Belanjawan Johor 2019 Tersasar Bersifat Kosmetik


Mohamed Khaled Nordin      
ULASAN | Belanjawan Johor 2019 dibentangkan kerajaan Pakatan Harapan bertajuk “Menerajui Perubahan, Menggalas Harapan, Bangsa Johor Bestari” mempamerkan satu hala tuju yang sama sekali bertentangan dengan temanya.

Selepas mengikut secara rapat perbahasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor awal bulan ini dan memperhalusi jawapan-jawapan daripada wakil kerajaan, hanya satu yang dapat saya simpulkan.

Mereka sangat keliru dan buntu dengan apa yang perlu dilakukan untuk Johor.

Fokus kerajaan negeri nyata tersasar. Inisiatif yang diperkenalkan pula sangat bersifat kosmetik.

Misalnya, pertama, biarpun ekonomi Johor disasarkan berkembang di antara 5.0 dan 5.5 peratus bagi 2019, tidak pula dibentangkan kaedah strategik dan spesifik bagaimanakah sasaran itu akan dicapai.

Tiada lonjakan dan rangsangan baru diperkenal untuk memacu ekonomi Johor.

Lebih teruk, pembangunan Johor mencatatkan penurunan peruntukan sebanyak 14.3 peratus berbanding yang diperuntukkan dalam Bajet 2018 kerajaan BN sebelum ini.

Dalam jangkaan ekonomi yang malap dan perlahan pada tahun depan, kerajaan negeri sepatutnya meningkatkan pelaburan untuk projek-projek pembangunan agar dapat memberikan kesan berganda yang merangsang kerancakan ekonomi secara keseluruhan.

Lebih tinggi dari Selangor, PP Malangnya, aspek itu bukan sahaja diabaikan oleh kerajaan negeri, malah projek berskala besar sebelum ini juga tidak diberikan suntikan penambahbaikan yang signifikan.

Yang ada, hanya penukaran JSIC (Pusat Pelaburan Negeri Johor) kepada Johor Invest.

Kedua, kerajaan negeri tidak menawarkan sebarang inisiatif konkrit atau pakej menarik pelaburan untuk meneruskan prestasi cemerlang Johor sebagai destinasi pelaburan utama Malaysia.

Untuk rekod, pada 2016, Johor mencatatkan jumlah pelaburan langsung diluluskan terbesar dalam sektor pembuatan mencakupi 45.2 peratus daripada keseluruhan negara.
Jumlah itu adalah tiga kali ganda daripada jumlah di Selangor, yang menduduki tempat kedua dan enam kali lebih tinggi berbanding di Pulau Pinang.

Rekod yang cemerlang juga dicatatkan pada tahun lalu.

Jadi, ukuran kegagalan atau kejayaan terbesar kepada kerajaan Negeri pastinya apabila Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) mengeluarkan laporannya kelak.

Kita tunggulah laporan suku pertama dan kedua Mida nanti dan lihat sama ada Johor akan kekal sebagai destinasi pelaburan langsung luar (FDI) tertinggi di Malaysia atau tidak.

Ketiga, Pelan Hala Tuju Strategik Desa Johor - merupakan jelmaan semula Pelan Rejuvenasi Desa - turut diperkenalkan. Asasnya baik. Fokusnya juga kena.

Ada dikurang nilai, dihapus Malangnya, titik fokus itu tidak memperincikan bagaimanakah kehidupan masyarakat luar bandar akan diperkasakan. Daya saing orang muda luar bandar, kelangsungan ekonomi mereka, jaringan infrastruktur luar bandar, kesemua ini terlalu samar dan tidak jelas.

Malah, tiada sebarang inisiatif dan peruntukan spesifik untuk memartabatkan tahap pendidikan dalam kalangan pelajar luar bandar bagi merapatkan jurang pendidikan di antara bandar dan luar bandar.

Tiada juga inisiatif khusus untuk memperluaskan perkhidmatan Johor Wi-Fi terutamanya di kawasan luar bandar.

Peliknya, pada masa sama kerajaan negeri menubuhkan Jawatankuasa Khas Digital Johor. Adakah ini bermakna, kerajaan negeri akan membiarkan masyarakat luar bandar di Johor ketinggalan dalam merebut peluang untuk menyertai dan terlibat dalam ekonomi digital?
Lebih menyedihkan, bantuan serta imbuhan kepada para petani, pekebun kecil dan nelayan luar bandar, bukan sahaja tidak bertambah dan berkembang. Sebaliknya, ada yang dihapuskan dan dikurangkan nilainya.

Nasib peneroka Felda yang dihimpit kejatuhan harga dan hasil pula sehingga kini tidak terbela atau dipedulikan.

Ramai sekali wakil BN membangkitkan isu ini berulang-ulang kali. Antaranya Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Penawar, Panti, Pasir Raja, Buluh Kasap, Kahang, Layang-layang dan Tenggaroh.

Malangnya, perkara itu tidak dibahas dan dijawab pun secara konstruktif atau serius oleh Adun PH, termasuklah oleh menteri besar sendiri.

Ulang benda sudah ada Jika keadaan ini berterusan, masa depan Johor yang sarat dengan potensi pasti menjadi perlahan akibat pentadbirnya yang terlalu berpolitik, hilang fokus dan menyimpan dendam.

Malah, sehingga kini, isu berkaitan pertembungan Malaysia dengan Singapura tidak sedikit pun diulas dan diuruskan secara meyakinkan oleh menteri besar.

