Belanjawan Perak 2026 Penjawat Awam Dibayar Bkk Dua Bulan Gaji Bakal Haji Dapat Rm1 000


Belanjawan Perak 2026: Penjawat Awam Dibayar BKK Dua Bulan Gaji, Bakal Haji Dapat RM1,000
IPOH, 25 Nov (Bernama) — Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang akan dibayar bulan depan (Disember).
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata BKK tersebut turut diberikan kepada termasuk ahli Ex Officio, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, semua guru lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) negeri, Orang Besar Jajahan serta kakitangan di bawah Kontrak MySTEP.
“Kerajaan negeri turut berbesar hati memanjangkan pemberian BKK ini pada kadar RM600 (RM300 sebulan bagi dua bulan) bagi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tradisional, Kampung Baru Cina dan India serta Tok Batin Kampung Orang Asli.
“BKK ini juga turut dipanjangkan kepada Guru-guru KAFA, Guru I’dadi dan Thanawi pada kadar RM400 (RM200 sebulan untuk dua bulan),” katanya.
Saarani mengumumkan demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri Perak 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Beliau berkata BKK turut dipanjangkan kepada semua Pusat Khidmat DUN pada kadar dua bulan elaun, iaitu berjumlah RM20,000 sebagai mengiktiraf peranan Ahli DUN (ADUN) yang menjadi jambatan antara kerajaan dan rakyat.
Sementara itu, Saarani yang juga ADUN Kota Tampan turut mengumumkan penambahan elaun Guru KAFA daripada RM200 kepada RM400 sebulan berkuat kuasa 1 Jan 2026.
BACA: Penjawat Awam Selangor Terima Bonus Tiga Bulan Gaji “Ini menjadikan elaun Guru KAFA kini berjumlah RM1,500 sebulan termasuk RM1,100 yang diperuntukkan kerajaan Persekutuan,” katanya.
Katanya kerajaan negeri juga bersetuju untuk menambah elaun Guru I’dadi dan Guru Thanawi sebanyak RM200 menjadikan elaun yang diterima RM1,400 sebulan juga berkuat kuasa 1 Jan depan.
Beliau berkata langkah tersebut dijangka memberi manfaat kepada 3,310 guru KAFA serta 80 orang Guru I’dadi dan Thanawi di seluruh Perak dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM9.4 juta setahun termasuk bayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PERKESO.
Dalam pada itu, Saarani turut membawa khabar gembira kepada bakal jemaah haji Perak apabila buat julung kalinya, kerajaan negeri akan memperuntukkan RM1,000 seorang kepada kira-kira 3,000 bakal jemaah yang akan menunaikan ibadah itu tahun hadapan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM3 juta.
Selain itu katanya dalam usaha memperkukuh sistem pentadbiran di peringkat akar umbi, kadar elaun bulanan Ketua Kampung Tradisional, Ketua Kampung Cina dan Ketua Kampung India akan dinaikkan sebanyak RM100 sebulan, menjadikan elaun bulanan mereka akan berjumlah RM900, juga berkuat kuasa 1 Jan 2026.
“Kenaikan ini akan memberi manfaat kepada 996 orang Ketua Kampung di seluruh Perak dengan implikasi kewangan RM4.8 juta kepada kerajaan negeri iaitu peningkatan RM1.4 juta setahun,” katanya.
Terdahulu Saarani membentangkan Belanjawan Negeri Perak 2026 berjumlah RM1.61 bilion melibatkan anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM1.045 bilion dan pembangunan RM568 juta.
Sumber: BERNAMA
The post Belanjawan Perak 2026: Penjawat Awam Dibayar BKK Dua Bulan Gaji, Bakal Haji Dapat RM1,000 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/25/belanjawan-perak-2026-penjawat-awam-dibayar-bkk-dua-bulan-gaji-bakal-haji-dapat-rm1000/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjawat Awam Johor Terima Bonus Dua Bulan Gaji

Penjawat Awam Johor Terima Bonus Dua Bulan Gaji

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 132 hits
Penjawat Awam Johor Terima Bonus Dua Bulan Gaji JOHOR BAHRU Seramai 17 454 penjawat awam negeri Johor bakal menerima bonus dua bulan gaji yang akan disalurkan pada Disember ini Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz ...
Terengganu Umum Bonus Rm500 Kepada Penjawat Awam Negeri

Terengganu Umum Bonus Rm500 Kepada Penjawat Awam Negeri

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 154 hits
Terengganu Umum Bonus RM500 Kepada Penjawat Awam Negeri KUALA TERENGGANU 13 Nov Kerajaan Terengganu mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM500 kepada penjawat awam negeri itu Pemberian bonus kepada lebih 14 000 penjawat awam negeri diumumka...
Pm Anwar Terkejut Tak Masuk Akal 10 Tahun Bekerja Tapi Gaji Bawah Rm2 000

