Beli Baju New Era Original Dari Vietnam
assalamualaikum. haritu aku ada hadiahkan suamiku baju jenama new era original dari vietnam. jauh kan? selalu beli cap dekat booth sekitar kuala lumpur atau paling dekat dengan rumah i-city central sahaja. i-city central shah alam dengan rumah aku maka ianya dah jadi macam rumah kedua. kadang kitorang berdua pergi sana pakai kain pelikat dengan seluar bercorak batik selipar jamban. hahaha.
New Era X MLB Cooperstown Detroit T-shirt
aku beli t-shirt new era ini sekitar 30 mei 2023 dan buat bayaran pada hari yang sama. pembelian aku dihantar keluar pada keesokkan harinya; 31 mei 2023. selepas 13 hari tempoh menunggu iaitu pada 13 jun 2023, pembelian t shirt new era pun tiba di perkarangan meja pejabat. hehehe.
lama juga penantiannya. setiap hari suamiku menunggu khabar gembira dari aku. aku hanya mampu tersenyum dan memintanya untuk terus bersabar. lagipun ini pembelian dari luar negara. memang tempoh nya agak lama. namun ia tak melebihi dari tarikh jangkaan shopee.
Shopee Shop Foxsneakerea.my
aku baru nak tunjuk dekat korang pautan di shopee berkenaan baju tu namun sudah kehabisan stok. mungkin setiap jenis helaian baju hanya ada beberapa helai sahaja bagi menjamin pembelian dari pelanggan shopee. aku akan share kan pautan baju jenis lain namun masih jenama yang sama iaitu new era; New Era Burger Life Chicago White Sox Oat Milk T-shirt. corak pada bajunya sangat menarik minat aku.
korang boleh tengok shopee shop foxsneakerea.my. ada banyak lagi baju bercorak yang lebih menarik dan cantik. aku ni mudah terjebak. aku memang sangat sukakan baju t shirt yang bercorak. lebih - lebih lagi coraknya seperti makanan. hahahaha. rasa comel sangat.
Review T Shirt New Era
apa yang menariknya, pembungkusan dari shop ini sangatlah premium. penjual juga sangat ramah menjawab soalan aku di ruangan chat. walaupun english aku ke laut, tetap juga dibalasnya. aku nak kan kepastian tentang ke original -an baju ini. memang baju jenama new era lazimnya rm100 dan ke atas. harga yang aku dapat di shopee ialah rm85.99 dan harga asal sebelum diskaun ialah rm164.50. di kedai dalam malaysia juga begitulah harganya.
cuma bimbang, adakah diskaun ini konon ingin mengaburi mata atau memang original betul. selepas aku terima barang dan membuat tinjauan baju, memang sah dan sahih original. segala tag di baju memang betul original sebenar tanpa ragu.
jenis kain sangat ramah di badan. seperti kain jersey jenis mahal. kain tak panas dan paling penting basuh banyak kali siap sental guna berus pun masih lagi elok dan tak tercabut. oh lupa, baju warna putih memang banyak aku basuh menggunakan tangan. bimbang jika basuh bersama baju lain, baju putih akan jadi sasaran rosak kerana ada baju warna lain turun pada baju putih berkenaan. sebelum itu terjadi baik aku elakkan dahulu.
seronok suamiku bergambar bersama baju barunya. semoga suamiku murah rezeki untuk memberikan aku hadiah juga. hehehe. terimakasih suamiku; muhammad irwan yang hensem lagi baik hati
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kanvasdakwat.blogspot.com/2023/06/beli-baju-new-era-original-dari-vietnam.html