Orang Luar Nama Kampung Pun Tak Tahu Kerajaan Didesak Pilih Anak Jati Labuan


 
Beberapa bekas ketua kampung mahu kerajaan memilih anak tempatan untuk menjadi pengerusi Perbadanan Labuan, yang melaksanakan fungsi kerajaan tempatan. (Gambar Bernama)LABUAN: Beberapa bekas ketua kampung di Labuan mendesak kerajaan memilih pengerusi Perbadanan Labuan (PL) dalam kalangan anak jati kerana mereka lebih memahami selok-belok dan cita rasa penduduk.
Mereka semua menolak “orang luar” dilantik sebagai pengerusi PL, seperti hangat diperkatakan dalam kalangan warga Labuan yang menurut mereka turut tidak bersetuju.
Bekas ketua kampung Batu Maikar, Ismail Samad, berkata pentadbiran Anwar Ibrahim tidak wajar menolak permintaan penduduk yang mahu pengerusi PL dipilih dalam kalangan anak jati Labuan.
Ads by Kiosked“Kita sebagai pemimpin masyarakat perlu melihat ke depan dan bersuara mempertahankan hak orang Labuan diangkat menjadi pengerusi PL, kerana mereka inilah yang memahami keadaan penduduk.
“Tiada maknanya jika orang luar dipilih sedangkan mereka langsung tidak dapat menjiwai kehendak rakyat Labuan,” katanya dalam kenyataan diterima FMT.
Fungsi kerajaan tempatan dan pihak berkuasa perancang tempatan di Labuan dilaksanakan oleh PL, yang turut berperanan untuk mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial.
Ia merupakan agensi bawah Jabatan Wilayah Persekutuan bawah Jabatan Perdana Menteri, susulan penstrukturan pada Disember tahun lalu.
Ahli lembaga PL terdiri daripada seorang pengerusi dan timbalan pengerusi, dan empat anggota lain. Berdasarkan laman web PL, jawatan pengerusi masih kosong manakala timbalannya Rosida Jaafar, yang juga ketua pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan.
“Pengalaman kami ketika dilantik sebagai ketua kampung, segala masalah kampung yang kami hadapi mudah diselesaikan oleh pengerusi PL yang dilantik dalam kalangan anak tempatan,” kata Ahad Ahmad, bekas ketua kampung Durian Tunjung.
Beliau mendakwa, sebelum ini warga Labuan terkilan apabila “orang luar” dilantik sebagai senator.
“Jawatan senator sudah pun terlepas kepada orang luar dari Labuan…kita berharap kesilapan lama tidak akan berulang yang mencetuskan kemarahan rakyat,” katanya.
Sementara itu, bekas ketua kampung Layang-Layangan, Faizal Lakat, berkata pelantikan bagi jawatan utama perlu mengambil kira kepentingan dan sentimen rakyat Labuan.
Beliau menambah, pemilihan anak jati sebagai pengerusi PL perlu dilihat sebagai suatu “keistimewaan” bagi penduduk, justeru menghormati maruah orang Labuan.
Faizal bertegas, mereka tidak sepenuhnya menolak pelantikan “orang luar”. “Mungkin pada masa akan datang akan lebih banyak lagi jawatan penting di Labuan akan diisi oleh orang luar.”
Seorang lagi bekas ketua kampung, Mazlan Din, berkata penduduk mahu melihat anak jati Labuan sendiri mengemudi pembangunan di wilayah itu, dan menambah ramai yang berkebolehan dalam pelbagai bidang.
Ads by Kiosked“Apa gunanya kita lantik orang luar kalau mereka sendiri tidak tahu apa itu Labuan, malah nama-nama 27 kampung di Labuan pun mereka tidak tahu,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/05/orang-luar-nama-kampung-pun-tak-tahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lihat Calon Dap Atas Nama Kerajaan Perpaduan Kata Mat Maslan Kepada Ahli Umno

