Belanjawan Tumpu Pulih Keyakinan Mensejahtera Rakyat


KUALA LUMPUR: Belanjawan sulung bagi pentadbiran baharu bermatlamat untuk memenuhi aspirasi rakyat demi Malaysia baharu.
Kerajaan akan menggunakan asas ekonomi yang kukuh untuk memakmur dan mengembalikan zaman kegemilangan negara dalam tempoh tiga tahun pertama pentadbiran meskipun terdapat pelbagai cabaran pada peringkat dalaman dan luaran.
Selari dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11, tumpuan segera adalah memulihkan semula keyakinan terhadap kerajaan, mewujudkan negara keusahawanan dan mensejahterakan rakyat.
Usaha akan dipertingkat untuk menangani defisit kepercayaan rakyat, profesional, pihak swasta dan awam terhadap pentadbiran kerajaan.
Tumpuan segera diberikan bagi menangani isu berstruktur dan dasar yang menghalang negara untuk terus maju. Justeru, prinsip kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan (CAT) akan diguna pakai pada setiap peringkat kerajaan.
Belanjawan 2019 akan memperkenalkan beberapa langkah untuk memperkukuh tadbir urus, memperluas asas hasil negara, menambah baik pengurusan fiskal dan perolehan kerajaan serta menyusun semula peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Selain itu, kementerian dan agensi akan diperkemas bagi mengelak pertindihan peranan dan fungsi.
Menerusi inisiatif mewujudkan negara keusahawanan, laporan itu berkata Dasar Pensyarikatan Malaysia akan diperkasakan bagi menggalakkan keusahawanan dan pembabitan sektor swasta dalam kegiatan ekonomi dan pembangunan secara keseluruhan.
Dasar ini dijangka mencetuskan versi baharu kerjasama awam swasta (PPP) untuk menggalakkan pelaburan dan keusahawanan dalam negara. Dalam aspek ini, pendekatan tukar ganti tanah di bawah PPP akan disemak semula iaitu memisahkan penjualan tanah daripada pembangunan tanah. Penjualan dan pembangunan tanah akan dilakukan secara tender terbuka.
Ekonomi Malaysia mestilah berasaskan kepada tahap kecekapan dan teknologi paling tinggi. Firma terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) perlu berhenti daripada berasa terlalu selesa dan mengejar keuntungan jangka masa pendek serta kurang melakukan pelaburan untuk masa hadapan.
Kerajaan akan terus menggalakkan pelaburan langsung asing (FDI) jangka masa panjang dalam pelaburan hijau yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dan menghasilkan ekosistem yang mampan.
Pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan akan dipacu oleh teknologi tinggi seperti kecerdasan buatan (AI), Internet untuk segala-galanya (IoT), pengkomputeran awan dan analisis data raya yang menggariskan potensi ekonomi digital bagi memastikan peralihan Malaysia kepada negara maju dan inklusif.
Belanjawan 2019 juga mengambil pendekatan untuk menambah baik kesejahteraan rakyat menerusi pengurangan beban kos hidup dan meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat khususnya B40 dan M40.
Justeru, kerajaan akan meneruskan Bantuan Sara Hidup dengan pendekatan yang lebih bersasar. Usaha lain ialah latihan semula kemahiran, peningkatan kemahiran dan tenaga kerja mahir kepada pekerja sedia ada.
Bagi isu kesihatan, perolehan perubatan akan dijalankan melalui tender terbuka bagi memastikan nilai faedah terbaik untuk kerajaan. Selain itu, usaha untuk menyediakan jaringan pengangkutan awam yang komprehensif di luar Lembah Klang dan kawasan bandar akan ditambah baik selaras dengan pembangunan pesat negara menjadi pilihan.
Dari aspek pendidikan tinggi, tumpuan diberikan untuk meningkatkan kebolehpasaran siswazah melalui program peningkatan kemahiran; memupuk sifat dan sikap yang baik; menggalakkan pemikiran kreatif; penyelesaian masalah dan komunikasi berkesan.
Aspek perumahan mampu milik pula, kerajaan akan terus memperluas program Perumahan Rakyat, Program Perumahan Rakyat Disewakan dan Program Perumahan Rakyat Bersepadu. Tumpuan lain adalah menggalakkan institusi kewangan menyediakan lebih banyak pinjaman untuk pemilikan kediaman selain program baharu untuk memenuhi permintaan terhadap rumah mampu milik.
Kesimpulannya, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada kadar 4.9 peratus pada 2019 disokong oleh permintaan domestik yang kukuh dan sektor luar yang menggalakkan.
The post Belanjawan Tumpu Pulih Keyakinan, Mensejahtera Rakyat appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/belanjawan-tumpu-pulih-keyakinan-mensejahtera-rakyat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Bukan Belanjawan Rakyat Sejahtera Ini Belanjawan Rakyat Sengsara Najib

