Belanjawan2019 Perit Bagi Bumiputera Nelayan Petani Kerajaan Ph Perlu Perbetulkan



Belanjawan 2019 tidak wajar dilihat sebagai sempurna kerana banyak kumpulan yang dikhuatiri telah terpinggir dan juga kerana falsafah pasaran bebas tanpa batasan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Walaupun pada dasarnya adalah suatu belanjawan yang baik pada keseluruhannya namun tetap mempunyai beberapa kelemahan kepada golongan-golongan tertentu seperti Rakyat luar bandar, nelayan dan petani.

Demikian kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia (MTEM), Ahmad Yazid Othman dalam kenyataannya.

MTEM katanya lagi, memuji kaedah pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) yang akan mengambil kira bilangan ahli isi rumah, gaji minima yang ditingkatkan, usaha mengurangkan pekerja asing melalui levi,keperluan syarikat tersenarai untuk menerbitkan statistik gaji dan juga kad pengangkutan awam tanpa had untuk hanya RM100 sebulan.

Walaubagaimanapun MTEM tidak bersetuju dengan kenyataan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa kerajaan yang terbaik tidak sepatutnya melibatkan diri dalam perniagaan dan ini seolah-olah menandakan niat beliau untuk akhirnya melepaskan pegangan Kerajaan di perniagaan yang dimilikinya.
“Jika ini terjadi, suatu alat kemajuan ekonomi Bumiputera yang paling berkesan akan hilang buat selamanya.

“MTEM juga kecewa dengan peruntukan kecil yang disediakan untuk agenda ekonomi Bumiputera. Lim Guan Eng hanya menyebut perkataan Bumiputera sebanyak 6 kali dan jumlah peruntukan untuk Agenda Bumiputera hanya kira-kira RM3.6 bilion daripada jumlah besar Belanjawan 2019 sebanyak RM314.5 bilion.

“MTEM bimbang Agenda Ekonomi Bumiputera tidak akan diberi perhatian yang secukupnya walaupun pada tahap nasional, Belanjawan 2019 boleh dianggap sebagai suatu yang positif kerana kebanyakan Bumiputera akan mendapat kesan yang positif hasil belanjawan yangmenumpukan kepada golongan B40,” ujar kenyataan itu.

MTEM turut menyentuh mengenai isu keselamatan dan kedaulatan makanan yang telah lama diperjuangkan MTEM tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

“Tiada gerakan padu untuk mewujudkan kembali Lembaga Padi & Beras Negara (LPN) walaupun MTEM dan Padi Rescue telah memberi hujah akan kepentingan LPN kepada keselamatan bekalan makanan negara.

“Peruntukan kerajaan untuk sektor pertanian dan perikanan tertumpu kepada pembangunan industri seperti penyelidikan untuk benih, automasi dan latihan industri yang tidak memanfaatkan petani dan nelayan secara terus. Walaupun niat dan rancangan kerajaan adalah murni, tidakharus dilupakan kebajikan petani dan nelayan yang memerlukan perhatian segera dengan adanya ‘social safety net’.

“Sebagai contoh, bantuan untuk petani sebanyak RM200 sebulan sementara menunggu musim menuai tidak disambung. Jelas sekali, sektor pertanian dan perikanan bukanlah keutamaan bagi kerajaan.
“Masih belum terlambat bagi kerajaan untuk melaksanakan langkah-langkah untuk membetulkan hala tuju yang agak menyimpang dari kepentingan Bumiputera, nelayan dan petani,” ujarnya.

Ahmad Yazid berkata, kebanyakan butiran yang terkandung di dalam Belanjawan 2019 adalah positif namun diharap agar rakyat tidak perlu menunggu hingga Belanjawan 2020 untuk belanjawan yang lebih sempurna.