Beliau harus ingat, Johor mempunyai kepentingan tersendiri. Kita tidak boleh hanya membiarkan kerajaan Persekutuan saja menjadi jurucakap tanpa kerajaan negeri memberikan pandangan serta saranan yang sesuai dengan cara Johor.

Kesimpulannya, cara dan bentuk titik-titik sentuhan Belanjawan Johor 2019 disusun tidak pun bersifat menerajui perubahan, sebaliknya hanya mengulang perkara sedia ada dalam belanjawan 2016 hingga 2018, serta Manifesto BN Johor 2018.

Ia tidak pun menggalas harapan, tetapi memusnah impian dan jangkaan, kerana tatkala kita semua mengharapkan lebih banyak bantuan, program prorakyat dan insentif yang menarik, kerajaan negeri sebaliknya memotong dan membatalkan lebih banyak bantuan.

Ia juga tidak membuka ruang kepada pembentukan Bangsa Johor Lestari kerana terlalu memfokuskan kepada perkara bersifat kosmetik, bukannya pembentukan masyarakat berdasarkan pemikiran dan sikap yang unggul.

* MOHAMED KHALED NORDIN ialah naib presiden Umno dan pernah menjadi menteri besar Johor.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/belanjawan-johor-2019-tersasar-bersifat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Karnival Semarak Johor Ambang 2019

Karnival Semarak Johor Ambang 2019

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 523 hits
Karnival Semarak Johor Ambang 2019 Jom countdown bersama sama di hari terakhir untuk tahun 2018 Karnival Semarak Johor Ambang 2019 akan di adakan di Tepian Sungai Kota Tinggi Johor Karnival Semarak Johor Ambang 2019 21 31 Disember 2019 Tepi...
Pembentangan Profil Sektor Dan Skt Sektor Jpn Johor 2019 Siri 2

Pembentangan Profil Sektor Dan Skt Sektor Jpn Johor 2019 Siri 2

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 352 hits
Pembentangan Profil Sektor Dan SKT Sektor JPN Johor 2019 Siri 2 Ready untuk pembentangan Giliran kami jadi yang pertama di Bilik Bengkel SJQ Alhamdulillah Selesai last preparationpembentangan bermulapersoalanbersama rakan pembentang yang la...
Bengkel Penyediaan Takwim Jabatan Pendidikan Negeri Johor Bagi Tahun 2019 Menerusi Mygovuc

Bengkel Penyediaan Takwim Jabatan Pendidikan Negeri Johor Bagi Tahun 2019 Menerusi Mygovuc

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 436 hits
Bengkel Penyediaan Takwim Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi tahun 2019 menerusi MyGovUC Terima kasih pada semua tenaga pengajar fasilitator sektor dan contributor yang dilantik untuk pengurusan kalendar jabatan yang telah berjaya menyele...
Johor 2019 Budget Not Copy And Paste Says Mb

Johor 2019 Budget Not Copy And Paste Says Mb

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 279 hits
Menteri Besar Osman Sapian has denied allegations by some quarters that the Johor 2019 budget is a recycled budget stressing that it balances people s needs and reality He said the state government prepared the budget based on the concept o...
Kerajaan Semak Belanjawan 2019 Jika Harga Minyak Mentah Kurang As 50 Setong Kata Guan Eng

Kerajaan Semak Belanjawan 2019 Jika Harga Minyak Mentah Kurang As 50 Setong Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 491 hits
December 23 2018 10 07 AMPeningkatan inventori minyak mentah selain unjuran pengeluaran minyak syal menjejaskan harga minyak yang diburukkan oleh jualan menyeluruh dalam sektor kewangan KUALA LUMPUR Kerajaan hanya akan menyemak Belanjawan 2...
Belanjawan 2019 Disemak Jika Harga Minyak Mentah Susut Lim

Belanjawan 2019 Disemak Jika Harga Minyak Mentah Susut Lim

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 379 hits
DENYUT REFORMASI Kerajaan hanya akan menyemak Belanjawan 2019 jika harga minyak mentah susut kurang daripada US 50 setong kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Kementerian Kewangan menyediakan belanjawan berasaskan harga minyak mentah pada US ...
Ada 5 Surat Suara Di Pemilu 2019 Capres Cawapres Lebih Dulu Dihitung

Ada 5 Surat Suara Di Pemilu 2019 Capres Cawapres Lebih Dulu Dihitung

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 269 hits
Komisi Pemilihan Umum menjelaskan teknis penghitungan suara usai waktu pencoblosan selesai Nantinya surat suara capres dan cawapres yang lebih dulu dihitung oleh panitia di TPS
Kai Siapkan 79 Kereta Angkutan Selama Libur Natal Dan Tahun Baru 2019

Kai Siapkan 79 Kereta Angkutan Selama Libur Natal Dan Tahun Baru 2019

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 300 hits
Menyambut masa libur Natal dan Tahun Baru PT Kereta Api Indonesia Daop 1 menyiapkan 79 perjalanan KA Jumlah ini meningkat 9 persen dibanding masa angkutan Nataru tahun 2017 yakni sebesar 72 perjalanan KA Tahun ini masa angkutan Nataru ditet...
Pasar Keuangan Indoneia Dinilai Bergerak Positif Di 2019 Ini Pemicunya

Pasar Keuangan Indoneia Dinilai Bergerak Positif Di 2019 Ini Pemicunya

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 170 hits
Indeks Harga Saham Gabungan di tahun depan berkisar antara 6 900 hingga 7 100 Sementara nilai tukar Rupiah antara 14 500 sampai Rp 15 200 per USD
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti

Jangan Sokong Pas Dan Bersatu Mereka Sedang Karam Denagn Adu Domba Dan Fitnah

Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready