Belanja Barang Dapur Murah Dan Segar Dekat Segi Fresh Dapat Jimatkan Pebelanjaan Keluarga
BELANJA BARANG DAPUR MURAH DAN SEGAR DEKAT SEGI FRESH DAPAT JIMATKAN PEBELANJAAN KELUARGA Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua... Salam Ramadan semua, Tak tahu nak masak apa menu berbuka kali ini, Bosan shopping barang dapur dekat tempat yang sama, Baru-baru ni Bonde beralih arah membeli belah keperluan dapur dekat Segi Fresh Balakong. Kebetulan cuti panjang dapatlah beli barangan dapur, Alhamdulillah Segi Fresh Balakong ni tak jauh dari tempat kerja Bonde di Cyberjaya jadi kali ni Bonde belanja barang dapur dekat Segi Fresh Balakong, Buat kali pertama memang perasaan teruja nak jejak kali sebab sebelum ni tak pernah terpikir nak beli bahan mentah dan bahan kering dan barangan dapur yang lain dekat Segi Fresh, almaklum tak tahu harga Segi Fresh ok ke tidak? Bahan basah, sayur, ikan, ayam, udang, sotong dan daging dekat Segi Fresh segar ke tidak? BELANJA BARANG DAPUR MURAH DAN SEGAR DEKAT SEGI FRESH DAPAT JIMATKAN PEBELANJAAN KELUARGA
Sebagai seorang suri rumah sememangnya perkara ini sering bermain-main difikiran sebelum memulakan perbelanjaan. Maklumlah siap ringgit dan sen yang keluar memang sangat berharga dan kalau boleh nak jimat dan jimat lagi. Kali ini Bonde kongsikan dengan anda semua apa yang Bonde belanjakan dengan Kanda dekat Segi Fresh. Happy betul kami tau dapat berbelanja dengan berhemah sekali.
1. BAHAN MENTAH YANG SEGAR DAN MURAH
Bonde nak bagi tahu anda semua, Bahan Mentah yang Bonde beli dekat Segi Fresh sememangnya sangat segar sekali antara bahan mentah yang terdapat dekat Segi Fresh adalah seperti ikan, udang, sotong, kerang, ayam dan daging. Harga pula jika Bonde lihat dengan mata kasar memang harga dekat Segi Fresh agak murah berbeza dengan pasar segar yang lain.
2. BAHAN MENTAH DITUKAR SETIAP HARI
Apa yang info yang Bonde dapat sebelum ini, Bahan Mentah seperti ikan, udang, sotong, kerang, ayam dan daging Dekat Segi Fresh akan ditukar setiap hari, maksudnya bahan mentah yang tidak habis tidak akan di hidangkan untuk pelanggan beli keesokkan harinya. Patutlah Bonde nampak semua mata ikan tu cantik bersinar dan tak nampak merah macam dah nak busuk.
3. MUDAH UNTUK DAPATKAN STOK BAHAN MENTAH DAN KERING DEKAT SEGI FRESH
Apa yang membuatkan Bonde seronok nak membeli bahan mentah adalah semua stok ikan, udang, sotong, kerang, ayam dan daging sentiasa ada dan banyak. Dan bahan kering seperti cili kering, bawang merah, bawang putih, ikan bilis, ikan masin, kerepek dan telur stok sentiasa ada, begitu juga dengan sayur-sayuran dan buah-buahan. Apa yang bestnya Kalau belanja bahan dapur tak perlulah beli ditempat lain dekat sini semua ada. Jimat masa Bonde :) nampak tak?? dekat Segi Fresh semua ada.
4. SELESA MEMBELI BELAH DEKAT SEGI FRESH
Keselesaan tu penting masa nak membeli belah, bukan apa nak cari bahan senang tuju dekat bahagian berkenaan dan kerana dekat situ barangan telah disusun mengikut rak dan kategori barang. Jadi Bonde pon dapat apa yang dicari dengan mudah tak perlu untuk mencari staff dekat situ untuk membantu kalau barang tak jumpa! Sgi Fresh senang nak dapat apa yang perlukan :)
Perkhidmatan dekat Segi Fresh ni sama seperti pasaraya yang lain menawarkan khdmat siang ikan dan ayam. Jadi anda just pilih ikan dan ayam beri pada staff dan mereka akan bantu anda untuk siangkan ikan dan ayam tersebut.
Kaunter timbangkaunter timbang ni semua pasar raya pun ada jugakan. Dekat Segi Fresh pun ada khidmat ini, Anda just bagi dekat staff barang yang hendak ditimbang tu nanti diaorang akan timbangkan untuk anda mudah jer.. cuma anda kenalah bebaris sekejab menantikan giliran anda tu he he he
Troli ada banyakKalau datang Segi Fresh ni tak risaulah kena panjang tangan pikul bakul.. sebab ada banyak troli dekat sini just tolak sepanjang anda membeli belah hingga anda nak balik tu...boleh gunakan troli tu :)
Tempat letak kereta Segi FreshKalau datang sini, memang senang nak pakir kereta sebab ada tempat letak kereta yang berbumbung tau! Tak derlah nanti anda kena berlari tolak troli dalam hujan bahayakan! lepas tu habis basah barang-barang yg anda shopping tu kena hujan pulak.
Dah selesai shopping he he he
Selepas di siang dan ada yang hendak dimasak dan disimpan dalam peti sejuk.
Sayur-sayuran dan buah-buahan
Telur, Ikan Bilis, logan, laici dan cili mesin. (pertama kali guna brand ini sedap tau!)5. PROMOSI DI FACEBOOK
Ada boleh like Facebock https://www.facebook.com/Segifresh/ dan lihat update untuk barangan setiap hari.
Contoh seperti dibawah :
Terdapat cawangan Segi Fresh. Anda boleh semak Segi Fresh berdekatan anda dekat sini http://segifresh.com/our-store-location/ .
Maklumat lanjut mengenai Segi Fresh, boleh like dan layari media sosial dibawah:
Website: https://www.segifresh2u.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Segifresh
Instagram: https://www.instagram.com/segifreshmarket/
~ Bonde Senyum Riang ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.bondezaidalifah.com/2019/05/belanja-barang-dapur-murah-dan-segar.html