Beli Kerepek Di Azhar Food Rengit


 Assalamualaikum WBT

SELEPAS mengopi di Rumacabuk Muar, kami meneruskan perjalanan ke Batu Pahat. Dah sampai ke Batu Pahat, wajiblah singgah ke Gerai Sate Rosle, cuma kali ni, kami tapau. Itupun cuma pesan Sate Usus. Itupun tak dapat tapau banyak, pembelian terhad gitu, hahahaha.

Sk ajak Pak Inche singgah Azhar Food. Pak Inche pantang dipelawa, terus setuju. Sk mengingat-ngingat, lokasi Azhar Food, adakah selepas Pekan Rengit atau sebelum Pekan Rengit. Tengok, kampung sendiri pun lupa, hahaha.  Setelah puas mengingat, selepas Pekan Rengitlah agaknya, tetiba.. ternampak bumbung Azhar Food dan kereta menjalar-jalar di pinggir jalan. Sebelum Pekan Rengit laaaa.. rupanya.

Belum sempat turun kereta, hujan mula bertitisan. Sk keluarkan payung dari bonet memandangkan kami letak kereta agak jauh juga. Di Azhar Food ni, raya sepanjang zaman ya.

Syurga kerepek.. pelbagai jenis kerepek dijual dalam bentuk pukal yang lebih murah atau pun dalam pek besar, sederhana dan kecil. Pilih.. pilih pilih! Pak Inche, suka makan kerepek sambil tengok filem tamil. Desyum! Desyum! Desyum! Hahahaha.


Kuih raya pun ada.. tengok, macam-macam jenis dan bentuk tart nenas. Tangan nak capai jer tapi hati kata, sabarrrrrr


Ramai sedang membeli-belah siap bertroli. Mungkin nak buat majlis kahwin


Biskut Cincin yang terkenal di sanun pun ada. Sk tak pasti, memang dibawa dari Negeri Bawah Bayu atau dihasilkan di Tanah Jauhar. Capai sebungkus saiz kecil, nak ambil saiz besar, Sk sorang jer yang suka


Amplang pun ada. Boleh tipu-tipu bagi cenderahati kat sedara, kononnya baru balik dari Sabah, padahal beli amplang kat Rengit, hahaha. Teringat kisah mak seorang kawan Sk, masa pergi umrah, dia tak larat nak beli kurma dan kacang dari sana nak bagi-bagi kat kawan dan sedara, dibelinya kacang dan kurma dari Plaza Angsana, hahaha



Masa pergi Kota Bharu dan jalan-jalan di Pengkalan Kubor, Sk pelik jumpa Kerepek Buah-Buahan, rupa-rupanya, kat Azhar Food pun ada. Lupa nak belek label, adakah ia dibawa dari Kelantan atau Thai. Tapi harga di AF ni mahal sikit la, kat sana tak silap RM10 hingga RM15 sebungkus


Kemudahan tandas dan surau juga disediakan untuk pelanggan. Sk ni selalu gunakan jalan kampung, dan Sk lihat sekarang ni, banyak stesen-stesen minyak baru atau lama telah dinaik taraf dengan kemudahan tandas dan surau yang luas dan selesa macam di R&R juga


Balik tu, singgah Pontian pulak, kononnya nak makan Mee Hailam D'Perak di Jalan Parit Mesjid, tapi dah tutuplah pulak. Malah, kakak yang meniaga roti canai ni pun tak kenal dan tak tahu ke mana perginya. Jadinya, makanlah roti canai seorang sekeping dengan teh o panas. Yang bestnya, dia bagi kuah kari kaki ayam, terus teringat Capati Brotherhood di Slim River, hahaha. Lepas makan, terus balik.. syukur, selamat sampai rumah sebelum maghrib. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/02/singgah-azhar-food-beli-kerepek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jais Ustaz Azhar Idrus Tiada Tauliah Mengajar Agama Di Selangor

Jais Ustaz Azhar Idrus Tiada Tauliah Mengajar Agama Di Selangor

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 233 hits
Jabatan Agama Islam Selangor mengesahkan penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus tidak mempunyai tauliah mengajar tentang agama Islam di Selangor Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata demikian mengulas isu pembatalan Kuliah Maghrib Us...
Jangan Lupa Kenduri Di Rumah Azhar

