Beli Durian Kampung
Assalamualaikum WBT
IMAN bagi hint, bonda dengan babah tak nak beli durian ke? Bila Sk beritahu Pak Inche, balik dari makan malam terus dia ajak cari durian sebab hari ni Iman dah nak balik kolej. Kami ikut pekan lama Kangkar Pulai dan singgah gerai durian depan balai polis.
Gerai ni jual durian kampung aje, no musang king, musang queen, ioi, D24 atau lain-lain durian kayangan. Harga durian bermula dari RM3. Kalau ambil borong, dapatlah kurang seringgit sekilo. Tak pastilah borong tu dikira banyak mana sebab memang tak ada plan nak beli banyak, cukup melepaskan keinginan anak tekak
Durian harga RM10 sekilo habis diborong oleh pelanggan sebelum kami. Sk pulak bertekad, alang-alang Pak Inche nak membeli, nak la yang termahal terbaik, hahaha. Kecewa jugak tak ada musang king atau ioi, jadi Sk minta yang RM15 sekilo, nak dua biji aje pun.
Abang penjual durian tu kata, yang 12 sekilo pun elok juga tapi nak juga la yang 15 ni sebab nampak lebih hensem, hahaha. "Nak yang macam mana? Nak yang manis ke.. pahit-pahit ke? Teringat Iman pernah beritahu, dia suka yang pahit-pahit. Jadi, kami minta yang pahit dan manis. Abang tu ambil sebiji dan mendekatkan ke lubang hidungnya. Dia menghidu dalam-dalam, sebiji sebiji
Pak Inche tanya, macam mana tahu, durian tu senyum ke apa? Amboi, buat lawak pulak Pak Inche ni. "Dah biasa, kata abang tu. Kemudian dia menakuk sebiji durian dan menunjukkan isinya kepada kami.
Durian ni, kalau bahagian ni tak elok, dia jatuh RM5 sebiji, tawar abang ni sambil menunjukkan tanda sedikit hitam pada kulit durian. Sk cuba memahamkan seketika maksudnya dan kemudian bersetuju.
Dia kemudian menakuk bahagian lain, elok isinya. Jadi, dia akan buka bahagian bertanda tadi pula. Kalau bahagian tu elok, maknanya kira RM15 sekilo, kalau tak elok, RM5 sekilo.
Jatuh RM5 sekilo sebab sepangsa tidak elok. Setelah ditimbang, RM8 sebiji. Kami pilih sebiji lagi durian. Dari hajat nak beli dua biji, dah jadi tiga biji. Tu sebab la risau nak beli-beli durian ni, dah berapa kali terjadi, kata nak beli dua biji, tiber beli seguni. Tiber kena RM200, hahaha. Tapi abang ni bagus, tak la main takuk aje durian dan paksa kita beli
Dua biji durian yang elok, RM58 tambah sebiji yang berharga RM8, jumlah RM66. Abang tu kira, RM60 sahaja. Sk kira-kira, kami cuma bayar RM2 jer la untuk durian yang rosak sepangsa tu.
Puas hati la dapat isi durian kampung macam ni. Tapi.. tapi .. tapi...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Yassalammmmm..
Durian yang sebiji jadi RM2 tu tak boleh bukakkkk!!
😭😭😭
Kenapa
Kenapa? Kenapa tatawwww!
Hampir sejam ya.. dan Sk terpaksa korek isi durian tu, hahaha.. berbeza dengan durian lain tu, bijinya nipis dan isinya lebih sedap dari durian yang dua biji lagi tu. Sk agak pasti ada hikmahnya kenapa tak boleh buka. Bayangkan dah hogah dua orang pun tak terbuka pangsa durian tu dan seolah dia bercantum semula. Sk cakap dengan Iman, ada la hikmahnya tu.. mungkin bahagian yang tak boleh buka tu beracun!! Hahahah
Kalau tu yang RM15 sekilo, memang Sk hantar semula kat abang tu mintak yang baru, hahahaha!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/05/beli-durian-kampung.html