Beli Lagi Murah Banding Pajak Kata Wan Saiful Berkait Aset Pasukan Keselamatan


 
Wan Saiful Wan Jan berkata aset milik pasukan keselamatan seperti tentera laut dan polis dilaporkan usang berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Ahli Parlimen pembangkang menyarankan kerajaan menggunakan kaedah belian terus bagi perolehan aset pasukan keselamatan berbanding kaedah pajakan yang menurutnya menelan belanja lebih besar.
Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) berkata, aset milik pasukan keselamatan seperti tentera laut dan polis dilaporkan usang serta dikerah melebihi tempoh hayat, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) baru-baru ini.
“Soalan saya apa perancangan terkini kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini, sebab ini masalah besar melibatkan kebajikan tentera laut, dan keselamatan mereka, membahayakan nyawa mereka.
“Adakah benar kerajaan akan ganti semua ini dan adakah proses nak dijalankan pembelian secara terus atau pajakan, bila dibuat pajakan 15 tahun hingga RM15 bilion itu satu kos tinggi,” katanya di Dewan Rakyat.
Wan Saiful berkata, jika penyelenggaraan dilakukan secara berkala kos mendapatkan sesebuah aset akan menjadi lebih rendah.
“Kenapa kaedah ini (pajakan) yang mungkin dipertimbangkan, sedangkan pembelian secara terus dan penyelenggaraan secara berkala mungkin kosnya lebih rendah,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan sama ada kaedah sama akan digunakan bagi perolehan aset pasukan keselamatan yang lain.
“Saya nak tanya jika kita perluaskan lagi skop penjagaan keselamatan, bukan TLDM semata-mata, tapi kita tahu TLDM dibantu APM (Angkatan Pertahanan Awam) dan polis yang ada pasukan udara.
“Banyak lagi pasukan keselamatan yang kita baca dalam media dari hari ke hari mengalami masalah peralatan mereka agak usang,” katanya.
LKAN mendapati, terdapat kira-kira 26 kapal iaitu 53.1% daripada keseluruhan 49 kapal telah melebihi usia guna antara sembilan hingga 25 tahun dan masih digunakan untuk tujuan operasi.
Analisis audit selanjutnya terhadap 26 kapal yang melebihi usia guna tersebut mendapati sebahagiannya digunakan secara ‘high-tempo’ melebihi antara lima hingga 156 hari.
Manakala untuk tempoh antara 2020 hingga 2022, bilangan kapal beroperasi secara high-tempo adalah masing-masing sebanyak 14 kapal (53.8%), 19 kapal (73.1%) dan 16 kapal (61.5%). - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/07/beli-lagi-murah-banding-pajak-kata-wan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Dan Cara Beli Tiket Flight Murah Dengan 7 Cara

Tips Dan Cara Beli Tiket Flight Murah Dengan 7 Cara

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 292 hits
Tips dan Cara Beli Tiket Flight Murah Dengan 7 Cara 3 Tips dan Cara Beli Tiket Flight Murah Dengan 7 Cara Mencari tiket penerbangan murah seringkali menjadi tugas yang mencabar tetapi dengan beberapa tips yang tepat anda boleh menghemat ban...
Patut Lah Wan Saiful Gelabah Semacam Kes Terlalu Banyak Dan Kukuh

Patut Lah Wan Saiful Gelabah Semacam Kes Terlalu Banyak Dan Kukuh

papar berkaitan - pada 27/6/2024 - jumlah : 354 hits
Oleh Adam MalikPatut lah Wan Saiful gelabah semacam kes terlalu banyak dan kukuh Sejak kebelakangan ini nama Wan Saiful Wan Jan atau di MEDSOS digelar Wan Janawibawa kerap muncul diberita Ini boleh difahami kerana WSWJ tersepit dengan kes k...
Keluarga Jamaludin Capai Penyelesaian Kes Pertikaian Aset Rm2 1 Bilion Kata Peguam

Keluarga Jamaludin Capai Penyelesaian Kes Pertikaian Aset Rm2 1 Bilion Kata Peguam

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 158 hits
PIHAK yang terlibat dalam pertikaian harta sepencarian bernilai RM2 1 bilion melibatkan Allahyarham Dr Jamaludin Jarjis mencapai penyelesaian secara baik hari ini Peguam Syariah Nur Hidayah A Bakar yang mewakili ibu Jamaludin Aminah Abdulla...
Moomoo My Aplikasi Beli Saham Malaysia Us Mudah Murah

Moomoo My Aplikasi Beli Saham Malaysia Us Mudah Murah

papar berkaitan - pada 8/7/2024 - jumlah : 449 hits
Pernahkah anda terfikir betapa hebatnya jika anda melabur dalam syarikat syarikat besar 20 tahun lalu Tahukah anda 10 000 yang dilaburkan dalam Nvidia pada tahun 2004 kini bernilai hampir 4 8 juta Inilah kuasa pelaburan jangka panjang Dan k...
Wan Fayhsal Pertahan Kenyataan Berkait Peruntukan

Wan Fayhsal Pertahan Kenyataan Berkait Peruntukan

papar berkaitan - pada 3/7/2024 - jumlah : 257 hits
Ahli Parlimen Wan Ahmad Fayhsal dilapor mengatakan peruntukan kepadanya dilencongkan buat parti politik menyokong kerajaan PETALING JAYA Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan Ahli Parlimen Perikatan Nasional di Kelantan tidak diberi ...
Siapa Kata Rakyat Menderita

Siapa Kata Rakyat Menderita

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 187 hits
Dalam 24 jam dapat RM55 000 Wow Ramai juga yang derma Maknanya yang Saddiq rakyat menderita selama ni tak betul la kan Sebabnya kalau dah menderita Satu hal lagi dia kata rakyat susah Tapi lepas tu dia jugak kutip derma ke kat rakyat yang d...
Dulu Kata Yifdin Baik Benarkan Keluar Kwsp Bila Habia Keriau Salahkan Orang

Dulu Kata Yifdin Baik Benarkan Keluar Kwsp Bila Habia Keriau Salahkan Orang

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 513 hits
Aku betulkan sikit la Sebab secara logiknya pakcik ni duit KWSP dah habis dah Guane boh Raja Gelap II
Hiburan Hanya Ayam Dan Sambal Ramai Pertikai Kenapa Harga Ayam Gepuk Mahal Ini Sebabnya

Why The British Mini Still Captures Hearts Across The World

Koleksi Tumbuhan Spider Plant Dan Kaktus Di Laman Kecilku

Bandung Jadi Tuan Rumah Konferensi Internasional Untuk Palestina Perdana Di Era Genosida

Kari Udang Menu Lunch Hari Sabtu

Sambal Nasi Lemak Legend

Sinopsis Filem Gantung Musketeer Code

Analysing Rafizi Ramli S Statement


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Banyak Betul Kedai Kopi Kat Janda Baik

Kalah Pemilihan Rafizi Bukan Hati Tisu

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn

Mas Khan Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini

Butter Cake Di London

Heads Up Kl Selangor Asean Summit Means Temporary Home Based Learning For Some Schools