Jangan Lupa Kenduri Di Rumah Azhar

papar berkaitan - pada 18/2/2023 - jumlah : 226 hits
Dalam kumpulan WhatsApp ada rakan yang tolong ingatkan tentang kenduri di rumah sahabat pada hari ini Peringatan itu berbunyi Jangan lupa kenduri di rumah Azhar hari ini Jemputan melalui WhatsApp telah dibuat oleh Azhar beberapa kali sebelu...
Nearly 600 Food Outlets Offer Menu Rahmah Cheap Meals

Nearly 600 Food Outlets Offer Menu Rahmah Cheap Meals

papar berkaitan - pada 26/2/2023 - jumlah : 166 hits
A Johor Bahru restaurant s RM5 meals under the Menu Rahmah programme attracted the attention of this mother and her children KEPALA BATAS A total of 586 food operators nationwide have registered to offer cheap set meals under the Menu Rahma...
Samtai Yamch A Menawarkan Halal Chinese Food Dan Dim Sum

Samtai Yamch A Menawarkan Halal Chinese Food Dan Dim Sum

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 587 hits
Samtai YAMCH A Menawarkan Halal Chinese Food Dan Dim Sum Assalamualaikum semua Craving makanan Cina Tapi risau nak makan kat restoran sebab ragu ragu dengan status halal Ha apa kata korang try makanan yang ditawarkan di Restoran Samtai YAMC...
Kerepek Pisang Tanduk Buat Sendiri

Kerepek Pisang Tanduk Buat Sendiri

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 263 hits
Baca GAMBAR LOKASI Kerepek Pisang Tanduk Buat Sendiri Dah lama tak buat kerepek pisang tanduk Bila dapat stok pisang tanduk yang dah matang tapi belum masak baiklah kita buat kerepek Buat pun ala cincai je kita sagat atas kuali panas Baru l...
Beli Primer Foundation Mary Kay Dapat Hadiah Bertunang

Beli Primer Foundation Mary Kay Dapat Hadiah Bertunang

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 200 hits
Assalamualaikum Skincare SA memang dari dulu guna Mary Kay Timewise dan SA akan restock sikit sikit kalau salah satu barang nak habis Sebelum ni dealer memang budak budak office je tapi ramai yang dah berhenti dan yang masih jual MK ni ada ...
Pusat Pakaian Hari Hari Pilihan Utama Ibu Bapa Beli Kelengkapan Sekolah Anak

Pusat Pakaian Hari Hari Pilihan Utama Ibu Bapa Beli Kelengkapan Sekolah Anak

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 311 hits
hai assalammualaikumPusat Pakaian Hari Hari Pilihan Utama Beli Kelengkapan Sekolah Anak Korang dah selesai belum beli kelengkapan sekolah anak Tahun ni masuk persekolahan tahun baru bulan 3 Nad baru nak beli barang sekolah anak ni Biasalah ...
Abang Sini Jap Terlebih Friendly Kasihankan Abang Berniaga Tepi Jalan Terus Panggil Beli

Abang Sini Jap Terlebih Friendly Kasihankan Abang Berniaga Tepi Jalan Terus Panggil Beli

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 368 hits
Gelagat anak kecil kita sememangnya menghiburkan hari hari kita seharian Ada sahaja telatah comel yang membuatkan kita terhibur setiap hari Gelagat anak kecil ini yang teramat peramah ketika berada di perhentian lampu isyarat membuatkan ram...
Bagaimana Jika Tulisan Doktor Dijadikan Logo Jenama Terkemuka Boleh Teka Tak

Ismail Sabri Sprm Dan Sejarah Berulang

T13k19 Ops Cantas Pokok Lada

Jadual Waktu Berbuka Imsak Ramadan 2025 Negeri Perak

Jadual Waktu Berbuka Puasa Johor Ramadan 1446h 2025m

Drama Haluan

Ismail Sabri Diarahkan Sprm Isytihar Harta

Xiaomi 15 Ultra Dilancar Reka Bentuk Ikonik Fokus Fotografi Harga Dari Rm5 199


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How Do I Rehome These Fish Practical Fishkeeping

Merumput Di Raised Bed Keladi

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Dua Pendaki Wanita Maut Di Puncak Jaya

Sawi Jepun Dan Tauhu Telur Dengan Sos Tiram Credit Mighaaa8

Jejak Ke Zaman Silam Setiap Benang Mengisahkan Cerita Dari Songket Diraja Ke Intr