Beli Mesin Basuh Baru Mesin Basuh Active Dualwash Wobble Technology 10kg Samsung
hai assalammualaikum
Beli Mesin Basuh Baru, Mesin Basuh Samsung 10 kg - Sebenarnya dari mula kawin, nad basuh baju dekat dobi. Dekat rumah mr mafia ni ada mesin basuh arwah mommy, tapi disimpan dekat belakang rumah, dan tak tau mesin basuh tu diguna atau tak selepas arwah mommg meninggal. Nad pernah tengok mesin basuh tu, masa mula-mula kawin, tapi dia siap dikunci dan disimpan dalam satu peti simpanan yang dibuat khas untuk simpan mesin basuh tu. Pulak tu diletak dekat belakang rumah, yang bila waktu malam memang la gelap..huhu. Jadi, memang tak pernah gunala mesin basuh. Lagipun mesin basuh tu guna manual. Satu hal pulak. Sebab terfikir, kalau nak membasuh waktu malam, mestilah tak boleh. Seram oii nak keluar, gelap-gelap macam tu.
Ada mintak suruh mr mafia, cuba keluarkan mesin basuh tu, kotla boleh guna, tak perlu keluarkan duit beli baru. Tapi dia kata takyah, mungkin dah rosak. Kita pun malas nak cakap banyak, biorla dia kata nak beli baru, beli jela. tiga tahun juga kitaorang basuh dekat dobi, eh 4 tahun..masuk anak kedua ni, tak larat dah nak pergi dobi. Mana taknya, nak keluarkan baju la, nak angkut budak dua orang ni..heyy..nanti bertambah kurus gue..Memang caka, kena gak ada mesin basuh dekat rumah ni.
Sampaila haritu, kitaorang survey la mesin basuh. survey punya survey, last-last pergi Seng Heng, kedai dekat dengan rumhah. Survey la satu-satu mesin basuh dekat situ. Tengok mesin basuh jenis penutup atas, penutup tengah, tengok yang kecik, yang besar. Dah belek-belek, dah fikir punya fikir, last-last ambil yang mesin basuh jenama Samsung Active Dualwash Wobble Technology bersaiz besar, yang boleh muat baju 10 kg, penutup kepala bahagian atas dan istimewanya ada tempat untuk rendam baju dan gosok baju di bahagian atas. Hah, boleh rujuk pada gambar..hehee. Nad tak suka jenis penutup tengah, takutla, tak tau kenapa, mungkin fikirkan anak. Pulak tu ambil yang besar sebab keluarga walaupun kecil, paham-paham jela, basuh baju bukan selalu, tunggu baju banyak baru basuh. Jimat sikit. Dan mesin basuh ni automatik, jadi basuh tunggu samapi dia habisla.
Setiap mesin basuh mesti ada perbezaan , cara guna, cara berfungsi. Kalau sebelum ni, pakai dekat rumah mak, abang nad ada beli mesin basuh automatik dan senang digunakan. Boleh dibuka waktu tengah basuh. Tapi yang nad beli ni, lain daripada yang lain.
Hah, ni la bahagian tempat rendam dan gosok-gosok baju yang kotor tu. Sebab tu nama dia active dual wash..sebab ada dua jenis tempat basuh. Nak letak bahagian atas ni, letak baju yang jenis kotor yang sikit, kita gosok-gosok dekat gerigi dia tu, lepas tu tekan water jet, untuk bagi rendam seketika. Hah lepas tu boleh tuang terus ke dalam mesin dengan air yang terkumpul atas tu. Senang kan.
Masa nak cuba pakai tu, boleh dikatakan cuak jugakla. Yela mesin basuh terlebih automatik..hahaha. Tapi ikut arahan dekat buku, hah paham la sikit-sikit. Mesin basuh ni, kena masukkan baju dahulu, letak sabun dan pewangi ( ada tempat khas sabun dan pewangi )..kemudian baru tutup dan buka air. Selagi kita tak tutup pintu dia, selagi tu dia takkan keluar air. Hah , macam tu. Keselamatan ada di situ.
Lepas tu, tunggula dia air penuh, then pusing sendiri. Mesin basuh ni memang perlahan je bunyinya. memang tak dengar pun waktu dia berpusing...hahaa. masa dah siap cuci pun dia siap ada bunyi lagu tau..heehe.
Ni fungsi-fungsi, button yang ada dekat mesin basuh active dualwas wobble technology.
- Fuzzy tu kalau jenis basuh biasalah.
- Quick , kalau korang nak cepat basuh.
- Soak, rendam baju
- Jeans, basuh seluar atau baju jeans sahaja.
- Blanket, basuh selimut. Tapi nad pernah masukkan cadar, tapi jenis yang tak tebal la.
- Delicate, kalau cuci secara lembut. Macam kemeja ke, atau baju korang yang jenis tak boleh basuh kasar-kasar, kuat-kuat tu..hah!..
Ok, masa pertama kali nad guna, tiba-tiba je dia keluar tanda 4C dekat petunjuk tu. Nad dah cuak, panggil mr mafia, dia pun tak tau. Jadi tengokla buku panduan yang diberi. Tengok satu-satu, selak baca satu-satu.Ok akhirnya nampak part 4C tu.
Ok korang tengok dalam gambar, ni antara nombor dan huruf yang akan keluar, jika mesin basuh atau air ada masalah. Makna 4C tu sebab tekanan air tak kuat atau apa-apa berkaitan air la. Memang dekat rumah nad ni air kecik je. Tekanan tak kuat, jadi kenala hadap selalu bila jadi macam ni. Dia akan berbunyi bila keluar tu. Jadi nad akan biarkan sekejap, dalam bebrapa saat tekan semula start. Nanti dia jalan macam biasa. Hah, memang tengah nak betulkan paip dekat rumah ni. Rumah dah lama kan, bahagian paip memang tak pernah dibaiki dari arwah mommy lagi. Jadi bersabar jela. Asalkan dapat membasuh dekat rumah okla.
Selalunya nad akan membasuh bila takda orang nak guna bilik air. sebab paip sambung ke bilik air.
Masa nad beli mesin basuh ni, memang tak tau nak letak mana. Mula cadang letak depan rumah, dekat luar, tapi takut terkena hujan, kotor semua bagai. Jadi pilihan hanya di dapur. Nasib nad kemas ada lah ruang mesin basuh besar ni. Saluran buang air pun masuk ke tandas. Siap beli pembungkus mesin basuh bagi taknak kotor..hehe.
Mesin basuh ni nad beli RM1+++....lebih tu lupala..Tak sampai RM1500. Ada warranty. Korang boleh tengok video nad amik basuh guna Mesin Basuh Active DualWash Wobble Technology ni er. Kot ada yang nak beli mesin basuh kan..huhu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2019/01/beli-mesin-basuh-baru-mesin-basuh.html