Beli Sling Bag Wallet Bonia Self Reward
Beli Sling Bag & Wallet Bonia - Self Reward | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Actually entri ni dah terperap lama dengan gambar saja tanpa ada sepatah perkataan pun yang ditaip. Nampak tak betapa sibuknya lahai dengan kerja, balik rumah dalam fikiran ni nak rehat saja. Tiada masa langsung untuk buka laptop 😔
Beli Sling Bag & Wallet Bonia - Self Reward Murni sejenis yang suka beli sesuatu sebagai tanda menghargai usaha sendiri, penat lelah & meraih sesuatu pencapaian. Ada yang sama macam Murni tak? Syukur alhamdulillah tahun lepas Murni cemerlang dalam pekerjaan. Sebagai penghargaan untuk diri sendiri wajiblah Murni beli sesuatu yang berharga.
Actually, Murni dah lama teringin nak memiliki salah satu koleksi jenama Bonia. Koleksi handbag/sling bag monogramnya lawa sangat & kualiti produk boleh dikatakan sangat padu (tahan boleh pakai lama). Kawan sepejabat Murni yang pakai beg jenama Bonia dah bertahun-tahun pun masih elok & cantik lagi sehingga kini. Ni pun kira kes teracun dengan kawan sepejabat nak juga beli sling bag Bonia haha.
Memandangkan di tempat Murni ni tiada Butik Bonia, jadi Murni ambil keputusan untuk membuat pembelian di Shopee Mall BONIA Online Store. Murni beli 2 item pada hari yang berbeza. Kalau ikutkan hati Murni just nak beli Wallet saja tapi tulah Murni tak bolehlah tertengok slig bag yang comel-comel haha. Murni perlu beli juga sling bag Bonia ni bagi menggantikan slig bag Carlo Rino yang dah rosak huhu Sedih wehhh sling bag Carlo Rino tu Murni sayang sangat sebab itu adalah pemberian dari penyelia Murni sewaktu bertugas di Sandakan
Bonia Dark Brown Monogram Modello Top Flap Crossbody
Slig bag Bonia lawa sangat bagi pandangan mata Murnilah. Saiznya tidak terlalu besar atau kecil, just nice bila dipakai. Feature Details; 1 pocket, 1 zip pocket, 1 card slot, 1 key hook, material vinyl, strap detachable, adjustable shoulder strap, measurement 20.5cm (L) x 17cm (H) x 8.5cm (W).
Harga sling bag ni masa Murni beli RM899.00, kos penghantaran ke Sabah RM25.00, & Murni siap dapat Shop Voucher dalam RM89.90 then Murni reedemed 2 shopee coins. Jumlah yang Murni perlu bayar RM834.08 saja. Beli sini [+] Bonia Dark Brown Monogram Modello Top Flap Crossbod
Bonia Black Milagros Short 3 Fold Wallet
Murni nak beli wallet Bonia ni bagi menggantikan wallet Elle Murni yang dah rosak, sedih apalah Murni pakai wallet Elle tak sampai setahun pun leather dah terkopek bahagian dalam. Beli mahal-mahal ingatkan tahan rupanya tak huhu Murni berharap sangat wallet Bonia dapat bertahan lama.
Feature details; 13 slot card, 1 window slot, 9 notes commpartment, 1 coin compartment, leather with monogram vinyl, measurement 14cm (L), x 9cm (h) x 2.5cm(W). Harga RM539.00. Kos penghantaran ke Sabah RM18.00. Murni dapat Shop Voucher dalam RM53.90 & reedemed 1 shopee coins. Jumlah Murni perlu bayar RM503.09.
Part paling best bila sudah terima wallet ni Murni dapat lagi 1,000 coins, bolehlah reedem bila buat pembelian seterusnya. Murni tak berikan link untuk wallet ni sebab dah sold out dalam BONIA Online Store (Shopee Mall).
Murni sangat berpuas hati dengan Sling bag & wallet Bonia ni dari aspek jenama, design, harga, kualiti produk, penggunaan, dan penghantaran oleh kurier. Alhamdulillah untuk setiap rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan dapatlah Murni penuhi impian sendiri. Baiklah dah larut malam sampai sini saja perkongsian Murni, esok dah nak kerja. Terima kasih korang yang sudi singgah & baca entri Beli Sling Bag & Wallet Bonia - Self Reward 😘
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://murnimohdyusof.blogspot.com/2023/07/beli-sling-bag-wallet-bonia-self-reward.html