Pm Anwar Terkejut Tak Masuk Akal 10 Tahun Bekerja Tapi Gaji Bawah Rm2 000

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 147 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terkejut terhadap kewujudan individu yang sudah berkhidmat selama 10 tahun namun masih menerima gaji bawah RM2 000 sedangkan kos sara hidup pada ketika ini semakin meningkat Bercakap pada majlis Sara...
Bajet 2026 Kedah Kerajaan Madani Lulus Rm1 425 Billion Untuk Rancangan Tebatan Banjir Kedah

Bajet 2026 Kedah Kerajaan Madani Lulus Rm1 425 Billion Untuk Rancangan Tebatan Banjir Kedah

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 183 hits
1 Akhirnya YB Kuala Nerang Exco Kedah harini mendedahkan Projek Tebatan Banjir di Kedah adalah projek Persekutuan 2 Projek Kerajaan Pusat di Kedah Ringkasan 7 Projek Tebatan Banjir di Kedah RM1 425 bilion1 RTB Sg Kedah Anak Bukit RM641 juta...
110 000 Gpu Nvidia Bakal Kuasakan Superkomputer Ai Jabatan Tenaga As

110 000 Gpu Nvidia Bakal Kuasakan Superkomputer Ai Jabatan Tenaga As

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 98 hits
NVIDIA bersama Oracle mengumumkan akan membinaan superkomputer AI terbesar bagi Jabatan Tenaga Amerika Syarikat Projek ini menampilkan dua sistem utama iaitu Solstice dan Equinox yang dijangka beroperasi pada separuh pertama 2026 Sistem Sol...
Musim Haji 2026 Utamakan Kesihatan

Musim Haji 2026 Utamakan Kesihatan

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 158 hits
Bismillah Assalamualaikum Cepat benar masa berlalu Hari esok kami di Johor sudah pun memasuki modul ke 6 kursus Haji bagi ibadah haji untuk tahun 2026 Kursus kali ini lebih awal di mulakan dari tahun tahun sebelumnya Saya sudah menunaikan h...
Hiburan Dua Bulan Tak Jumpa Qaira Perlukan Ayahnya Juga Kamal Adli Nak Pertahan Perkahwinan Uqasha Nekad Cerai

Hiburan Dua Bulan Tak Jumpa Qaira Perlukan Ayahnya Juga Kamal Adli Nak Pertahan Perkahwinan Uqasha Nekad Cerai

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 149 hits
Pelakon tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 9 34 pagi bagi prosiding kes perceraian bersama isterinya aktres Uqasha Senrose Kamal 39 ketika ditemui media berkata sudah hampir dua bulan tidak bersemuka d...
Jemaah Haji Dirawat Di Makkah Rm500 000 Diperlukan Bawa Pulang Asmah Ke Malaysia

Jemaah Haji Dirawat Di Makkah Rm500 000 Diperlukan Bawa Pulang Asmah Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 181 hits
Jemaah Haji Dirawat Di Makkah RM500 000 Diperlukan Bawa Pulang Asmah Ke Malaysia KUALA LUMPUR Kira kira RM500 000 diperlukan bagi membawa pulang jemaah haji Malaysia Asmah Mansor 71 yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Saudi German Hospit...
Belanjawan 2026 Mcmc Perkukuh Keterangkuman Digital Dan Kesalinghubungan Negara

Belanjawan 2026 Mcmc Perkukuh Keterangkuman Digital Dan Kesalinghubungan Negara

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 161 hits
CYBERJAYA 11 Okt Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyambut baik penekanan Kementerian Komunikasi dalam Belanjawan 2026 yang memberi fokus kepada usaha memperkukuh kesalinghubungan komunikasi memperluas pembangunan infrastrukt...
Garmin Venu 4 Dijual Pada Harga Rm2 399

Komitmen Dan Semangat Ubaidullah Bawa Harimau Malaya B 23 Ke Puncak

Smk Syed Sirajuddin Perlis Dan Sk Convent Father Barre Kedah Juara Junior Innovathon 2025

Trafik Penumpang Di Lapangan Terbang Mahb Mencatat Meningkat Drastik Pasca Pandemik

Sentuhan Madani Buat Urusan Rakyat Lebih Cepat Beri Nafas Baharu Kepada Peniaga

Charitable Radiation Therapy Cost In Delhi 9266376206

Kes Serang Wartawan Polis Tahan Seorang Individu

Majlis Anugerah Program Nilam Seklah 2025 Merah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sotong Masak Kicap

Neoantigen Sebagai Sasaran Rawatan Terapi Kanser Kolorektal

Musim Tengkujuh Datang Lagi

Delicious Beef Cubes Recipe Vietnamese

Kerabu Suhun Thai Resipi Sihat Segar Yang Mengujakan Untuk Diet Harian

Liwa Liwa Ambuak Chord