Beli Sandal Jump Di Original Classic Di Mitsui Outlet Park
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Pada pagi tadi Master ambil cuti separuh hari untuk temani Mummy pergi makan sushi di kedai makan Sushi King di Mitsui Outlet Park.
Tiba-tiba sahaja semasa nak masuk ke dalam kereta sebelum menghantar Aina dan Aidan ke Taska, sandal Master yang sedia ada uzur tu tercabut pula. Itu mungkin sebagai paksaan kepada Master untuk mencari pengganti kepada sandal beliau itu. Malangnya Tedi tak pernah rekodkan sejarah kewujudan sandal Master tu maka tidak dapatlah diukur berapakah usianya.
Bersarapan di Hot & RollsKami tiba di Mitsui Outlet Park tu selepas jam 10 pagi, tapi banyak kedai atau butik belum dibuka lagi. Pengawal keselamatan di sana kata memang ada kedai yang buka dalam jam 11 atau 12.
Restoran Sushi King di Mitsui itu pun lewat dibuka, dalam jam 12, pada musim Perintah Kawalan Pergerakan sempena wabak Covid-19 yang melanda dunia pada masa ini.
Nasib baik Hot & Rolls dah buka maka bolehlah beli makanan ringan sebagai alas perut. Tapi harganya mahal di sini mungkin mengikut harga di lapangan terbang.
Beli pakaian Aina di PadiniKemudian kami serbu Padini Outlet untuk cari pakaian buat Aina dan Aidan, iaitu pakaian untuk jalan-jalan seperti seluar denim kanak-kanak memandangkan banyak pakaian mereka yang sudah tidak muat.
Malangnya seluar denim untuk Aidan (saiz kanak-kanak lelaki 1 tahun hingga 2 tahun) sangat mahal maka tidak jadi kami membelinya.
Beli sandal jenama Jump di Original ClassicKemudian kami naik ke tingkat atas menggunakan escalator yang paling hampir dengan kedai pakaian Padini tu dan terserempak dengan kedai Original Classic.
Kedai ini menjual kasut-kasut dari pelbagai jenama daripada yang terkemuka sehingga kepada jenama yang kami tak pernah dengar.
Apa yang penting ialah harga kasut yang ditawarkan dan kepelbagaian jenama kasut di sini membuatkan Master jadi rambang mata!
Pelik betul semasa Master sibuk cari kasut sukan untuk menggantikan kasut trail Brooks Ghost 7 tu tiada pula kami termasuk ke dalam kedai ini. Jika tidak mungkin Master takkan beli kasut larian Asics Gel-Excite 6 tu.
Di sini bukan sahaja dijual kasut-kasut sukan, malahan ada kasut kerja juga, dan sandal. Pakaian sukan seperti jersi juga turut dijual di kedai Original Classic ini. Malah ada juga dijual raket badminton. Mungkin kedai ini layak digelar kedai peralatan sukan?
Akhirnya Master nampak sandal berjenama Jump dengan harga selepas diskaun MYR 30 (tiga puluh Ringgit Malaysia). Mana pernah Master jumpa sandal dengan harga sebegitu maka Master sambar sahaja lagipun sekarang ini pembelian atas keperluan maka tak difikirkan sangat keselesaan. Insha-Allah ada rezeki nanti cari lagi sandal yang lain.
Komen mengenai sandal jenama Jump?Pada pertama kali Master mengenakannya, Master berasa tidak selesa kerana alas kakinya keras, namun alah bisa tegal biasa, lama-kelamaan kaki Master serasi dengan sandal tersebut.
Rupa sandal ini juga tidak berapa menarik tetapi memadai sebagai sandal basahan kerana Master ini memang kalau nak memandu kereta akan mengenakan sandal untuk keselamatan. Takkan nak pakai kasut pula kan? Pakai selipar semasa memandu memang berbahaya kerana boleh tersangkut semasa nak tekan pedal minyak.
~20210303~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2021/03/beli-sandal-jump-di-original-classic-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29