T23g16 Beli Tiles Di Winstone Tukar Cooling Coil Subaru Xv Sti
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan:
Pilih Tiles di WinstoneMAX AUTO SERVICES & TYREUjian AnginKereta Subaru XV STI Siap DibaikiPilih Tiles di Winstone12:02 - 14:20
Hari ini kami ke Teluk Panglima Garang kerana membeli tiles dinding bilik air, lantai bilik air, dinding dapur, lantai dapur, tiles table top, dinding counter bar, dan mangkuk tandas. Selesai urusan di sana kami bergerak pula ke Super Ceramic Tiles Bukit Puchong.
Nota: keesokannya kami ke Super Ceramic Tiles dan mendapati harga tiles di sana lebih murah dan cantik, juga ada contoh bagaimana susunan tiles yang menarik.<top>
MAX AUTO SERVICES & TYRE14:37 - 14:48
Tetapi rencana kami terjejas kerana air cond kereta Subaru XV tidak sejuk. Kami singgah ke sebuah bengkel di Rimbayu di mana kami top up gas air cond dengan harga RM 60. Mekanik yang top up gas pendingin hawa kereta Subaru XV kami tu kata ada kebocoran kerana gas air cond habis sepenuhnya. Selesai sahaja gas diisi dia menunjukkan kepada Master ada cecair hijau keluar dari bawah kereta. Katanya itu adalah minyak compressor dan kebocoran itu adalah besar. Dia menasihatkan Master untuk matikan air cond apabila hawa dalam kereta Subaru XV kami sudah sejuk. Satu nasihat yang agak mustahil untuk dituruti.
Bila ditanya mekanik tu kata bengkel tu di Rimbayu tetapi setelah kami periksa melalui Google Map rupa-rupanya alamat bengkel itu ialah di NO 1G & 1, 1, Jalan Aman Sinaria 1, BANDAR TROPICANA AMAN, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor. Mungkin orang lebih suka declare mereka orang Rimbayu berbanding Bandar Tropicana Aman?Kami menukar arah, terus pulang ke Bandar Baru Salak Tinggi. Destinasi kami adalah Arief Auto Centre (Pusat Servis Aircond Dan Kereta) yang bertempat di 8, jalan 7 kosmoplek, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor. Masuk sahaja kawasan Bandar Saujana Putra dalam tempoh tak sampai 30 minit, hawa panas keluar semula melalui pendingin hawa kereta Subaru XV STI kami, menandakan gas air cond sudah habis semula.
<top>
Ujian Angin16:05 - 16:17
Sampai sahaja di Arief Auto Centre, mekanik kelihatan seolah-olah masukkan gas pendingin hawa ke dalam kereta Subaru XV STI kami. Tetapi rupa-rupanya itu adalah ujian angin di mana mekanik hanya masukkan angin ke dalam kereta untuk mencari di mana kebocoran berlaku. Kemudian dia menyatakan cooling coil Subaru XV kami bocor kerana bunyi desiran keluar melalui corong pendingin hawa dalam kabin kereta Subaru XV.
Harga untuk ganti cooling coil Subaru XV adalah RM 600 (OEM) dan RM 1300 (keluaran Subaru). Masa yang diperlukan untuk menggantikan cooling coil adalah sehari bermakna kami perlu tinggalkan kereta Subaru XV dan datang ambil semula pada keesokan hari.
Kami dihantar pulang ke rumah menaiki BMW. Pertama kali Tedi menaiki BMW, begitu juga si Aidan.
<top>
Kereta Subaru XV STI Siap DibaikiSekitar jam 19:00, Master menerima panggilan daripada bengkel Arief Auto Centre memberitahu kereta Subaru XV kami telah siap diganti cooling coil. Maksudya cooling coil kereta Subaru XV STI kami itu siap diganti dalam 2-3 jam.
Memandangkan pada masa itu Aina dan Aidan sibuk mandi main air menghabiskan sabun mandi, Master meminta mekanik menjemput beliau di rumah. Master sangkakan mekanik datang menjemputnya menaiki BMW hitam kontot, tetapi rupa-rupanya itu adalah kereta kami sendiri.
Pembayaran adalah secara tunai atau pindahan wang atas talian. Master memilih untuk membuat pembayaran menggunakan pindahan wang. Nasib baik lepas walaupun line Celcom hanya 1 bar. Teruk benar Celcom ni, di mana-mana sahaja kualiti line Celcom adalah tidak memuaskan. Tak tahulah mungkin ini adalah diskriminasi kerana Master melanggan pakej yang murah. Mungkin ada konspirasi untuk sabotaj kami di situ?
<top>
~20230715~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2023/07/t23g16-beli-tiles-di-winstone-tukar.html