Belanjawan 2020 Hanya Cukup Makan Ibrahim Ali



(Malaysia Gazette) – Secara keseluruhan Belanjawan 2020 yang dibentangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) petang ini, adalah cukup makan ibarat kais pagi makan pagi.
Presiden penaja Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Dr. Ibrahim Ali turut menyifatkan belanjawan itu tidak boleh menghilangkan tekanan rakyat.
Katanya, beliau sangsi dengan angka inflasi yang dikatakan sedikit berkurangan atau menurun, tetapi secara realiti ia masih menekan rakyat dengan kos sara hidup.
“Saya gembira sedikit dengan pengenalan semula pendaftaran grade G1 kontraktor Bumiputera dan dikhaskan 30 peratus kontrak untuk mereka di setiap kementerian secara tender terbuka.
“Namun nilai kontrak RM1.3 bilion adalah terlalu kecil dengan mengambil kira ekonomi Bumiputera yang semakin menguncup,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Dr. Ibrahim membuat kesimpulan, belanjawan untuk golongan Bumiputera dalam kontek ‘tindakan kesungguhan’ atau afirmative action amat mengecewakan.
Sewajarnya, tegas beliau, lebih banyak tindakan kesungguhan dengan peruntukan lebih besar jika kerajaan PH bersungguh-sungguh untuk merapatkan jurang pembahagian kek ekonomi negara secara adil bagi semua kaum.
“Kena ingat, kaum Bumiputera 67 peratus. Ibarat kata mengambil semua perkara yang melibatkan kepentingan Bumiputera, ianya sekadar untuk hidup, bukan untuk berlari serta mampu bersaing dengan kaum lain.
“Apa makna kesaksamaan antara kaum dalam kontek pendapatan dan pemilikan harta atau kekayaan.
“Contoh geran yang begitu terhad untuk premis perniagaan dan tidak mampu untuk memiliki premis dari segi pemilikan seperti rumah kedai, premis perniagaan atau pejabat atau lot dalam gedung-gedung besar,” katanya.
Katanya, peruntukan disediakan dari segi geran hanya setitik air mata dan sekadar sepatah kata, tiada apa yang boleh bertepuk kuat untuk Bumiputera.
Ini kerana, nilai rumah atau pangsapuri RM600,000 pula boleh dibeli oleh orang asing diturunkan dari RM1 juta ke atas dengan alasan banyak tidak terjual, tapi ini bahaya dalam erti yang tersirat.
“Doa saya, janganlah Bumiputera khususnya orang Melayu apabila mendengar bunyi guruh di langit yang disangka akan hujan, tempayan di rumah sudah dipecahkan.
“Perlu ingat, agenda ekonomi Bumiputera sepatutnya menjadi induk kepada belanjawan negara, di samping tumpuan kepada dasar keperluan semua kaun bagi B40 ke bawah,” katanya.
Beliau menegaskan, membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum di peringkat bawah disokong, namun pembahagian kek ekonomi negara di semua aspek tidak ada tolak ansur dari segi perjuangan parti Putra dan NGO Perkasa.
“Nampaknya Kelantan tidak dapat apa-apa peruntukan khas terutama tambatan banjir Sungai Golok dan Sungai Kelantan serta projek yang diumumkan sebelum ini.
“Sebagai anak Kelantan, sudah tentu saya berasa sedih, tambahan pula duit royalti pun belum dibayar lagi,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/10/12/belanjawan-2020-hanya-cukup-makan-ibrahim-ali/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2020 Hanya Permainkan Angka Kelirukan Rakyat Dr Ahmad Zahid

Belanjawan 2020 Hanya Permainkan Angka Kelirukan Rakyat Dr Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 270 hits
Ahli Parlimen Bagan Datuk Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tahun kedua Pakatan Harapan memegang tampuk pimpinan negara seharusnya mereka sudah boleh membiasakan diri sebagai kerajaan namun sayangnya ramai di kalangan pemimpin keraja...
Menteri Hanya Sekolah Tahfiz Berdaftar Layak Terima Peruntukan Belanjawan 2020

Menteri Hanya Sekolah Tahfiz Berdaftar Layak Terima Peruntukan Belanjawan 2020

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 428 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa KUALA LUMPUR Semua institusi tahfiz yang belum berdaftar dengan majlis agama negeri masing masing diingatkan supaya berbuat demikian sekiranya mahu menerima peruntukan dana daripada kera...
Belanjawan 2020 Kerajaan Bercadang Untuk Menubuhkan 14 Pusat Peningkatan Digital Sehenti Di Seluruh Malaysia

