Belanja Makan Hujung Tahun Di Damas Arabic Restaurant Penang


Belanja Makan Hujung Tahun di Damas Arabic Restaurant Penang.  Kali ini cuba makan di tempat baru.  Dah beberapa bulan juga dengar tentang restoran Damas ni tapi belum tergerak nak mencuba lagi.  Irfan kata  nak belanja Adik Wan tapi ayah ibu pun join sekalilah kan.  
Damas Arabic Restaurant ni terletak di Jalan Burmah, Pulau Pinang.  Tak jauh daripada ofis lama akak semasa bertugas di sebelah pulau.   Best sekarang ni dekat-dekat ofis tu dah banyak pilihan makanan selain mamak.  Sebelum ke sana, akak dah survey dahulu apa menu yang selalu menjadi pilihan pengunjung. 
Kami bergerak awal daripada rumah untuk ambil kak cik di stesen KTM.  Cuti hujung minggu katanya nak balik rumah. Mujurlah U awak tu tak berapa jauh daripada rumah, boleh naik komuter saja. Jimat masa ayah nak ke kolej.  Maka bertambahlah ahli rumah hujung minggu ni.
Dari stesen KTM Bukit Mertajam, kami gerak terus  masuk pulau.  Singgah dulu solat Maghrib di Masjid Jamek Sungai Gelugor.  Cantik masjid ni, pertama kali singgah solat di sini.  Masjid ni boleh nampak dari tepi jalan besar.  Selesai semua barulah gerak cari makan pula.




Cantik dengan cahaya biru waktu malam. Masjid ni dijaga elok, mana-mana sudut pun nampak bersih dan teratur
Kalau masuk area bandar, memang tak boleh elak dengan kenderaan yang banyak sana sini.  Jalan-jalan di bandar Georgetown pula, masih banyak lagi jalan-jalan tak berapa besar ditambah pula dengan kenderaan yang parking di tepi jalan.  Tak susah nak cari Damas ni sebab dah biasa dengan jalan di sini.  Restoran ni betul-betul tepi jalan.  Cuma perlu psing-pusing sikit untuk cari tempat 



Kalau tak silap akak , restoran Damas ni memulakan operasinya di Pulau Pinang pada September 2024.  Baru jugalah beberapa bulan.  Jadi haruslah kena cuba.   Jom tengok menu yang kami pilih.  


Mix Salad.  Salad ni datang sekali 3 jenis iaitu Arabic salad, fattoush dan tabbouleh.  Berbelit lidah nak menyebutnya.  

Ikut susunan - di sebelah kiri tu adalah fattoush salad - campuran roti, timun, tomato, mint dan beberapa bahan lain dengan perahan lemon dan minyak zaitun.  Mangkuk yang tengah tu adalah arabic salad - campuran timun, tomato, lettuce, black olive berserta perahan lemon dan minyak zaitun.  Manakala magkuk yang isinya hijau tu adalah daun parsley yang dicincang, tomato, bawang dan beberapa bahan lain yang akak tak tahu namanya beserta dengan perahan lemon dan minyak zaitun



Akak lebih suka makan arabic salad.  Mungkin lebih kurang macam salad yang kita buat sendiri bila masak nasi arab.  Tapi yang dua lagi tu pun okay



Kami order tiga set makanan sahaja.  Portionnya sederhana tapi sepinggan nasi tu boleh kongsi 2-3 orang.  Masakan arab ni tak boleh makan banyak, jadi muak. Maka makanlah serba sedikit.  Pilihan anak-anak nasi lamb kabsha, maghluba chicken dan mix grills.  En suami order tambahan roti.  Portion mix grillsnya ada banyak juga. Ada kebab ayam dan daging, ada udang grill, roti, fries dan salad juga.  


Makan roti dengan sos putih tu pun dah sedap.  Kena makan pelan-pelan sambil bersembang.  Yang tak seronoknya bila pelayan restoran asyik lalu lalang dan kadang-kadang berdiri berhampiran meja kami.  Mungkin juga kami salah pilih meja hahahha...



Lepas makan, en suami kata kena cuba 'chai' Arab.  Ikut sukalah tapi kuat juga rasa rempahnya.  Sekali sip ajelah. Kena minum suam-suam. Secawan ni kena kongsi.  Patutlah di India, mereka minum chai dalam gelas kecil.  