Lihat Calon Dap Atas Nama Kerajaan Perpaduan Kata Mat Maslan Kepada Ahli Umno

papar berkaitan - pada 20/5/2023 - jumlah : 231 hits
agendaily com19 05 2023Datuk Seri Ahmad Maslan menggesa ahli UMNO memangkah calon parti daripada kerajaan campuran pada PRN nanti Datuk Seri Ahmad Maslan menggesa semua ahli UMNO agar melihat calon DAP dalam Pilihan Raya Negeri sebagai waki...
Kerajaan Akan Pastikan Penduduk Luar Bandar Terima 5g Ahmad Zahid

Kerajaan Akan Pastikan Penduduk Luar Bandar Terima 5g Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 173 hits
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan terus memastikan penduduk di luar bandar terutamanya kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Felcra Bhd dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan ...
Hiburan Mama Sentiasa Sokong Anak Sharifah Zarina Kini Dah Jadi Penyanyi Tak Kisah Nama Dikenali Sebab Kontroversi

Hiburan Mama Sentiasa Sokong Anak Sharifah Zarina Kini Dah Jadi Penyanyi Tak Kisah Nama Dikenali Sebab Kontroversi

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 197 hits
Anak perempuan kepada penyanyi Sharifah Zarina pernah mencipta kontroversi setelah video TikToknya bersama pelakon Alvin Chong menjadi perbualan ramai netizen di media sosial Difahamkan Athalia kini mewarisi bakat nyanyian ibunya dan sudah ...
Gara Gara Tak Beri Anak Main Gadget Bapa Terpaksa Tunggu 47 Tahun Untuk Unlock Ipad

Gara Gara Tak Beri Anak Main Gadget Bapa Terpaksa Tunggu 47 Tahun Untuk Unlock Ipad

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 160 hits
Gara gara tak beri anak main gadget bapa terpaksa tunggu 47 tahun untuk 8216 unlock 8217 iPad Gara gara anak bapa terpaksa tunggu 47 tahun untuk unlock iPad Anak anak zaman milenia ini semuanya dihidangkan dengan gajet Seakan menjadi satu k...
Anak Menangis Amp Ketua Kabin Tak Bagi Infant Belt Viral Syarikat Airlines Baru Cuba Halau Penumpang Keluar Pesawat

Anak Menangis Amp Ketua Kabin Tak Bagi Infant Belt Viral Syarikat Airlines Baru Cuba Halau Penumpang Keluar Pesawat

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 174 hits
Perkongsian seorang bapa tentang pengalaman dia bersama isteri dan anak anak ketika menaiki pesawat syarikat penerbangan baru meraih perhatian ramai Menerusi hantaran yang ditulis panjang itu Fear Dawooz menceritakan kronologi dan cerita di...
Ibu Anak Lelaki Bertemu Selepas 48 Tahun Terpisah

Ibu Anak Lelaki Bertemu Selepas 48 Tahun Terpisah

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 187 hits
Kalbana Perimbanayagamam hmetro com myTANGKAP layar video tular di TikTok FOTO tularKuala Lumpur Rakaman video yang memaparkan pertemuan semula antara seorang lelaki dan ibunya terpisah selama 48 tahun sejak lahir meruntun hati netizen di T...
T23e25 Babi Punya Babi Dimakannya Anak Pisang Yang Ditanam Master

T23e25 Babi Punya Babi Dimakannya Anak Pisang Yang Ditanam Master

papar berkaitan - pada 26/5/2023 - jumlah : 183 hits
Pagi ini sekitar jam 2 ke 3 pagi Master sedang menyidai kain Tidak beberapa lama lalu dua buah motosikal ditunggangi anggota Rela yang membuat rondaan menjaga keselamatan taman perumahan kami Tiba tiba salah seorang di antara mereka menyulu...
Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun

Wanita Bersalin Semasa Buang Air Besar

Jangan Risau Jika Tak Terkenal

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Bila Pn Buat Pusingan U

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control