mengikut bas yang anda mahukan. Kemudian pilih bahagian bas tersebut, dan terus pilih kedudukan kerusi anda
💙 Langkah terakhir adalah dengan memasukkan butiran mengenai anda dan membuat pembayaran mengikut harga yang telah ditetapkan. Mudah kan? Kemudian salinan e-ticket akan dihantar ke email anda
Senang sahaja kan? Yang anda perlukan adalah dengan mempunyai duit di dalam bank. Macam aku sendiri mempunyai dua jenis bank iaitu Maybank 2U dan juga Bank Islam Online. Jadi senang untuk membuat pembayaran online
https://www.eticketing.my/
Sekian
-------
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aerillhassan.blogspot.com/2020/01/beli-tiket-bas-online-vs-beli-tiket-bas-dikaunter.html