Beli Barangan Muslim Zaman Rasulullah Yang Memecah Monopoli Yahudi



Ketika umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah, mereka tidak membawa harta atau aset kekayaan bersama mereka. Sebaliknya mereka hanya bersehelai sepinggang untuk memulakan hidup baru di wilayah baru. Suasana ekonomi di Madinah pada ketika itu berada dalam cengkaman monopoli orang Yahudi. Mereka menguasai perdagangan antara kota, pertanian, tenunan pakaian, industri besi dan emas serta pinjaman kewangan dengan riba yang sangat tinggi.
Kisah Pertama


Setelah tiba di Madinah, Rasulullah mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar. Abdul Rahman bin Auf dipersaudarakan dengan Saad bin Rabi’ iaitu antara orang terkaya dalam kalangan Ansar. Saad bin Rabi’ ingin memberi salah seorang isterinya dan separuh hartanya kepada Abdul Rahman bin Auf. Namun, Abdul Rahman bin Auf menolak pelawaan itu sebaliknya berkata, “Tunjukkan aku dimanakah pasar yang paling sibuk dengan perniagaan”. 
Maka Saad bin Rabi’ pun menunjukkan kepadanya Pasar Yahudi Qainuqa. Abdul Rahman bin Auf yang sebelum ini merupakan hartawan dan usahawan di Mekah terus memulakan perniagaan di pasar Yahudi itu tanpa takutkan persaingan. Antara dagangannya adalah perniagaan unta yang selama ini dikuasai oleh orang Yahudi. Beliau menjual unta dengan harga yang tidak setinggi jualan orang Yahudi.
Walaupun margin keuntungannya sedikit, namun beliau telah menarik ramai pelanggan dek kerana harga yang tidak terlampau mahal. Tetapi, setiap unta yang dijualnya tidak disertakan tali pengikat unta. Apabila banyak unta terjual, menjadi suatu keperluan kepada masyarakat untuk mendapatkan tali pengikat unta. Dari sinilah Abdul Rahman bin Auf mula membuat keuntungan dengan menjual tali pengikat unta.
Pengajaran dari kisah pertama adalah, “Peniaga Muslim perlu ada Skill & Strategi Perniagaan”. Apa yang dilakukan oleh Abdul Rahman bin Auf adalah Market Research (cari pasar paling sibuk), Trust through Branding (unta Uthman harganya tidak terlampau mahal seperti peniaga Yahudi) dan Supply & Demand (mengawal harga melalui keperluan masyarakat untuk mendapatkan tali unta).
Kisah Kedua
Ketika di Madinah, selain membina Masjid, antara perkara awal yang lain dibina oleh Rasulullah adalah Pasar. Oleh kerana orang Yahudi memonopoli perniagaan melalui pasar-pasar milik mereka yang antaranya ialah Pasar Qainuqa, maka Rasulullah pergi melihat pasar-pasar Yahudi di sekitar Madinah untuk melihat sistemnya. Baginda bersabda, “Bukan begini pasar kamu (Islam)”. Kemudian, baginda membina pula pasar khas untuk Muslim dengan sistem tersendiri dengan bersabda “Beginilah pasar kamu”.
Pengajaran dari kisah kedua adalah, Rasulullah menyediakan “Platform & Option” kepada para pengguna dan pembeli. Buat apa umat Islam perlu terkongkong dengan hanya pasar milik orang Yahudi jika umat Islam sendiri boleh membuat pasar sendiri dan berjual beli disitu. Kita ada pasaran dan produk sendiri. Dont play their games when we have our own.
Kisah Ketiga
Suatu ketika, Madinah ditimpa kemarau. Orang Madinah sangat memerlukan air, namun telaga yang memiliki air pada ketika itu dimiliki oleh seorang Yahudi bernama Ruumah. Dia mula menindas orang ramai yang memerlukan air dengan harga yang tinggi. Kemelaratan ini disampaikan kepada Rasulullah. Lalu Rasulullah bersabda, “Sesiapa sahaja antara kamu yang menyumbangkan hartanya untuk dapat membeli telaga itu, lalu mendermakannya untuk umat, maka akan mendapat Syurga Allah”
Tahu akan hal ini, Uthman bin Affan segera pergi bertemu dengan Ruumah untuk membeli telaga itu. Namun, Ruumah tidak mahu menjualnya. Maka, Uthman bin Affan menawarkan harga yang sangat tinggi untuk membeli hanya separuh dari telaga tersebut. Ruumah tidak faham bagaimana boleh telaga itu boleh dibeli separuh. Maka Uthman bin Affan berkata kepada Ruumah bahawa masyarakat akan membeli air dari Ruumah pada hari ini dan keesokkannya beli dari Uthman bin Affan pula. Begitulah seterusnya telaga ini digilir-gilirkan.
Setelah Ruumah bersetuju dengan perjanjian itu, maka Uthman bin Affan pulang kepada kaum Muslimin lalu menyeru, “Jangan beli air ketika giliran telaga itu milik Ruumah. Datanglah ambil air sepuas-puasnya ketika telaga itu jatuh pada hari giliranku”.
Maka umat Islam semua menyokong kempen tersebut sehingga menyebabkan Ruumah tidak mendapat sebarang hasil jualan pada hari gilirannya. Namun, dia melihat umat Islam boleh mengambilnya secara percuma pada hari giliran Uthman bin Affan. Lama kelamaan, Ruumah jatuh bankrap lalu Uthman datang untuk membeli seluruh telaga itu dengan harga yang rendah. Ruumah terdesak dan terpaksa menjual seluruh hak pemilikan telaga itu kepada Uthman bin Affan.
Pengajaran dari kisah ketiga adalah, “Community Support” terhadap sesuatu kempen. Sebagai pemegang kuasa pembeli dan pengguna yang kuat, mereka bersatu padu untuk mengikuti strategi kempen tersebut. 
Walaupun pada mulanya Uthman bin Affan terpaksa bersusah payah sedikit untuk membeli separuh telaga dengan harga yang tinggi, namun setelah kempen ini berkesan, Uthman bin Affan berjaya memiliki keseluruhan hak milik telaga ini dengan harga yang murah lalu nikmatnya dikongsi semula kepada umat Islam jua.
Kesimpulan
Muslim perlu menjadi peniaga yang mempunyai skill dan strategi perniagaan yang bijak. Seterusnya, Muslim perlu memiliki platform dan option tersendiri. Akhir sekali, tiada guna ada peniaga bijak dan platform disediakan tetapi tidak mendapat sambutan dan sokongan umat. Umat selaku komuniti perlulah bersama-sama membantu ekonomi sesama Muslim.
Walaupun akan mengalami kesukaran diawal usaha, namun dengan 3 keypoint utama ini, maka nikmat keuntungan dibelakang hari kelak akan kembali kepada umat Islam jua. Umat Islam kaya, zakat pendapatan tinggi, akan dikembalikan kepada asnaf-asnaf pula untuk sama-sama membentuk ummah yang mantap ekonominya. Inilah yang dinamakan JIHAD EKONOMI.
Salam Maaf Hijrah 1441, sama-samalah kita berhijrah ke produk Muslim.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://thekl-chronicle.blogspot.com/2019/09/beli-barangan-muslim-zaman-rasulullah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Meletakkan Barangan Sewa Beli Untuk Kegunaan Ramai Adakah Dikira Sedekah

