Beli Tarte Fenty Beauty Pixi Farsali Dari Sephora Online Malaysia
Rejim Cantik
Apakah produk penjagaan kulit yang anda pakai sekarang?
SK11 *lambatnya nak habis*😩
Satu alat solek yang anda tidak boleh hidup tanpanya?
Gincu. Jatuh cinta sejak mula pakai Huda Beauty Liquid Matte Lipstick. Warna kegemaran: Girlfriend. Kecewa Huda Beauty tiada di Sephora Malaysia.
Satu produk solekan yang pasti dibawa ke mana sahaja anda pergi?
Lipbalm jenama vaseline. Bibir cepat kering. Setakat ini lipbalm vaseline paling berkesan!
Pernah dengar jenama Tarte?
Pernah! Selalu nampak di instagram. Teringin nak cuba tarte lip wardrobe duo volume set dari Sephora di bawah :D Macam menarik! Review pun bagus.
Tarte Lip Wardrobe Duo Volume II Set
Anda bersolek bila naik kapal terbang?Tak bersolek. Cukup sekadar apply pelembap bebas minyak dan lipbalm. Kulit jenis cepat kering dan terhidrat. Lebih-lebih lagi waktu travel. Teringin nak cuba farsali. Boleh pulak tak tahu farsali ada dijual di Sephora Malaysia. Bila baca review di website lagilah membuak rasa nak cuba. Ada yang pernah cuba tak. Boleh kongsi feedback?
Farsali Unicorn Essence
Apa signature solekan anda?Saya tidak terlalu menitikberatkan solekan. Selesa dengan solekan tipis supaya kulit tak nampak kusam. Natural look.
Pernah dengar Fenty Beauty dan produk apa yang teringin cuba dari rangkaian Fenty Beauty?Pernah. Rangkaian kosmetik milik penyanyi Rihanna kan. Suka Fenty Beauty sebab Rihanna create supaya sesuai dengan semua tona kulit dan jantina. Terima kasih Sephora sebab bawa Fenty Beauty ke Malaysia. Mudah nak beli. Suka nak cuba Fenty Beauty Lip Luminizer di bawah.
FENTY BEAUTY Gloss Bomb Universal Lip Luminizer
Boleh kongsi rutin penjagaan kulit di malam hari?Malam sebelum tidur mesti pakai cleanser, toner dan essence. Last step overnight serum. Sekarang pakai Vitamin E Serum dari Body Shop. Memang best dan sangat berkesan untuk kulit kering. Tapi serum ni dah nak habis. Teringin nak cuba pixi overnight glow serum ni dari Sephora. Nak tengok apa hasilnya :D
Pixi Overnight Glow Serum
Laaa...baru perasan rupanya banyak beauty item boleh beli dari Sephora Malaysia :D Dapat free sample with every purchase dan 10% untuk first timer. Free shipping jika beli RM60 ke atas. Baiklah sila masukkan kesemua di atas dalam wishlist.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azyyatiliah.com/2018/04/beli-barang-tarte-fenty-beauty-pixi-dari-sephora-online-malaysia.html