Beli Pokok Hiasan Di Seremban Landscape Nursery
BELI POKOK DI SEREMBAN LANDSCAPE & NURSERY | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Al-kisah fenomena indoor plants sedang melanda rakyat Malaysia. Viral sana sini pelbagai pokok hiasan dalam rumah. Mujurlah hobi menanam pokok tak kira untuk outdoor atau indoor plants dah lama sebati dalam diri saya. Jadi takde la tiba-tiba terkejut mencari atau memburu pokok-pokok hiasan terutama snake plant di nursery pokok yang kini harga tiba-tiba melambung tinggi sekarang. Saya memang suka gardening. Snake plants pun dah lama tanam sampai banyak beranak-pinak.
Namun begitu tak pernah jemu dengan pokok hiasan sebab minat sentiasa ada, cuma keadaan sekarang tak boleh merentas negeri membataskan saya untuk ke nursery kegemaran saya di Sungai Buloh. Selain ke Sungai Buloh saya suka pergi nursery di Cameron Highlands dan Genting Highlands. Harga di sana jauh beza lebih murah berbanding di sini. Sebenarnya plus minus duit tol dan minyak lebih kurang sama tapi ada kelebihan dari segi jauh perjalanan, luas pemandangan hehehehe. Saja nak berjalan jauh dari radius kediaman >_~
Related post : Nursery pokok murah di Sg. Buloh.
Selama ni tak pernah tahu ada nursery berskala besar di Seremban. Dijadikan cerita, bila masing-masing share nursery tempat mereka shopping pokok, ada yang berkongsi sebuah nursery di Seremban. So apa lagi, saya tak pernah pergi terus gigih ke sana untuk survey dan tengok sendiri pokok-pokok hiasan yang dijual di Seremban Landscape & Nursery tersebut.
Walaupun ke nursery, langkah-langkah penjarakkan sosial di tempat awam dan rekod maklumat turut dilaksanakan di sini di mana setiap seorang keluar, seorang pelanggan dibenarkan masuk, sanitize tangan dan check body temperature. Jadi tak hairanlah kalau anda lihat orang ramai beratur panjang di luar nursery. Selain itu semua pelanggan dan pekerja diwajibkan memakai mask.
Seremban Landscape & Nursery
Mula-mula hajat di hati cari pasu besar di samping buat perbandingan harga pokok-pokok hiasan yang dijual dengan harga di Sungai Buloh tapi lain pula jadinya. Dari segi perbandingan, beza harga hanya kurang dari RM5.00 untuk sepasu kecil pokok, kira okaylah sebab tak perlu meredah tol dan jimat minyak kereta kannnn. Konon jimatlah di situ..
Pasu yang dijual di Seremban Landscape & Nursery
Banyak pasu bunga dipamerkan di sini namun satu pun tak menarik minat saya disebabkan ianya tak disusun dengan rapi, berhabuk serta tiada tanda harga di mana ianya agak menyusahkan saya. Saya tak suka buat benda remeh, leceh dan menyusahkan diri sendiri.
Pasu putih di Seremban Landscape & Nursery
Jadi terus ke nursery.. Jom kita tengok pula pokok-pokok hiasan yang ada di Seremban Landscape & Nursery ini. Boleh tahan banyak juga pokok-pokok hiasan di situ. Saya difahamkan Seremban Landscape & Nursery ini juga membekalkan pokok-pokok hiasan untuk landscape di sekitar Negeri Sembilan.
Himpunan pokok bunga raya
Pokok-pokok hiasan di Seremban Landscape & Nursery
Pokok-pokok hiasan di Seremban Landscape & Nursery
Spesis pokok ati-ati
Itu hanya sebahagian sahaja pokok-pokok yang ada yang sempat saya ambil gambar. Dalam banyak-pokok, bunga ati-ati (solenostemon/coleus) ini menarik perhatian saya disebabkan warna yang menyerlah lebih-lebih lagi di bawah panas terik matahari.
Saya hanya menghabiskan masa di situ lebih kurang setengah jam kerana kurang selesa disebabkan cuaca panas ditambah pula orang mulai ramai. Walaupun cuba menahan diri dari beli sebarang pokok baru dan hanya bercadang singgah sebentar di sini, tapi saya sempat beli beberapa jenis pokok untuk menambah koleksi yang ada, hehehehe. Aduhai terjebak juga akhirnya!
BELI POKOK HIASAN DI SEREMBAN LANDSCAPE & NURSERY
Ini adalah hasil pokok-pokok hiasan yang sempat saya beli :
Pokok hiasan di Seremban Landscape & Nursery
Pokok ati-ati (solenostemon / coleus)
Pokok ati-ati (solenostemon / coleus)
Pokok nenas kerang (rhoeo tradescantia)
Pokok bunga raya, philodendron birkin, anthurium andraeanum
Tak lupa juga saya ada beli pokok cili ceri dan bayam Brazil untuk dijadikan induk
Pokok cili ceri
Pokok bayam Brazil
Selepas itu saya ke Tesco Seremban 2 untuk membeli pasu-pasu hiasan. Walaupun pasu-pasu di situ agak mahal tapi saya puas hati kerana dapat membuat pilihan dengan tenang, pasu pun bersih dan cantik dan paling penting orang tak ramai
Sampai sahaja di rumah saya terus ganti semua pokok-pokok yang dibeli ke dalam pasu baru
Pokok ati-ati (solenostemon / coleus)
Pokok ati-ati (solenostemon / coleus)
Saya satukan semua pokok ati-ati ke dalam sebuah pasu besar untuk menjimatkan ruang dan tempat
Pokok philodendron birkin
Pokok philodendron birkin
Begitu juga dengan pokok philodendron birkin ini. Saya satukan dengan salah satu spesis pokok ati-ati berwarna kuning hijau. Tak dapat pakai beg Hermes Birkin dapat tanam pokok Philodendron Birkin pun okaylah. Birkin juga kann muahahahaha.
Pokok rhoeo tradescantia dan dracaena reflexa 'Song of India'
Sama juga dengan spesis pokok nenas kerang (Rhoeo Tradescantia) ini. Saya letakkan dalam sebuah pasu bulat bersama pokok dracaena reflexa 'Song of India' yang mempunyai warna kontras iaitu purple dan hijau putih di samping bentuk daun yang agak serupa
Saya biarkan kesemua pasu-pasu pokok baru di luar untuk beberapa minggu supaya akar pokok tersebut kuat dan serasi dengan tanah baru sebelum saya jadikan sebagai indoor plants
Selain itu, pokok bunga raya masih menggunakan pasu asal so saya letak di luar manakala pokok anthurium andraeanum saya terus jadikan indoor plant
Pokok bunga raya
Pokok anthurium andraeanum dijadikan indoor plant
LOKASI SEREMBAN LANDSCAPE & NURSERY
Sesiapa yang ingin ke Seremban Landscape & Nursery boleh follow google map berikut :
Seremban Landscape & Nursery
Setakat ini sahaja perkongsian saya.. Next post saya akan kongsi indoor plants terkini dari pokok-pokok yang sedia ada. Jika ada antara pembaca yang ingin kongsi pendapat atau tips yang berkaitan, jangan teragak-agak tinggalkan di ruangan komen
Related post : Berkebun ketika perintah kawalan pergerakan Covid-19.
Thank you for reading.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam.
Byeee.
Regards,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ladyinredplanner.blogspot.com/2020/06/beli-pokok-hiasan-di-seremban-landscape-and-nursery.html