Akhir sekali, ana-anak pilih untuk merasa kunafa cheese.  Siap tolong potongkan yer. Sedap sebab tidak manis.  Kalau ke sini lagi nak try kunafa coklat pula.  Nampak macam menarik. Kalau manis, memang akak tak boleh telan

Selain daripada makanan yang kami ambil ni, ada banyak lagi pilihan yang ada.  Mungkin nanti nak cuba makan pilihan piza dan jenis-jenis supnya pula



Dari luar restoran Damas ni memang cerah terang benderang.  Secara keseluruhannya, makanannya okaylah juga.  Kalau korang datang ke Pulau Pinang, jangan lupa singgah sini sambil menikmati suasana dan makanan dari timur tengah

Bagi korang yang nak datang ke Pulau Pinang nak mencuba makanan arab akak sharekan lokasinya :
114, Jalan Burma, 10050 George Town, Pulau Pinang




Boleh juga singgah sini :  Nasi Arab

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azirahman.com/2025/01/belanja-makan-hujung-tahun-di-damas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Food Hunting Di Penang 20 Pilihan Tempat Makan Terbaik

Food Hunting Di Penang 20 Pilihan Tempat Makan Terbaik

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 305 hits
Kalau anda suka food hunting Penang adalah antara destinasi terbaik di Malaysia yang anda wajib pergi Ada banyak sangat pilihan tempat makan di Penang yang sedap sedap dan berbaloi untuk dicuba Termasuklah makanan makanan yang trendy dan vi...
Cerita Makan Kedai Tomyam Hujung Minggu Di Melaka

Cerita Makan Kedai Tomyam Hujung Minggu Di Melaka

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 733 hits
Assalammualaikum Dunia Lama kot tak entry pasal makan jangan marah tau korang kalau nak tahu kebanyakan kedai tomyam kat Melaka ni terdiri dari orang luar tau maksud cikbunga bukan orang Melaka yer kebanyakan datang dari negeri sebelah pant...
Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 222 hits
Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay Menjelang hujung tahun ni ramai yang buat team engagement retreat team building dan juga reunion Team ofis akak memang suka buat aktiviti team hujung hujung tahun ni sebelum ramai yang menghabis...
Dari W Kuala Lumpur Ke Intercontinental Kl Tempat Makan Mewah Untuk Tahun Baru Cina

Dari W Kuala Lumpur Ke Intercontinental Kl Tempat Makan Mewah Untuk Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 5/1/2025 - jumlah : 253 hits
Selamat datang ke Tahun Ular Saat yang tepat untuk bertransformasi dan mendapatkan semula semangat baru menjanjikan kekayaan kemakmuran dan peluang yang tidak terbatas Seperti ular yang mampu menanggalkan kulitnya mari kita sambut permulaan...
Perjalanan Penuh Dugaan Kata Dr M Menuju Usia 100 Tahun

Perjalanan Penuh Dugaan Kata Dr M Menuju Usia 100 Tahun

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 209 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad mengimbau perjalanan hidupnya yang akan menjangkau usia 100 tahun pada pertengahan tahun depan Negarawan itu mengakui ia penuh dugaan namun bersyukur diberi peluang bekerja untuk kesejahteraan ...
Kerana Perbezaan Ini Jadi Sebab Kenapa Negara Ini Paling Akhir Sambut Tahun Baharu

Kerana Perbezaan Ini Jadi Sebab Kenapa Negara Ini Paling Akhir Sambut Tahun Baharu

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 239 hits
Tepat pada pukul 12 tengah malam 1 Januari momen yang ditunggu tunggu oleh ramai orang di seluruh dunia akhirnya tiba Ia menandakan permulaan tahun baharu dengan pertunjukan bunga api yang mempesona Tahun ini 1 Januari jatuh pada hari Rabu ...
Sorotan Peribadi Tahun 2024

Sorotan Peribadi Tahun 2024

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 278 hits
Kehadiran senja mengingatkan kita bahawa akan ada hari esok untuk sebuah harapan baru Masa berlalu begitu pantas sekejap saja kita sudah pun berada pada hari terakhir tahun 2024 Saya catatkan sorotan peribadi sepanjang tahun 2024 sebagai se...
Akhirnya Bisa Umroh Bareng Sakti Eks Sheila On 7 Saya Menunggu 18 Tahun Untuk Bisa Begini

Akhirnya Bisa Umroh Bareng Sakti Eks Sheila On 7 Saya Menunggu 18 Tahun Untuk Bisa Begini

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 115 hits
Abadikan momen berempat saat berada di Tanah Suci kebahagiaan terlihat jelas di wajah mereka Friendship goals
Dua Hari Berbuka Puasa Dengan Gula Gula Eclipse

Pukul Budak Sekolah Tak Ada Lesen Memandu Lelaki Ditahan

Cara Mendaftar Asuransi Kesehatan Bca Life

Uncle Botak Bbq Petaling Jaya

Maksud Bailout

Roti John Air Tangan Anak Anak

Legoland Malaysia Resort Shines Bright With The Colours Of Raya

Runabout A Custom Honda Cbx250 Twister From Argentina


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Punca Punca Kerosakan Buah Pinggang Jika Tdiak Di Jaga

Jadwal Imsakiyah Tegal Ramadhan 2025

Pertanyan Menggalakan Cuma Kami Belum Pilih

Ktmb Extends Its Ets Train Service To Segamat From Today

Bad Weather Expected In Six States Until 9pm Tonight

Count Me In Nurul Izzah To Go For Pkr Veep S Post