Ini Bukan Belanjawan Rakyat Sejahtera Ini Belanjawan Rakyat Sengsara Najib

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 330 hits
Ini belanjawan rakyat atau apa sebenarnya Ekonomi BN Pertumbuhan lebih 5 Ekonomi PH Pertumbuhan bawah 5 Defisit fiskal BN 2 8 Defisit fiskal PH 3 7 Dividen Petronas BN hanya perlu RM16 19b Dividen Petronas PH perlu RM30b PTPTN BN Diskaun ta...
Belanjawan Pertama Ph Pastikan Kemakmuran Rakyat

Belanjawan Pertama Ph Pastikan Kemakmuran Rakyat

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 232 hits
KUALA LUMPUR Belanjawan pertama Pakatan Harapan yang akan dibentang pada Jumaat ini akan meletakkan Malaysia pada kedudukan lebih kukuh dan memastikan kemakmuran rakyat dan generasi akan datang kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad L...
Belanjawan Rakyat Sengsarakan Petani Peneroka Nelayan Dan Orang Kampong Tak Di Sebut

Belanjawan Rakyat Sengsarakan Petani Peneroka Nelayan Dan Orang Kampong Tak Di Sebut

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 685 hits
Bajet Kerajaan Pakatan 2019Buat pertama kalinya Menteri Kewangan Lim Guan Eng membentangkan BAJET PAKATAN HARAPAN 2019 Buat kali pertama juga Guan Eng dalam pembentangannya menyebut HUTANG DAN LIABILITY NEGARA adalah sebanyak RM 1 trillion ...
Belanjawan 2019 Risaukan Bumiputera Rakyat Luar Bandar

Belanjawan 2019 Risaukan Bumiputera Rakyat Luar Bandar

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 384 hits
Diterbitkan 6 Nov 2018 9 39 pagi ULASAN Belanjawan 2019 yang dibentangkan pada Jumaat lalu pada dasarnya adalah suatu belanjawan yang baik pada keseluruhannya namun tetap mempunyai beberapa kelemahan kepada golongan golongan tertentu sepert...
Budget 2019 Malaysia Adalah Belanjawan Yang Sayangkan Rakyat

Budget 2019 Malaysia Adalah Belanjawan Yang Sayangkan Rakyat

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 566 hits
Berikut dinyatakan faedah faedah Budget 2019 Malaysia mengikut stakeholder Pertanian Sektor pertanian adalah diantara yang menerima bajet terbanyak seperti yang dibentangkan dalam budget 2019 Malaysia di parlimen baru baru ini Ianya adalah ...
Top 5 Cara Jimat Wang Untuk Travel Bagi Rakyat Malaysia

Top 5 Cara Jimat Wang Untuk Travel Bagi Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 394 hits
Sekiranya anda merancang percutian dengan melancong keluar negara dengan menaiki penerbangan ini Top 5 Cara Jimat Wang Untuk Travel Bagi Rakyat Malaysia yang boleh anda fikirkan Ia mungkin pernah anda dengar ia cuma peringatan dan perkongsi...
Berakhir Sudah Zaman Tangkap Ikan Bilis Sahaja Dah Xada Era Buat Blur Mata Rakyat Banyak 8527

Berakhir Sudah Zaman Tangkap Ikan Bilis Sahaja Dah Xada Era Buat Blur Mata Rakyat Banyak 8527

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 432 hits
POLITIK MALAYSIA TERKINIREMEDY KARUNG GUNI pada 2 tahun yang laluPUTRAJAYA Seramai 62 orang kakitangan termasuk pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia setakat ini sudah ditahan dalam operasi sejak Isnin lalu bagi membanteras tangan ta...
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Akademik Etiqa

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua

Ulasan Filem Blood Brothers Bara Naga

Arti Ar Raqib Dan Cara Mengamalkan Asmaul Husna Ini

Salam Aidil Fitri Kami Team Raya Kl Kurangkan Jem Kat Lebuhraya

Berebut Kawasan Peminta Sedekah Maut Ditikam

Lepasan Spm Saya Syorkan Jadi Akauntan Bertauliah Macam Saya