Malaysiadateline

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/11/belanjawan2019-perit-bagi-bumiputera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan Rakyat Sengsarakan Petani Peneroka Nelayan Dan Orang Kampong Tak Di Sebut

Belanjawan Rakyat Sengsarakan Petani Peneroka Nelayan Dan Orang Kampong Tak Di Sebut

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 731 hits
Bajet Kerajaan Pakatan 2019Buat pertama kalinya Menteri Kewangan Lim Guan Eng membentangkan BAJET PAKATAN HARAPAN 2019 Buat kali pertama juga Guan Eng dalam pembentangannya menyebut HUTANG DAN LIABILITY NEGARA adalah sebanyak RM 1 trillion ...
Belanjawan 2019 Risau Untuk Para Nelayan Dan Juga Petani

Belanjawan 2019 Risau Untuk Para Nelayan Dan Juga Petani

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 529 hits
BELANJAWAN 2019 yang dibentangkan pada Jumaat lalu pada dasarnya adalah suatu belanjawan yang baik pada keseluruhannya namun tetap mempunyai beberapa kelemahan kepada golongan golongan tertentu seperti rakyat luar bandar nelayan dan petani ...
Bajet 2019 Anak Tiri Kan Pesawah Petani Peladang Dan Nelayan

Bajet 2019 Anak Tiri Kan Pesawah Petani Peladang Dan Nelayan

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 468 hits
Teks ucapan Belanjawan 2019 tidak menyebut langsung perkataan pesawah petani peladang dan nelayan biar sekali pun Felda hanya disebut sekali dan itupun hanya untuk peruntukkan RM295 juta bagi menaiktaraf jalan projek sistem bekalan air dan ...
Kesian Kat Pesawah Nelayan Petani Penoreh Getah

Kesian Kat Pesawah Nelayan Petani Penoreh Getah

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 545 hits
Tahukah anda Di dalam Bajet 2018 perkataan di bawah telah disebut sebanyak Felda 6 kaliPekebun Kecil 5 kaliPesawah 4 kaliNelayan 4 kaliPetani 3 kaliPenoreh getah 2 kaliManakala di dalam Bajet 2019 perkataan di bawah telah disebut sebanyak F...
Kerajaan Bincang Ratifikasi Icerd 7 November Ini

Kerajaan Bincang Ratifikasi Icerd 7 November Ini

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 411 hits
Kerajaan akan mengadakan perbincangan meja bulat bersama badan bukan kerajaan Islam bagi membincangkan cadangan meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum Perbincangan yang akan diadakan pa
15 Perkara Yang Diputuskan Dalam Mesyuarat Pertama Kabinet Kerajaan Ph

15 Perkara Yang Diputuskan Dalam Mesyuarat Pertama Kabinet Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 306 hits
15 Perkara Yang Diputuskan Dalam Mesyuarat Pertama Kabinet Kerajaan PH Telah berlangsung mesyuarat Kabinet Pertama Kerajaan Pakatan Harapan antara keputusan yang dinanti nantikan seluruh rakyat Malaysia adalah Kenaikan Gaji Penjawat Awam ya...
Anthony Loke Kerajaan Tidak Akan Mendengar Desakan Mengharamkan Grab

Anthony Loke Kerajaan Tidak Akan Mendengar Desakan Mengharamkan Grab

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 431 hits
Bukan rahsia bahawa pengusaha dan pemandu teksi sedang mendesak kerajaan supaya mengharamkan perkhidmatan perkongsian kereta seperti Grab Ini adalah kerana menurut kewujudan perkhidmatan ini membunuh sumber pencarian mereka Beberapa demo te...
The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Kenapa Pilih Mosumart Design Untuk Semua Keperluan Cetakan Anda

Tenangnya Pagi Muharam

Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Man City Bergaya Bedal Juventus


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Middle East Has Changed Permanently

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Saturday Jokes 270

Antara Jeans Dan Barang Kemas

Cara Kesan Phone Kena Hack Kod Rahsia Elak Kena Intip

Pgzeus88 13 July Pgzeus88 Top 66 By Zack