Belanjawan 2020 Kerajaan Bercadang Untuk Menubuhkan 14 Pusat Peningkatan Digital Sehenti Di Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 435 hits
Sejajar dengan pengumuman kerajaan untuk membangunkan tiga buah perpustakaan baru di Kedah Perak dan Johor Menteri Kewangan Lim Guan Eng turut mencadangkan untuk membangunkan 14 Pusat Peningkatan Digital Sehenti di semua negeri di Malaysia ...
Belanjawan 2020 Rm10 Juta Diperuntukkan Kepada Mdec Untuk Melatih Usahawan Mikro Digital Media Sosial

Belanjawan 2020 Rm10 Juta Diperuntukkan Kepada Mdec Untuk Melatih Usahawan Mikro Digital Media Sosial

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 682 hits
Antara pekerjaan yang tidak wujud sedekad yang lalu ialah usahawan digital yang menjana pendapatan sepenuhnya di atas talian Kini ramai menggunakan media sosial sebagai platform perniagaan pilihan kerana ia mudah digunakan lengkap dengan si...
Intipati Belanjawan Bagi Tahun 2020

Intipati Belanjawan Bagi Tahun 2020

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 551 hits
Intipati Belanjawan Bajet 2020 Alhamdulillah bajet belanjawan 2020 telah diumumkan petang tadi Berikut ialah intipati ekonomi Belanjawan 2020 bertemakan Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama yang dibentangka...
Belanjawan 2020 3 Perpustakaan Digital Dirancang Untuk Diwujudkan Di Kedah Perak Dan Johor

Belanjawan 2020 3 Perpustakaan Digital Dirancang Untuk Diwujudkan Di Kedah Perak Dan Johor

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 397 hits
Ekonomi digital merupakan salah satu topik yang menjadi fokus pada Belanjawan 2020 kali ini Selari dengannya salah satu perkara yang turut menjadi fokus adalah kandungan digital dan juga kemudahan untuk pengguna mengikuti kandungan digital ...
Belanjawan 2020 Cukai Perkhidmatan Digital Akan Dilaksanakan Mulai 1 Januari 2020

Belanjawan 2020 Cukai Perkhidmatan Digital Akan Dilaksanakan Mulai 1 Januari 2020

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 376 hits
Kerajaan telah mengumumkan perlaksanaan Cukai Perkhidmatan Digital pada tahun Belanjawan lepas dan pada Belanjawan 2020 hari ini kerajaan sekali lagi menekankan berkenaan perkara ini Cukai Perkhidmatan Digital akan dilaksanakan bermula 1 Ja...
Mereka Dengar Suara Kita Belia Rai Intipati Belanjawan 2020

Mereka Dengar Suara Kita Belia Rai Intipati Belanjawan 2020

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 791 hits
Belanjawan 2020 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada hari ini oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyaksikan peruntukan tambahan kepada pelbagai sektor Peruntukan oleh kerajaan itu dilaporkan akan menelan belanja sebanyak RM297 bilion tid...
Belanjawan 2020 Kerajaan Memperuntukkan Rm50 Juta Untuk Pembangunan Ekosistem 5g

Belanjawan 2020 Kerajaan Memperuntukkan Rm50 Juta Untuk Pembangunan Ekosistem 5g

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 660 hits
Rangkaian 5G dijangka akan digunakan secara meluas dalam beberapa tahun akan datang Selari dengannya hari ini kerajaan mengumumkan peruntukkan sebanyak RM50 juta dalam usaha mengalakkan pembangunan produk dan perkhidmatan berkaitan ekosiste...
Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Rena Monrovia When You Transport Something By Car Definitive Guide

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Big Stage Alpha 2025

Scrut Nurul Izzah Aliff Aku Suruh Mereka Keluarkan Sahaja Waran Tangkap

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nak Ikut Diet Orang Putih Ke Diet Melayu Je

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Once Poor M Sian Influencer Says Rm10 Mooncake Felt Like A Luxury

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Rantai Perak Dari Bali Didakwa Jadi Punca Gangguan Makhluk Halus Terhadap Pasangan Malaysia