Meletakkan Barangan Sewa Beli Untuk Kegunaan Ramai Adakah Dikira Sedekah

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 259 hits
SOALAN Apa hukumnya kita berniat untuk meletakkan penapis air di surau atau masjid tapi bayaran penapis air itu dibayar oleh saya secara ansuran menggunakan akad sewa beli Adakah ianya dikira sebagai satu sedekah Terima kasih atas penjelasa...
Politik Politik Juga Tapi Jom Sokong Beli Produk Muslim

Politik Politik Juga Tapi Jom Sokong Beli Produk Muslim

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 359 hits
POLITIK politik juga tetapi Islam lebih tinggi dari politik perkauman dan kenegerian yang sempit Lihat kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Negeri Perak ini Jom Sokong Kempen Beli Produk Muslim 1 Dewan Muslimat Pas Negeri Perak terkilan denga...
Tenar Di Zaman Keluarga Cemara Begini Kondisi Para Pemainnya Sekarang

Tenar Di Zaman Keluarga Cemara Begini Kondisi Para Pemainnya Sekarang

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 170 hits
Setelah 15 Tahun berlalu kini para pemain Keluarga Cemara kembali reuni tampil ke hadapan publik Mereka akan kembali tampil dalam film Terima Kasih Emak Terima Kasih Abah Film ini sendiri rencananya akan dirilis pada 16 April 2020 mendatang...
Eid Korean Muslim Restoren Menyediakan Hidangan Korea Yang Halal

Eid Korean Muslim Restoren Menyediakan Hidangan Korea Yang Halal

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 726 hits
EID Authentic Korean Cuisine the best Korean Halal Food yang pernah Seri Wangi makan buat pertama kalinya di Malaysia Last makan korean food masa travel trip ke Korea bulan Mac tahun lepas you see dah setahun dah rindu jugaklah kat makanan ...
Uas Corona Tentara Allah Lindungi Muslim Uighur

Uas Corona Tentara Allah Lindungi Muslim Uighur

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 274 hits
Nama Ustadz Abdul Somad kembali jadi bahan perbincangan publik lantaran dalam ceramahnya menyebut virus corona merupakan tentara Allah yang dikirim untuk melindungi muslim Uighur di Cina Pernyataan tersebut ia sampaikan sebagai materi ceram...
Bersentuhan Dengan Non Muslim Adakah Batal Wudhu

Bersentuhan Dengan Non Muslim Adakah Batal Wudhu

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 215 hits
SOALAN Adakah batal wudhu wanita Muslim yang bersentuhan kulit dengan wanita bukan Muslim Sebabnya saya ada ramai kawan kawan non Muslim di pejabat Rasa bersalah pula kalau tidak menyambut tangan mereka ketika bersalam sedangkan saya mahu p...
Jom Kita Sokong Pelbagai Jenis Sabun Dan Bahan Pencuci Jenama Supremehero Keluaran Syarikat Muslim

Jom Kita Sokong Pelbagai Jenis Sabun Dan Bahan Pencuci Jenama Supremehero Keluaran Syarikat Muslim

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 767 hits
Nama produk SupremeHERO DetergentSupremeHERO DishwashSupremeHERO MultipurposeSupremeHERO CarPerfumeKenapa anda perlu beli sabun ni KILANG BUATAN MUSLIM DI JOHOR PROSES YANG BERSIH MENGGUNAKAN MESIN MODEN HARGA YANG BERPATUTAN WANGI SUCI BER...
Kenapa Orang Zaman Dulu Cenderung Punya Banyak Anak

Kenapa Orang Zaman Dulu Cenderung Punya Banyak Anak

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 696 hits
Peribahasa Banyak anak Banyak Rezeki Dalam kehidupan masyarakat kita terutama orang orang dulu ada ungkapan banyak anak banyak rejeki pengertian rejeki disini biasanya lebih mengacu kepada materi Ungkapan ini mungkin tidak banyak dianut ole...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025