Belajarlah Dari Kejatuhan Najib Pemimpin Mesti Ada Intergriti Jangan Susahkan Parti




Menceburi bidang politik atau memilih kerjaya sebagai pemimpin politik adalah pilihan seseorang itu secara individu apabila mereka sudah dewasa dan ia bukanlah bidang yang dijadikan pilihan oleh mana-mana ibu bapa.


Tidak ada - kalau pun ada mungkin terlalu jarang - ibu bapa yang sejak anaknya kecil lagi telah mendorong mereka untuk menceburi bidang politik.


Selalunya bidang kerja yang jadi pilihan adalah doktor, jurutera, arkitek, pensyarah, guru, ahli perniagaan dan lain-lain kerjaya yang profesional atau menjamin masa depan.


Ini bukanlah bermakna bidang politik itu tidak baik atau kurang menjamin masa depan, tetapi ia lebih disebabkan bidang politik ini tidak menentu masa depannya. 


Ada kala  naik, ada kala turun. Ada kala berjawatan, ada kala hilang jawatan. Ada kala poket penuh, ada kala kena bergolok bergadai.


Meski begitu, oleh kerana politik ini melibatkan orangramai, masyarakat dan rakyat, maka intergriti adalah sangat penting. Seseorang yang sudah tercalar intergritinya, pilihannya tidak lain melainkan mesti meletakkan jawatan.


Beberapa hari kebelakangan ini, isu yang panas dan diperkatakan ramai melibatkan intergriti ialah berkaitan kelulusan akademik Marzuki Yahya, Setiausaha Agung Bersatu merangkap Timbalan Menteri Luar Negeri.


Apabila bercakap mengenai intergriti, ia adalah melibatkan kejujuran. Dalam politik, bukanlah kelayakan akademik itu terlalu penting. Orang yang berkelusan ada kalanya layak memegang jawatan dan ada kalanya tidak.


Namun, orang yang tiada intergiti adalah  tidak layak sama sekali diberikan sebarang jawatan. Mereka yang tidak jujur atau berbohong adalah mereka yang tidak ada intergriti. Kehilangan intergriti bukan disebabkan mencuri atau merogol saja.


Sejak awal isu ini timbul lagi, tanda-tanda ada yang tidak kena memang sudah kelihatan. Jawapan yang diberikan berkaitan perkara itu banyak yang tergantung dan tidak bernoktah.


Hanya apabila semakin diasak seterusnya, barulah Marzuki menyebut nama universiti yang sebenar di mana kononnya beliau belajar dan kemudian mengeluarkan kenyataan media dengan menyertakan sekali sijil serta markah peperiksaan yang diperolehinya sekali.


Tetapi, sebagaimana yang umum sudah ketahui, dengan penjelasan itu, bukannya ia meredakan keadaan, malah menimbulkan lebih banyak persoalan, keraguan serta kecurigaan.


Selain universitinya yang dipertikaikan, markah GPA yang sama seperti yang ditemui dalam transkrip contoh atau template, font yang berbeza, tandatangan di sijil yang didapati ada perbezaan dan ejaan nama sijil bahasa Melayu adalah antara perkara-perkara yang terus dipertikaikan umum


Bukan saja pertikaian itu sarat di media-media sosial, malah beberapa pemimpin politik dan NGO juga turut memberi reaksi mereka.


Tun Mahathir Mohamad sendirinya nampaknya tiada kepastian mengenai kedudukan Marzuki dalam kerajaan dengan berkata, "kami belum benar-benar tahu apa yang berlaku."


Bermakna, Tun Mahathir seperti masih ada keraguan berhubung penjelasan Marzuki itu dan inginkan jawapan lain yang benar-benar sahih mengenai perkara itu.


Sebagaimana yang disebut pada awal tadi, kerjaya sebagai pemimpin politik adalah pilihan sendiri seseorang itu, tetapi ia memerlukan intergriti yang tinggi. Hanya orang berkenaan saja tahu mengenai nilai sebenar intergriti dirinya, kejujuran dan sama ada dia bercakap benar atau sebaliknya.


Jika rasa ada ketidakjujuran, sebelum perkara itu lebih terbongkar atau terdedah kepada umum, lebih baiklah mengundur diri. Apa tunggu-tunggu lagi. Politik adalah pilihan kita sendiri, bukan pilihan ibu bapa kita.


Kata-kata mahu menyerahkan kedudukan dalam parti dan kerajaan kepada Pengerusi dan Perdana Menteri menentukannya, bukanlah suatu pertimbangan yang bijak sebenarnya.


Kenapa mahu menyusahkan parti dan Tun Mahathir dalam hal ini?


Jangan sesekali berlindung atau bergantung kepada parti untuk melindungi kesalahan sendiri. Apabila timbul pertikaian melibatkan intergriti, jalan terbaik bagi pemimpin politik ialah mengundurkan diri. Pemimpin sepatutnya menyenangkan parti sebagaimana mereka mengaut banyak kesenangan ketika ada jawatan, bukannya menyusahkan parti.


Belajarlah daripada apa yang berlaku kepada Najib Razak sebelum ini. Meskipun dihujani dengan pelbagai dakwaan dan didedahkan dengan  macam-macam fakta berkaitan skandal 1MDB, beliau tetap enggan berundur dengan berselindung di sebalik parti yang dijadikan perisai untuk menyokongnya.


Tetapi, lihatlah apa jadi akhirnya?


Bukan saja Najib akhirnya disingkirkan, malah UMNO juga turut ditumbangkan sudahnya.


Apakah Bersatu mahu juga begitu?


Kalau tak percaya, buatlah perangai yang sama dan lihat saja apa nasib Bersatu di Semenyih nanti. (ShahbudinHusin 09/02/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/02/belajarlah-dari-kejatuhan-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Jangan Terlalu Taasub Pemimpin Parti

Pm Jangan Terlalu Taasub Pemimpin Parti

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 307 hits
Diterbitkan Hari ini 10 05 pagiKesetiaan harus diutamakan untuk negara dan bukannya kepada pemimpin atau parti politik tertentu kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Ketika memberikan ingatan itu kepada anggota jentera pentadbiran pada m...
Pas Ulangi Penegasan Tolak Pemimpin Parti Tidak Terima Islam

Pas Ulangi Penegasan Tolak Pemimpin Parti Tidak Terima Islam

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 346 hits
M Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang KUALA LUMPUR Pas mengulangi keputusannya memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP tahun 2015 kerana parti cauvinis itu menunjukkan permusuhan terhadap Islam Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata ke...
Tun Mahathir Sedia Tukar Parti Jika Ada Pemimpin Ph Belot Tidak Setia Pada Negara

Tun Mahathir Sedia Tukar Parti Jika Ada Pemimpin Ph Belot Tidak Setia Pada Negara

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 312 hits
Foto oleh Berita HarianPerdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berseloroh bersedia tukar parti lain sekiranya mendapati ada anggota parti gabungan dalam Pakatan Harapan membelot Saya dahulu parti UMNO Kini saya bersama DAP PKR serta Parti A...
Tok Mat Jangan Panggil Najib Mantan Tapi

Tok Mat Jangan Panggil Najib Mantan Tapi

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 330 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang hadir dalam forum nbsp Bicara Minda nbsp anjuran Sinar Harian kelmarin berjaya mencuit hati penonton yang hadir Mohamad Hasan yang juga mesra dengan panggilan Tok Mat turut menyelitkan pe...
Pemimpin Ph Jangan Ulang Kesilapan Di Cameron Pemuda Amanah

Pemimpin Ph Jangan Ulang Kesilapan Di Cameron Pemuda Amanah

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 391 hits
PRK SEMENYIH Pemimpin PH yang memegang jawatan kerajaan dinasihatkan supaya tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan pada pilihan raya kecil di Cameron Highlands baru baru ini seperti dakwaan menggunakan jentera milik kerajaan bagi tujuan ...
Pemimpin Mesti Berkelayakan Tidak Khianat Berbohong T Presiden Pas

Pemimpin Mesti Berkelayakan Tidak Khianat Berbohong T Presiden Pas

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 365 hits
SIK Syarat menjadi pemimpin mesti berkelayakan selain tidak mempunyai sifat khianat seperti berbohong dan menipu demikian menurut Timbalan Presiden PAS Dato Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man Kemuka beliau mutakhir ini bukan sahaja berlaku pemboho...
Saman Sr Ahli Pas Jangan Masuk Perangkap Musuh

Saman Sr Ahli Pas Jangan Masuk Perangkap Musuh

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 274 hits
Kenyataan Media PAS PusatKES SARAWAK REPORT PENYELESAIAN LUAR MAHKAMAH1 Saya merujuk kepada perkembangan terkini kes saman Sarawak Report yang telah difailkan oleh YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang terhadap Editornya Clare Rewcas...
Tidur Tidak Mencukupi Boleh Jejaskan Perkembangan Otak Anak Ibu Ayah Jangan Anggap Remeh

Tidur Tidak Mencukupi Boleh Jejaskan Perkembangan Otak Anak Ibu Ayah Jangan Anggap Remeh

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 543 hits
Tidur yang tidak mencukupi boleh menjejaskan perkembangan anak Perkara ini sama sekali tidak boleh dipandang remeh Bayi dan kanak kanak perlukan tidur yang lebih lama daripada orang dewasa dan memerlukan tidur pada sebelah siang hari Sama s...
Sekali Dipakai Jangan Pernah Ragu Jangan Dibuka Jangan Keliru Uyaina Arshad Kongsi Tentang Hijab

Sekali Dipakai Jangan Pernah Ragu Jangan Dibuka Jangan Keliru Uyaina Arshad Kongsi Tentang Hijab

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 336 hits
Sekali DIPAKAI Jangan Pernah Ragu Jangan DIBUKA Jangan Keliru Uyaina Arshad Kongsi Tentang Hijab Sekali DIPAKAI Jangan Pernah Ragu Jangan DIBUKA Jangan Keliru Uyaina Arshad Kongsi Tentang Hijab
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya